Followers

Tuesday, March 23, 2010

Rentetan kisah abah di CCU Ward

14hb jam 6.30 pagi kitaorg dah check out dan perjalanan pagi memang seronok sebab sejuk.Aku tengok abah dah ok.Dalam perjalanan balik abah drive memang laju betul sampai beberapa kali aku tegur,kata abah kalo sampai awal abah nak pergi majlis kenduri kat Salak Tinggi rumah kawannya.Pukul 2.00 petang dah sampai KL,sempat singgah Jalan TAR lepas tu terus balik Nilai.Abah bergegas ke rumah kenduri sebab dah jam 4.00 ptg.aku kat rumah dengan mak tengah berkemas barang maklumlah baru balik. Dah siap asingkan dodol dan jeruk untuk kawan opis.Petang pukul 5.00 ptg abah balik dan meraung minta sapukan minyak angin ke dadanya.Aku ingat sebab pedih ulu hati tapi tiba-tiba abah kata dia sesak nafas.Zali bawa abah ke klinik satu Malaysia tapi keadaan makin kritikal dan klinik wat reference letter untuk ke hospital.Kata Zalie semasa dalam kereta muka abah dah bertukar merah kerana sesak nafas dan Zalie drive selaju yang yang boleh ke unit kecemasan Hospital Serdang. Aku kat rumah gelisah jugak kenapa lama sangat abah pergi klinik,lalu aku call Zalie dan Zalie beritahu abah dah 2 jam dalam emergency room, tak tahu apa terjadi sebab Zalie tak dibenarkan masuk.Hati aku berdegup kencang,aku diam tak beritahu mak.Rupanya mak call Zali tanya keadaan abah,Zali beritahu doktor nak bercakap dengan aku.Doktor minta aku bacakan nama ubat yang abah ambik di klinik kesihatan Nilai.Kemudian aku cakap dengan mak mungkin doktor nak bagi ubat yang sama agaknya. 10 minit kemudian Zalie call beritahu Abah dimasukkan ke ICU jantung atau CCU Wad dan abah diberi bantuan oksigen untuk bernafas.Lemah seluruh anggota badan aku dengar berita ni.Debar hati beberapa hari sudah terjawab,aku kuatkan semangat depan mak,tak da setitik pun airmata aku mengalir.Aku terus cakap,mak jangan risau malam ni kaklong akan tunggu abah. 
15hb jam 2.00 pagi aku tiba di Hospital Serdang dan tidak dibenarkan masuk ke bilik abah.Shila sampai pukul 6.30 pagi,lebih kurang 7.30 pagi baru aku dan Shila dibenarkan masuk hanya sekejap dan nurse minta aku tunggu sehingga waktu melawat jam 12.30 tengahari.Hanya Allah yang tahu perasaan aku ketika melihat badan abah dipenuhi wayar dan machine yang ada ditepi katil abah. Aku sekali lagi cuba tahan airmata begitu juga Shila.Masa turun makan kat Cafe,Izad beritahu tadi mak dah datang tapi kaki mak tak dapat nak melangkah turun dari kereta kerana takut untuk menghadapi keadaan abah yang begitu.Aku cakap bawa mak balik dulu.Petang cousin aku Farhana sampai,jenguk abah.Badan aku dah rasa tak larat tapi aku gagahkan diri juga melayan kawan abah dan sedara yang datang melawat.Petang tu bila Zali datang aku cakap dengan Zali boleh tak ko tunggu pulak malam,kaklong nak balik nak pujuk mak datang tengok abah esok sebab kemungkinan abah akan menjalani operation jam 9.00 pagi esok. 
16hb,seawal 6.45 pagi aku,Shila dan mak sampai di Hospital Serdang,bawa mak pergi sarapan dulu kat Cafe sebab hanya boleh tengok abah pukul 7.30 pagi.Dapat sms dari Noni dan Huda kawan opis yang bertanya kabar. 7.30pagi aku dan mak masuk dulu jumpa abah,seperti biasa mak tak dapat menahan airmata bila melihat keadaan abah,aku cuba bertahan tapi saat aku bersalaman dengan abah sebelum keluar airmata aku mengalir juga.Lepas tu Shila pula masuk,2 iminit kemudian Shila keluar pun dgn airmata,kata Shila abah menangis. Tepat jam 9.00 pagi,guard yang jaga kat ward tu beritahu nurse kata operation delay sebab bilik pembedahan belum kosong. 