Followers

Monday, May 30, 2011

Wishlist ..Universal Studio Singapore

Minggu ni minggu yang agak bosan sebabnya tak jadi pergi tengok movie,gara-gara adik aku ada hal lain jadi minggu ni no excuse pepagi tadi aku dah call paksa dia book tiket awal,anak buah aku dah sebut berulang kali nak tengok Kungfu Panda siap bersilat depan aku meniru aksi Po si Panda tu.Seperti kebiasaan setiap bulan memang aku gi beli barangan keperluan peribadi.Biasalah kan orang perempuan memacam barang kena beli.Kalau kat Nilai ni tak der pergi ke mana lagi melainkan Tesco dan Giant.Hari minggu adalah hari aku bersantai dengan mak.Lepas siap apa yang patut kat rumah apalagi berderum aku ke Tesco.Sampai jerk masuk Kopitiam dulu,sarapan.Aku makan Nasi lemak Ayam dan teh Ais.Mak pulak tak nak makan sebab dah sarapan ringan kat rumah cuma minum teh'o panas.Kesian mak dah lama batuk tapi belum baik,dah bermacam jenis ubat cuba mungkin kena pergi jugak ke Tabib Cina di Seremban tempat mak pernah ambik ubat herba dulu.


Semasa berborak dengan adik-adik,mak dan adik ipar memasing dok bercerita tentang Universal Studio Singapore tu.Wah memasing teruja sangat ni.Pastu adalak yang cadang pergi Melbourne sebab rate Australia Dollar dengan Singapore Dollar lebih kurang jerk.Sepupu aku lak ada kat Melbourne ,study kat sana kan.Amboi tingginya keinginan memasing. Kebetulan lak rakan blogger Cadlynn ada yang pergi ke Universal Studio Singapore.Teruja lak tengok gambar-gambar semasa beliau kat sana.Ha apalagi kalo dah memasing berangan nak ke sana maka siapkan ongkosnya lah.Ni antara wishlist aku ler kan nak gi sampai ke London bagai belum mampu dapat gi Singapore pun jadilah.Maka kena kumpul duit untuk melancong ke sana dari sekarang lah kan.







Friday, May 27, 2011

Farewell Oba san

Kelmarin merupakan hari terakhir Oba san berkhidmat di opis aku ni.Oba san ni berkahwin dengan orang Malaysia berbangsa India.Dari apa yang aku tahu dari rakan,Oba san resign kerana hendak menjaga ibunya yang dah uzur di Japan dan beliau akan bekerja di negara asalnya Japan.Apa-apa pun good luck to Oba san.Dan seperti biasa sessi photoshoot setiap akali ada orang resign dari Sales dept adalah kat tangga lobi opis.Tak semua yang ada kat opis petang kelmarin maka sesapa yang ada jerlah.Kalau dalam gambar kat bawah ni yang berbaju biru tulah Oba san.



 

Tuesday, May 24, 2011

Geram jangan engkau geram

23hb merupakan hari Air Asia wat big Sale,domestik semurah RM 6.10 saja ok.Destinasi lain pun ada yg murah yang jadi masalahnya aku heran macam mana orang lain senang jerk boleh booking tapi aku dan beberapa rakan naik lenguh jari tapi yang kuar error,kalu macam ni baik tak yah wat offer.Yang pelik tu kalo hari yang tak der offernya fare senang lak tak der error langsung.Motif terjadinya perkara ini hmmm offer ni benar-benar wujud atau tak.Sama gak dulu aku cuba dapatkan freeseat dari awal sampai sudah tak dapat.Kitaorang belum pernah pergi Kota Kinabalu kecuali adik aku Zalie.Ni tengah geram sebab tak leh booking lagi dari tadi pastu adik yg sorang lagi pun turut mencuba tapi hampeh(bak kata orang nogori).



Semalam ada sorang kawan aku sampai tak gi lunch punya ler nak booking awal tapi sampai hari ni tetap tak boleh book tiket lagi ok.Hari ni bila aku tengok kat banner offer seperti kat atas yang sold out adalah tiket ke Tokyo.Kan senang kalo Air-Asia wat jerk promosi gi Japan tak yah offer destinasi lain.Ish ini sudah menimbulkan marah...bawa bertenang ,sabar...sabar.
Bak kata adik aku sapa yang nak pergi tempat yang ada radiasi tu.Bila tengah rasa geram ni teringat lak lagu lama tu geram jangan engkau geram.Kalo lah KK tu dekat boleh naik feri cam gi Langkawi tu tak der lah susah payah nak booking tiket yang offer tapi asyik error ni.Huh menci betul...camni kena tukar plan dari A ke plan B ler pulak.Mana destinasi pilihan kitaorang family nak bercuti kali ni hmm tunggu..

