Followers

Monday, August 9, 2010

Bergumbira di Genting Highlands

Dah beberapa hari tak update blog,bukan malas tapi aku pergi bercuti okeh,pergi bercuti dari segala yang memeningkan kepala aku.Best ker....jawapannya best gilos sampai rasa tak nak balik pun ada.Destinasi pilihan aku kali ni adalah Genting Highlands.Ini bukan kali pertama aku ke Genting.Beberapa tahun dulu pernah pergi,cuma kali ni aku berkesempatan bawa anak buah kesayangan aku Azim Haiqal yang dah berumur 2 tahun lebih tu pergi.Mula tu Azim tak tahu aku nak bawa dia pergi mana tapi dia kalo bab berjalan memang no satu mcm maklong dia juga hahaha.

3hb,aku balik awal dari opis dalam pukul 2.45 petang mcm tu kerana ada urusan yang perlu aku selesaikan.Sampai kat rumah,aku rehat kejap pastu terus layan anak buah aku yang sorang tu.Malam tu aku dan adik aku berkemas barang yang perlu dibawa.bila siap kemas,mak aih ni nak pergi berapa lama nih hehehhe,tambahan lak bawa si kecik tu maka bertambah la segala barang.


Azim sengih punyalah seronok nak gi jalan-jalan


4hb dalam pukul 2.30 petang bertolak dari rumah ke Genting Highlands.Tak perlu risau sebab bilik dah confirm ado kan sebab dah bayar pun.Kalo sesapa nak gi Genting,aku nasihatkan jangan pergi redah jer nak walk in check in terutama kalo First World Hotel,sesilap korang kena tido kat Lobi.Senang jer booking online,siap boleh booking theme park ticket lagi.Dalam perjalanan ke atas punya seronok sampai terasa kenapalah lambat sangat sampai ni.Bila suhu dah makin sejuk aku lagi excited itu tandanya kami dah makin hampir ke destinasi.Menuju ke destinasi yeah yeahh (over betul aku nih siap kuar lagu CT).Sampai jer hati berbunga-bunga gitu.Check in pun mudah skrg ni kejap jer tak yah beratur panjang dah ada check in kiosk dan juga check out kiosk.Yelah zaman dah canggih ni kan.

perjalanan naik ke Genting


Cradle Rock antara jadi perhatian di Genting



Lobi First World Hotel


Pintu Masuk First World Hotel


Jungle deco

Azim punyalah gumbira bila sampai lompat terus keluar dari kereta sampai tak sempat tukar kasut dia.

sampai jer kat bilik,abah terus rehat tapi aku ,mak,adik aku serta si kecik terus ke Genting Resort indoor theme park sebab kat situ ada indoor games untuk si kecik bergumbira.Azim bila dan nampak games jadi tak tentu arah mana satu nak main dulu hahaha.Bila dia dah seronok tetiba wat perangai tak mo bergerak,tak mo balik bilik adooi jenuh juga aku pujuk.








5hb pagi,seawal 10.30 pagi kitaorang dah sampai depan outdoor theme park dan kat situ ketinggian Azim diukur untuk tengok dia kena tiket atau tak.Memandangkan Azim dah 90cm maka dia kena beli tiket.Lepas dapat wristband tag tu,Azim berlari menuju ke pelbagai outdoor games yang ada.Memang seronok,kami menghabiskan masa sampai 5.30 petang kat outdoor tu.Antara yang kitaorang naik tu Pirate Ship yang buat lutut aku ketar dan rasa nak suruh berhenti hehehe,cawan pusing,astro fighter,Double Deck Carousel,Mini Train,Tea Cup,Antique Car,Dinasourland,Ferris Wheel. Ada gak yang aku tak leh nak naik sebab anak buah aku tu tak cukup ketinggian nya contohnya macam Flying Dragon,kanak-akan kena 123cm ke atas so yang lain tu macam Space shot tu hehehe aku mmg tak berani takut pengsan.Flying coaster bila terdengar lelaki-lelaki yang naik tu sumer jerit sampai kuar suara jantan,kecut perut aku dibuatnya.Roller coaster atau Corkscrew tu aku dah pernah naik dulu.Malam aku ,mak dan Shila saja jalan-jalan kat indoor,abah dgn Azim tido kat bilik kepenatan.

6hb pagi giliran aku dgn Shila pulak pergi buffet breakfast kat First World Cafe.Punyalah rambang mata aku tengok makanan,ish mana satu aku nak makan ni,aku ni lak jenis kalah sikit makan buffet ni.Tapi dapat jugak aku merasa sesikit,rezeki jangan ditolak sampai kekenyangan.Lepas tu aku dan Shila terus gi satu restoran yang ado beli breakfast untuk mak dgn abah.Lepas mak dan abah sarapan kitaorang pun berkemas dan check out dari hotel tepat jam 12.00 tgh hari.Azim siap babai kat hotel lagik masa nak balik.Percutian yang paling best kali ni,hilang tension aku.Kini aku pulang ke Nilai,dengan hati yang cukup lega dan ceria.Ini antara berapa gambar yang aku dapat upload kat blog,kalo nak upload sumer hmm tak terkira banyaknya.



Outdoor Theme Park


Hyde Park London,atas Genting

bersama abah tersayang


Pirate Ship yang berbuai hingga tegak 90 darjah,aku pejam mata punyalah takut

Flying Coaster yang aku tenguk jer,takut woo....


Azim relaks jer sia babai atok dgn wan,maksu gayat hehehe

Azim drive tau,siap toleh belakang lagik


mak dan abah

First World Hotel

Monorail Train

Dalam gua Dinasourland,sumer tu bergerak okeh,best kat sini.


Musical Fountain dalam Theme Park

First World indoor theme park

Kecik-kecik tak merasa naik mende nih,dah tuo ni den tak kira nak naik jugak ..


tersengih sambil menahan kesejukan.....


Venice Gondola dalam indoor theme park


2 comments:

Ken Wooi said...

genting best! =)

Anonymous said...

slm~
anak akk, esp. bazli.. asyik ajak gi sana je.. hehe.. tp tk tau bila nk bwk depa2 ni sumer.. //kja

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...