12.30 tengahari ,aku masuk jumpa abah dalam 2 minit nurse beritahu nak tolak abah ke bilik pembedahan.Mak jang dari Kajang sempat jenguk abah sekejap sebelum ke operation room. Aku dan Izad yang bergegas dulu mengikut nurse ke operation room kemudian baru yang lain ikut.Mak sedara aku tengah menenangkan mak. Hampir pukul 1.00 tengahari,Huda dan Kak Sal sampai,kebetulan mereka ke customer singgah menjenguk aku di Hospital.Bila terlihat Kak Sal Dan Huda airmata aku mengalir tak dapat dibendung lagi.Ketakutan menjalar dalam hati aku,biarpun kami 4 beradik sudah berkata apa pun terjadi kena redha dan kami perlu kuat demi mak tapi untuk menghadapi bukan mudah. Bila berbual dengan Huda dan Kak Sal,hati aku lega seketika. Saat menunggu pembedahan yang sepatutnya kata nurse hanya sejam tapi abah belum keluar buatkan hati aku bimbang.Tepat jam 4.00 petang,pintu bilik pembedahan terbuka dan nurse bertanya ni keluarga En.Mokhtar,aku menjawab ya,kenapa.Kemudian baru nampak abah ditolak keluar dan syukur,alhamdulillah semuanya selamat. Aku sms Huda beritahu berita ini. Petang dalam pukul 5.00 petang,Mak Ngah dan family sampai dari Johor.Hati aku semakin lega bila abah kata dia tak da rasa sesak nafas lagi.Abah dah mula komplen makan tak sedap,abah tetap abah. 
17hb,aku tengok abah jam 12.30 tgh hari.Aku suapkan abah makan seperti biasa hanya 2 atau 3 sudu jer abah makan,tak selera katanya.Nurse beritahu Izad ,abah akan tukar ke wad lain tapi masih dalam pemantauan.Hati aku adik beradik lega,abah akan keluar dari wad CCU. Seperti biasa sedara mara dan kawan abah ada datang melawat dan jam 4.00 petang abah dipindahkan ke CHDW (Cardio High Depency Ward).Aku gembira melihat abah dah semakin sihat dan kesakitan mula hilang dari riak wajahnya.Abah kata doktor beritahu kalau tak ada apa-apa mungkin abah boleh keluar awal.Abah siap cakap kaklong malam ni tak payah tunggu,abah dah sihat.Aku gembira tengok abah ceria kembali.
18hb,12.30 tengahari aku dan Shila sampai,aku bergegas juga sebab biasa waktu ni abah makan dan biasanya aku yang suapkan abah makan.Bila aku masuk jerk abah dah senyum,Kak Long abah dah boleh keluar wad.Kalau aku boleh melompat memang aku melompat dalam wad tu gembira tapi memandangkan wad tu sumer pesakit jantung tak jadi aku lompat kang ada lak yang halau aku keluar hehehe. Aku suruh abah tunggu sementara aku dan Shila gi selesaikan urusan discharge.Selesai segala urusan Shila tunggu kat ruang menunggu,hanya aku dibenarkan masuk.Aku salinkan pakaian abah dan minta nurse cabut peralatan yang masih ada ditubuh abah.Abah berterima kasih pada semua nurse kat CHDW.Ramah belaka nurse kat situ siap berpesan supaya abah jaga pemakanan dan kesihatan. Aku ke CCU Wad dan mengucapkan terima kasih atas layanan baik semasa abah dalam keadaan kritikal.Semua nurse tu gembira dengan perkembangan abah. Paling utama syukur padamu Ya Allah masih memberi peluang untuk abah meneruskan sisa hidupnya.Aku dah melalui saat getir ini,sampai hari ini tak tergambar dalam fikiran betapa aku cuba sedaya mungkin kuatkan semangat demi untuk mak dan abah.Sayu hati aku bila melihat raut wajah bila abah minta lapkan muka dan badannya tapi sedikitpun tak ku tunjukkan kesedihan aku.Begitu juga adik-adik ku yang lain. Hati aku lega semuanya sudah selamat.Terima kasih pada semua yang mendoakan,yang datang berkunjung.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...