Followers

Monday, August 30, 2010

Bila Raya bakal menjelma

Cepat sungguh masa berlalu,hanya tinggal beberapa hari saja lagi umat Islam seluruh dunia akan meraikan hari kemenangan berpuasa dalam bulan Ramadhan yakni Hari Raya Aidil Fitri.Bila sebut bab raya yang pertama terlintas di fikiran pakaian baru,kuih raya,zakat fitrah,langsir baru,ada yang tukar perabut baru kira semua serba baru lah.Bagi yang single mingle cam aku nih tak yah pening kepala tentang giliran raya.Ha aku nak citer sikit ni bila ada yang bergaduh sebab giliran raya.Bukan kah perlu tolak ansur dalam menentukan giliran raya,dah kalo tiap-tiap tahun si isteri asyik nak beraya kat kampung dia jer pun tak adil juga,si suami pun masih ada ibu-bapa,yang anak tak ingat nak balik jenguk ibu bapa semasa raya pun ada juga hmm kesian pada orang tua yang menanti.

Persiapan aku kali ini,sederhana saja mengikut kemampuan.Sabtu lepas aku dan family gi Metro Kajang dan Tesco Semenyih sebab adik ipar dan adik aku nak cari baju raya.Punyalah banyak baju pelbagai fesyen yang ada ,adik aku tak berkenan.Aku nih dah sakit tapak kaki sambil melayan karenah Azim yang sekali sekala hilang dari pandangan bila Azim menyusup masuk ke bawah rak baju yang digantung tu.Aku dah jadi mcm pengawal keselamatan asyik tengok kemana anak buah aku ni pergi.Maklumlah musim perayaan nih kan,orang ramai,yang nak ambik kesempatan pun ramai.Paling aku takut anak buah aku hilang lah.

Hari Ahab,misi mencari baju raya adik aku bersambung ker Nilai 3 dan Nilai square.Aku dah siap beli tudung kat Nilai 3.Shila belikan Azim baju melayu cekak musang siap sampin lagi.Aku nak cari capal untuk Azim tapi tak nampak lak kat Nilai 3 nih.

Ramai betul orang shopping,kilang karpet jadi tumpuan wah beraya sakan dorang.Pada yang mampu tak pa,jangan lak ada yang lepas raya menanggung hutang piutang sebab nak semua serba baru.

Kalo di Penang,sudah pasti kedai emas dipenuhi dengan Mami yang sememangnya terkenal dengan trademark dorang kalo pakai emas sekerat lengan ni,besar-besar lak tu.

Tidak kurang juga dalam Ramadhan ini kita sebagai hamba diuji dengan pelbagai dugaan termasuklah aku.Dugaan aku mungkin cuma biasa tapi ada orang lain yang diuji dengan dugaan yang lebih berat.Redha lah dengan setiap apa yang berlaku,Allah maha mengetahui dan setiap perjalanan hidup kita sudah tertulis.Salam takziah buat kawan aku Noni dan seluruh keluarga atas pemergian anak buah tersayang Izzat yang baru berusia 15 bulan.


Bila raya bakal menjelma pasa suami pening kepala nak tunaikan permintaan isteri yang nak itu nak ini,wahai para isteri adakalanya kesian kan si suami,bersederhanalah dalam menyambut raya.


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...