 

Friday, May 20, 2011

Teruja....aku....

26hb May ni hari yang memang aku tunggu-tunggu setelah tersiarnya iklan dalam TV,bermulanya tayangan filem animasi Kungfu Panda 2.Aku dah siap plan dengan adik aku Shila nak gi tengok on 28hb May sebab hari cuti.Shila kata boleh no hal tapi Kak long belanja lah.Tak kisahlah janji aku boleh gi hahaha bebetul teruja ni.Sesilap terus tengok movie lain jugak.Aku memang suka tengok karakter Po (Panda tu ler) yang kelakar dan tentu sekali comel.Lagipun tengok cerita yang kelakar-kelakar ni merupakan terapi ler jugak setelah stress kerja.Macamlah stress sangat kan.Ada 2 lagi movie yg aku nak tengok iaitu Nurkasih The Movie dan Pirates of Carribean hmm jangan aku gi wat movie marathon udah ler 28 hb ni.So lain-lain appointment 28hb May adalah dibatalkan okeh.


Hari tu hari aku dan adik aku nak menghiburkan hari dan hari menghabiskan duit di shopping mall maka tersenyum ler tokey kedai ari tu kan.Ingat nak beli handbag baru tapi nak kena tengok budget ler jugak kan sebab kereta aku dah mula menunjukkan tanda-tanda manjanyer nak tukar macam-macam sparepart baru kan.Aku tak selalu shopping handbag ni,pakai satu sampai bebetul nak rosak baru tukar baru sebab tu koleksi handbag Mak lagi banyak dari handbag aku.Adalah handbag idaman yang aku dapat tengok jerk sebab harganya melebihi kemampuan aku kan jadi aku dapat tengok pun jadilah.Ish agak-agak lah kan kalo bagi hint-hint kat Mr.Bf ler dapat tak.Antara design yang aku suka adalah dari jenama Coach.Rambang mata aku tengok handbag Coach yang cantik-cantik kat website Coach tu.Bilalah boleh merasa...kan tapi kalu yang replika tu adalah aku pakai.Ni kira wishlist ler kan.Kalo yang authentic tu aku selalu ler jugak jenguk blog Princess Victoria's Stylo Closet.Dan tahap keterujaan aku sudah hampir ke melebihi 100% terutama untuk tengok Kungfu Panda 2 biarpun orang kata aku mcm bebudak suka tengok filem animasi,ada aku kisah janji aku happy kan cuma keterujaan untuk wishlist handbag Coach tu memang dah melebihi 100% cuma bila dapat memiliki tu yang tak tahu berapa peratus.Nak kena ajak Mr.Bf gi butik Coach ni hahahaha adalah yang demam tak kebah tengok harga handbag tu nanti.

 

Tuesday, May 17, 2011

Tetiba jer sakit..

Dah beberapa hari tak update blog memandangkan keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan.Kali ni aku nak citer macam mana kali pertama aku muntah lendir bercampur darah.Sakit dada dibuatnya,takut pun ada.11hb May aku sakit dan dapat mc 2 hari dari klinik.Doktor kata aku mesti rehat memandangkan keadaan aku yang dah lemah dan hasil x-ray menunjukkan ada lendir di paru-paru tapi yang pelik tu tak kesan luka macam mana boleh ada darah hmm ini yang membimbangkan aku.13hb May aku gagahkan diri pergi kerja,ada kerja yang perlu aku selesaikan walaupun tak larat sebenarnya.Dalam 10 pagi mak call tanya kenapa tak bawa ubat,aku cakap ubat aku tu boleh menyebabkan mengantuk jadi berbahaya sebab aku drive pergi kerja.Dalam pukul 12.00 tengahari memang dada ada terasa sesak tapi aku diam dan teruskan kerja,makin petang rasa makin sakit aku cuma minum air panas untuk legakan.Semalam Isnin aku terpaksa ambik cuti kerana tidak terdaya,lemah sangat untuk ke opis.Bimbang nanti menyusahkan kawan-kawan kat opis sekiranya terjadi apa-apa.Peluang yag ada aku gunakan untuk berehat dan alhamdulillah dapat rehat yang cukup dan hari ni bangun pagi sudah rasa segar sikit dari semalam.

 

Monday, May 9, 2011

Ibu..engkaulah Ratu hatiku

8hb May 2011 merupakan hari ibu.Tahun ni kami adik-beradik tunda sambutan hari Ibu memandangkan dua orang adik aku tidak dapat bersama semalam.Yang bongsu Shila kena pergi mendaftar untuk kursus di Kelana Jaya,yang sorang lagi Izad lak terikat dengan komitmen kerja bawa guest gi tour kat Kuala Gandah,tempat tengok gajah tu.Jadi tak best kalo sumer takda maka terpaksa ditunda.Mak pun faham dan kata mak tak seronok kalau ada yang tak dapat join.Jadi ada masa untuk aku fikirkan kemana kami nak celebrate Mother's Day ni kan.



