Followers

Tuesday, August 3, 2010

CD Ayat-Ayat Ruqyah

28hb ari tu aku ada order secara online CD ayat-ayat ruqyah dari web sinar Zamdurrani.Kebetulan beberapa hari sebelum tu jiran sebelah rumah aku ada menceritakan tentang keanehan di rumahnya.Kadang-kadang ada terdengar seperti ada orang dan dia beberapa kali semasa tidur rasa seperti tidak boleh bernyawa dan rasa berat untuk bangun seperti ditindih.Sebelum ni pernah juga jiran yang tinggal dirumah yang sama mengadu pelbagai hal tapi ingatkan tak da apa-apa tapi jika sudah beberapa orang yang menyewa disitu bercerita mengenai perkara yang sama pasti ada sesuatu yang tidak kena.Pernah sekali rakan jiran lama ternampak jelmaan sama seperti  isteri jiran aku dulu di luar rumah padahal semasa itu isteri jiran aku tu tidak ada di rumah tapi di kedai berhampiran.Aku seram gak bila dengar cerita macam tu.Rumah aku mak selalu pasang CD surah yassin memandangkan anak buah aku yang baru 2 tahun lebih tu kadang-kadang tidur kat rumah.Pernah jugak masa dia kecik dulu menangis seperti takut tapi bila dibaca ayat kursi dan pasang Cd surah yassin tu dia berhenti menangis.

Jadi bila aku tahu tentang CD ni dari rancangan tv yang pernah menjemput Ustaz Sharhan maka aku telah order 2 CD ayat-ayat ruqyah ni,satu untuk rumah aku dan satu lagi untuk jiran yg turut memesan setelah mak ceritakan tentang Ustaz Sharhan.

Sudah beberapa hari aku belum berkesempatan berbual dgn jiran aku tu memandangkan dia juga sibuk berniaga.28hb aku order CD,keesokannya aku dah dapat hmm cepatkan bagus sungguh servis Sinar Zamdurrani nih.Malam tu juga mak pasangkan CD tu dalam rumah sebab keluarga aku ada gak mimpi yang seram nih jadi kadang-kadang tak boleh tido malam.Alhamdulillah sekarang aku tak da lagi mimpi seram rasa nyenyak betul bila tido.


Orang yang ada bayi atau kanak-kanak pun sesuai beli CD ni sebab kadang-kadang bayi atau kanak-kanak ni menangis bagaikan nampak sesuatu yang menakutkan jadi pasanglah CD ni di rumah.Yang baru nak berpindah masuk ke rumah baru contohnya boleh juga dipasang CD ni.Antara kelebihan ayat-ayat ruqyah ni adalah untuk


  • pengusir gangguan makhluk halus (jin)

  • pembatal sihir

  • pelindung/pendinding

  • histeria(rasukan)

  • ketenangan jiwa
Jadi pada yang berminat nak beli tu senang saja lawati laman web Sinar Zamdurrani.

1 comments:

Anonymous said...

salam~
akk pun baru tau psl CD ni.. pastu dia ckp.. sesapa yg ada mcm jin dlm badan.. klu psg/dgr CD ni.. rasa panas.. tk selesa.. sakit tengkuk..etc. masa psg tu.. ada rasa apa2 tk kt dlm umah? //k ja

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...