Followers

Tuesday, August 2, 2011

Al Fatihah....

25hb July,petang dalam pukul 4.30 petang dapat sms dari adik aku Izad,mengatakan telah berada di Hospital Kulim ,Kedah menziarahi ibu mertuanya yang jatuh di bilik air akibat stroke dan berada dalam keadaan koma.Doktor telah mengesahkan melalui scan yang berlaku pendarahan dalam otak.Kata Izad,ibu mertuanya bergantung pada mesin pernafasan dan jika tiada respon,keluarga perlua mengambil keputusan untuk menghentikan mesin pernafasan tersebut.Aduh tersentap gak perasaan aku.

Ibu mertua adik aku ni memang baik orangnya,kalau tahu keluarga kami nak ke rumah beliau pelbagai juadah yang Mak Cik Samsiah ni sediakan.Masakannya pun sedap.Sampaikan kalau kami nak ke rumah mak mertua adik ni,terus pergi jer tanpa beritahu sebab tak nak menyusahkan beliau.

Menurut citer beberapa hari sebelum kejadian mak mertua adik aku ni beritahu cucunya teringin nak makan durian.Ada beberapa orang cucu yang tinggal dengan beliau pun pergi lah belikan durian kampung.Bukan takat tu aja,ada orang jual durian dengan motor lalu depan rumah pun mak mertua adik aku beli sampai buat kenduri pulut durian bagi kat jiran-jiran.

Pulut durian hmm dengar memang sedap tapi orang kalau ada darah tinggi memang bahaya.Seingat aku,mak mertua dik ni rajin minum air akar seruntun yang pahit berdengung tu untuk mengelakkan darah tinggi dan aku sendiri tak sangka yang sememangnya nampaknya cergas  tu tetiba diserang stroke dan bp beliau semasa kejadian dah mencecah 200 lebih.

29hb July aku ambik cuti balik ke Kedah untuk menziarahi ibu mertua adik yang makin kritikal.Dari Nilai lebih kurang 6.45 pagi ,berhenti rehat di Tapah dan sampai di Kulim jam 1.30 tengahari dan kami sekeluarga menginap di Hotel Seri Malaysia Kulim.Lepas check in,memasing perut dah terasa lapar dan malas nak keluar bilik sebab petang nak pergi Hospital maka memasing mengorder menu yang ada dalam list room service ler.

Petang,bersiap ker Hospital Kulim.Sampai jer dalam wad,hati aku sayu melihat keadaan mak mertua adik,tambahan lagi bila anak buah aku memegang tangan Mak Tok nya sambil berkata Mak Tok bangunlah.

30hb kami sekeluarga check out dan akan pulang ke Nilai selepas adik beritahu akak ipar nya dah buat keputusan untuk tunggu lagi  2 hari selepas doktor meminta keluarga membawa pulang  ibu mertua adik ke rumah kerana pihak hospital tidak dapat berbuat apa-apa lagi.
4 ptg dari Kulim dan tiba di Nilai dalam 9.30 malam,tetiba adik aku call beritahu ibu mertuanya sudah meninggal dunia.Hanya ucapan takziah yang dapat kami sekeluarga kirimkan kerana tak mungkin dapat berpatah balik ke Kedah.Kalau dekat tak da masalah ni jauh dan kesihatan abah juga perlu diambil kira.

Pada adik ipar sekeluarga takziah atas pemergian ibu Puan Samsiah selepas 4 bulan pemergian ayah mereka.Aku difahamkan arwah ibu mertua adik dikebumikan di sebelah kubur suaminya.Sehidup semati bersama suaminya.Moga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.Al-Fatihah

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...