Followers

Friday, August 12, 2011

Redup mataku akhirnya

Sabtu lepas aku ikut adik aku pergi KL.Arah dan tujuan kitaorang tentulah Sogo yang  tengah hebat mengadakan Sales.Punyalah sesak nak sampai KL.Pastu kitaorang parking keta kat Pertama kompleks tu.Sementara tu jenguk-jenguklah juga kedai-kedai cermin mata dalam Pertama kompleks tu.Aku nak cari sunglasses baru.Bermacam jenis aku cuba dan teruja dengan offer yang ditawarkan.Akhirnya masuk kedai yang ketiga,aku terpandang yang aku berkenan maka sessi try test pun berlaku.Alamak sesuai betul sunglasses ni dengan muka aku dengan design terbaru kata jurujual tu.Adik aku pun cakap hmm yang ni nampak cantik dari yang memula aku try kat kedai lain tadi.Dah tu tokey kedai tu lak dok cakap,ini kita offer 50%.Ha 50% ini sudah bagus,fikir punya fikir hati dah berkenan maka aku merembat satu sunglasses.Sebelum ni  sunglasses  tapi yang tu dah nampak kecik dengan muka aku yang semakin bulat ni kan maka tak sesuai.Bak kata adik aku yang baru ni cantik pastu ala-ala Datin gitu hahaha pandailah ko.Janji aku suka,aku ni payah sikit nak berkenan menda so dah jumpa yang berkenan tu terus beli.Huh belum masuk Sogo lagi duit nak kopak sikit ni.Untuk menyedapkan hati,aku ingat kata-kata adik aku penat-penat kerja biar beli sesuatu yang berbaloi.


Masuk jer pintu Sogo,mak aih ramainya manusia,yang lepak atas lantai kepenatan shopping pun ader.Macam mana nak pilih baju ni.Tak der ruang langsung untuk menyelit.Naik tingkat atas kat bhg pakaian lelaki & perempuang,setiap department penuh dengan orang.Handbag offer dari 20% hingga 70% .Offer memang best dan aku mulalah pilih kasut untuk raya,yang mana aku berkenan tak da saiz.Frust betul.Last-last aku tak beli apa-apa pun kat Sogo,yang aku dapat sakit kepala tengok gelagat orang yang terlalu ramai,riuh -rendah macam pasar borong ler pulak.Tak pa aku leh shopping tempat lain lagi.Nasib baik mak tak ikut kalau tidak mahu mak pening.Puas hati dapat sunglasses yang meredupkan pandangan ku dikala panas terik cewah ayat sastera dah muncul.





0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...