Followers

Tuesday, August 23, 2011

Tak terucap rinduku ini

Sudah seminggu lebih kucing kesayangan aku ntah hilang kemana.Danny tak pernah tak balik rumah walaupun keluar jenjalan kawasan berdekatan,paling lama pun 2 atau 3 hari mesti balik.Tapi kali ni Danny tak balik lagi.Aku sedih sangat sebab Danny satu-satunya penghibur aku kat rumah.Aku sanggup berhabis kerana Danny semasa Danny sakit dulu.2 hari lepas aku bermimpikan Danny kerana rinduku pada Danny tak terucap lagik.Setiap hari aku tetap tunggu kalau-kalau Danny balik.Naluri hati ku kuat berkata Danny diambil orang kerana Danny memang comel.Bila tengok shampoo dan tuala mandi Danny hati aku sebak.Makanan Danny yang masih banyak aku sedekahkan pada kucing-kucing yang datang kat belakang rumah.

Sekali-sekala terdengar bunyi kucing suara seakan Danny dan aku masih mencari hingga hari ni dari mana arah suara tu.Mungkin ada yang akan tertawakan aku kerana seekor kucing aku boleh menangis.Danny telah aku anggap sebahagian dari ahli keluarga kami.Danny adalah penghibur hati aku dengan gelagatnya.Ya Allah,jika Danny masih hidup kau kembalikanlah dia kepangkuan aku.Jika Danny telah tiada,sepanjang hidupnya aku telah menjaganya sebaik mungkin cuma kerinduan aku pada Danny makin parah dan tak terucap dengan kata-kata lagi. Miss you so much Danny.Danny aku dapat semasa AidilFitri 2009 dan aku masih menaruh harapan moga Aidilfitri tahun ni Danny akan kembali




My sweetheart

2 comments:

Zie Madini said...

zie doakan danny akan kembali. kesian awak. zie pahammmmmm sesgt perasaan awak tu. kita sama dear. menangis over a cat.

hanya mereka yg pencinta haiwan spt kita je yg tidak akan tertawa bila tgk kita menangisi kucing, kan.

others...??? hemprhh. mcm mlm isnin n semlm...seharian zie nangis over my cat yg baru je selamat menjalani pembedahan.

Unknown said...

yerlah,sian Rifqi dulu saya masa Danny kena batu karang dah nak menangis depan doktor.Rasa sunyi biler Danny tak der

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...