Followers

Thursday, August 4, 2011

Ramadhan kali ini 2011

Hari ni dah 4 hari kita berpuasa.Alhamdulillah aku dapat meneruskan puasa setakat ni.Pada permulaan puasa tu mungkin rasa letih dan simptom sakit kepala,pedih ulu hati tu ada tapi aku gagahkan juga.Berkat sabar,sekarang ni dah makin ok dan sakit tu tak terasa lagi.Masa berbuka pun aku tak berani makan yang pedas sangat.

Yang paling aku tak tahan adalah aircond kat opis yang sejuk macam aircond shopping mall.Mengigil aku dibuatnya.Masa belum bulan puasa boleh ler gi buat kopi panas kan,ni bulan puasa maka tak pernah aku bawa sweater gi kerja tapi dah 2 hari ni aku pakai sweater kat opis.Sampai ada yang bertanya ko demam ker Ida.

Dulu tak pernah ler pulak aircond ni sesejuk ni .Rasa macam dok dalam fridge pun ader.Kaki tangan sampai pucat menahan kesejukan.Takyah susah-susah gi Genting Highlands kat opis dah boleh rasa kesejukan Genting tu.

Bulan puasa aku balik kerja 5.45 petang sampai rumah ,mak dah siap masak dan kadang-kadang abah beli lauk.Aku nya rutin setiap kali Ramadhan adalah masak time sahur.Apalagi  terdengar lah bunyi dentang-dentung kuali seawal 3.30 pagi atau 4 pagi.Ngalahkan Chef lak kan.Ala masak yang simple-simple jerk kan.Satu benda yang selalu ada masa bersahur adalah papadom yang ada rempah  dan bulat.Kitaorang selalu beli jenama Taj Mahal ada jual kat pasaraya atau mini market.Sedap wei dengan keranggupan papadom tu.Maklumlah kitaorang ni kan asal dari utara so memang tak leh tinggal lah kan papadom ni.


Insyallah cuti hujung minggu ni baru aku berpeluang masak untuk berbuka.Maka semalam dah mula tanya mak,apa menu nak aku masak hujung minggu ni.Cewah soalan macamlah pakar masak sangat kang buatnya mak suruh masak Nasi Beriani Gam Batu Pahat kang terduduk aku hehehe.


Aku juga belum berkesempatan singgah di bazar Ramadhan.Tengoklah nanti,aku nak cari kuih kegemaran aku Tepung Pelita.Kalau kena yang pandai buat kuih tu sedapnyer.Aku tak tahu buat,aku tahu makan jer kuih tu.Tahun ni juga kebanyakan harga homemade biskut naik harga tapi adik aku Shila dan siap mengorder dari ex-opismate nyer yang kini fulltime jual kek dan biskut.Aku lak mengorder kuih tradisional dari Kak Salabiah di bahagian production.Memang setiap tahun aku order.Kali ni order lebih sikit untuk bawa balik kampung kerana insyallah tahun ni kami sekeluarga akan beraya di Kluang,Johor.Jika tiada aral melintang maka sampailah kami beraya di kampung.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...