Bercerita tentang mak,yang aku paling kagum adalah ketabahan dan kesabaran mak menempuhi segala dugaan sejak kami adik-beradik kecil hinggalah dewasa.Bukan sedikit dugaan yang mak lalui.Kasih-sayang mak pada kami tidak berbelah bagi biarpun susah mak sanggup lalui demi anak-anak tersayang.Keluarga kami bukannya dari golongan orang berada jadi semasa aku masih bersekolah,kesusahan tu telah aku lalui dan alhamdulillah sekarang anak-anak Mak sentiasa ada disisi bila mak memerlukan.Aku tak tahu orang lain tapi kami adik-beradik lebih suka pergi melancong atau ke mana-mana dengan mak.Mak seorang yang cukup memahami hinggakan soal peribadi pun kami boleh berkongsi dengan mak bak kata orang sportinglah kan.Dalam masa yang sama mak sentiasa beri nasihat dan mengingatkan kami adik-beradik dalam apa saja keadaan.

Sejak akhir-akhir ni keadaan kesihatan mak kurang baik dan sudah pun pergi ke klinik cuma kesihatan mak belum pulih.aku datang kerja pun,hati tu masih teringat kat rumah,teringatkan mak.Ingat nak bawa jumpa pakar la pulak lepas ni.Selagi ada hayat aku,aku akan jaga mak sebaik mungkin.Tak terbalas pergorbanan yang mak lalui ketika melahirkan aku,membesarkan aku dan ketika aku disahkan sakit dulu biarpun pada awalnya mak menitis airmata tapi setelah itu mak yang sentiasa bagi aku semangat untuk meneruskan kehidupan,mak menjaga aku bagai menatang minyak yang penuh biarpun ketika itu aku sudah dewasa.Setiap hari mak memastikan aku makan ubat,vitamin dan makan makanan yang dicadangkan doktor hingga aku kini pulih.Doa mak sentiasa mengiringi aku.Terima kasih mak.Dari hatiku ni Selamat Hari Ibu buat mak tersayang,moga Allah kurniakan kesihatan yang baik pada mak,panjang umur dan bahagia yang berpanjangan.Apa saja yang terjadi dulu biarlah ia menjadi sejarah,selagi ada hayat kami adik-beradik akan tetap menjaga mak.

Thursday, May 5, 2011

Jalan-jalan window shopping..

Dah beberapa hari aku tak update blog nih.Kadang-kadang kekeringan idea gak apa yang nak dicoretkan kat blog aku nih.Cuti hari Buruh yang lepas aku tak der gi bercuti kemana-mana cuma jenjalan dengan mak dekat-dekat jer.Paling jauh pun gi Alamanda,Putrajaya.Dah lama aku tak ke situ,maka sessi menghabiskan duit gaji bermula tapi bulan ni tak leh shopping sakan sebab roadtax kereta dan insurans kenalah dulukan.

Bila masa kita bajet untuk shopping ni lah,bukan main lagi shopping mall buat offer.Rasa nak menangis pun ada tak leh beli apa yg berkenan.Masa kat Alamanda,lepas lunch dengan mak kat food court tu terus masuk butik Esprit maka mata aku terpandang handbag yang aku berkenan sangat tapi boleh tengok jerlah tu yang rasa nak menangis pun ada terutama bila tengok ada orang dah mencapai beg itu..oh tidak...naperlah tak der bajet besar untuk shopping bulan ni memang rasa tersiksa jiwa hahaha.

Food Court


Maka hari tu bebetul aku window shopping,masuk segala butik yang ada kat Alamanda,survey dulu lepas ni insyallah ada rezeki harus aku shopping sakan.Mana tahan asyik window shopping jerk kan.Petang,adik aku ambik dari Alamanda terus ke Giant,Taman Equine.Hmm besar gak Giant ni berbanding dengan Giant Nilai.Macam-macam ada,outlet yang ada dalam Giant ni menawarkan harga yang berpatutan.Hujan lebat semasa kat Giant tu maka aku,Shila dan mak singgah food court Giant ni,makan Yong Taufu.Memang sedap Yong Taufu kat sini.Sup dia sedap kira secukup rasa tak terlebih tak terkurang dan yang paling power tu adalah sos Yong Taufu tu.Lenkali nak datang lagi,bawa abah pulak sebab abah memang suka Yong Taufu ni.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...