Hari Khamis malam Jumaat dalam tidur yang lena aku terjaga kira-kira jam 3.00 pagi kerana aku bermimpi ketika sedang memandu dan bersama aku ketika tu adik aku yang bongsu Shila entah di kawasan masa yang tak pernah aku pergi tetiba ada ombak besar macam tsunami datang menuju ke arah kami.Aku memecut dgn laju menuju ke tempat tinggi.Ketika itu aku dan Shila berjalan mengelak air besar yang datang tetiba air semakin naik umpama banjir hingga ke paras pinggang.Yang aku pelik mana pergi ombak besar tadi.
Bila terjaga dari tidur aku tak sempat nak ceritakan pada mak dan adik kerana sibuk memasak untuk sahur,Bila dah pergi ke tempat kerja ,aku telefon mak bercerita.Kata Mak kalau kita mimpi air bah tu bermakna rezeki yang datang hmm.
Petang tu juga aku terima panggilan telefon dari adik aku menyatakan dia akan dinaikkan ke level eksekutif seperti yang sepatutnya dengan kelulusan yang dia ada dan boss dia siap nak ambik assistant lagi untuk adik hmm tuah datang di bulan Ramadhan.
Syukur,alhamdulillah ini rupanya petanda mimpi aku,betul kata mak mimpi itu bawa tanda rezeki.Aku tumpang gembira.
Untuk adik ,tahniah dari kaklong.
aku dengan adik
0 comments:
Post a Comment