Followers
Friday, March 26, 2010
Bosan tahap gaban,malas tahap cipan
Kebosanan aku hari sudah melampaui batas kalo masak nasi tu kira dah tahap meruap melimpah keluar.Nak kata tak der keje ada tapi memandangkan hari ni opis sunyi sepi sebab exec level sumer gi Kick off meeting maka kerajinan aku pepagi tadi berubah jadi malas ke tahap cipan padahal lagi beberapa hari jer lagi nak closing nih.Sebelum aku tunduk hormat kat PC sebab ngantuk aku curi masa sikit update blog aku nih.
Posted by
Unknown
Tuesday, March 23, 2010
Rentetan kisah abah di CCU Ward
14hb jam 6.30 pagi kitaorg dah check out dan perjalanan pagi memang seronok sebab sejuk.Aku tengok abah dah ok.Dalam perjalanan balik abah drive memang laju betul sampai beberapa kali aku tegur,kata abah kalo sampai awal abah nak pergi majlis kenduri kat Salak Tinggi rumah kawannya.Pukul 2.00 petang dah sampai KL,sempat singgah Jalan TAR lepas tu terus balik Nilai.Abah bergegas ke rumah kenduri sebab dah jam 4.00 ptg.aku kat rumah dengan mak tengah berkemas barang maklumlah baru balik. Dah siap asingkan dodol dan jeruk untuk kawan opis.Petang pukul 5.00 ptg abah balik dan meraung minta sapukan minyak angin ke dadanya.Aku ingat sebab pedih ulu hati tapi tiba-tiba abah kata dia sesak nafas.Zali bawa abah ke klinik satu Malaysia tapi keadaan makin kritikal dan klinik wat reference letter untuk ke hospital.Kata Zalie semasa dalam kereta muka abah dah bertukar merah kerana sesak nafas dan Zalie drive selaju yang yang boleh ke unit kecemasan Hospital Serdang. Aku kat rumah gelisah jugak kenapa lama sangat abah pergi klinik,lalu aku call Zalie dan Zalie beritahu abah dah 2 jam dalam emergency room, tak tahu apa terjadi sebab Zalie tak dibenarkan masuk.Hati aku berdegup kencang,aku diam tak beritahu mak.Rupanya mak call Zali tanya keadaan abah,Zali beritahu doktor nak bercakap dengan aku.Doktor minta aku bacakan nama ubat yang abah ambik di klinik kesihatan Nilai.Kemudian aku cakap dengan mak mungkin doktor nak bagi ubat yang sama agaknya. 10 minit kemudian Zalie call beritahu Abah dimasukkan ke ICU jantung atau CCU Wad dan abah diberi bantuan oksigen untuk bernafas.Lemah seluruh anggota badan aku dengar berita ni.Debar hati beberapa hari sudah terjawab,aku kuatkan semangat depan mak,tak da setitik pun airmata aku mengalir.Aku terus cakap,mak jangan risau malam ni kaklong akan tunggu abah.
15hb jam 2.00 pagi aku tiba di Hospital Serdang dan tidak dibenarkan masuk ke bilik abah.Shila sampai pukul 6.30 pagi,lebih kurang 7.30 pagi baru aku dan Shila dibenarkan masuk hanya sekejap dan nurse minta aku tunggu sehingga waktu melawat jam 12.30 tengahari.Hanya Allah yang tahu perasaan aku ketika melihat badan abah dipenuhi wayar dan machine yang ada ditepi katil abah. Aku sekali lagi cuba tahan airmata begitu juga Shila.Masa turun makan kat Cafe,Izad beritahu tadi mak dah datang tapi kaki mak tak dapat nak melangkah turun dari kereta kerana takut untuk menghadapi keadaan abah yang begitu.Aku cakap bawa mak balik dulu.Petang cousin aku Farhana sampai,jenguk abah.Badan aku dah rasa tak larat tapi aku gagahkan diri juga melayan kawan abah dan sedara yang datang melawat.Petang tu bila Zali datang aku cakap dengan Zali boleh tak ko tunggu pulak malam,kaklong nak balik nak pujuk mak datang tengok abah esok sebab kemungkinan abah akan menjalani operation jam 9.00 pagi esok.
16hb,seawal 6.45 pagi aku,Shila dan mak sampai di Hospital Serdang,bawa mak pergi sarapan dulu kat Cafe sebab hanya boleh tengok abah pukul 7.30 pagi.Dapat sms dari Noni dan Huda kawan opis yang bertanya kabar. 7.30pagi aku dan mak masuk dulu jumpa abah,seperti biasa mak tak dapat menahan airmata bila melihat keadaan abah,aku cuba bertahan tapi saat aku bersalaman dengan abah sebelum keluar airmata aku mengalir juga.Lepas tu Shila pula masuk,2 iminit kemudian Shila keluar pun dgn airmata,kata Shila abah menangis. Tepat jam 9.00 pagi,guard yang jaga kat ward tu beritahu nurse kata operation delay sebab bilik pembedahan belum kosong. 12.30 tengahari ,aku masuk jumpa abah dalam 2 minit nurse beritahu nak tolak abah ke bilik pembedahan.Mak jang dari Kajang sempat jenguk abah sekejap sebelum ke operation room. Aku dan Izad yang bergegas dulu mengikut nurse ke operation room kemudian baru yang lain ikut.Mak sedara aku tengah menenangkan mak. Hampir pukul 1.00 tengahari,Huda dan Kak Sal sampai,kebetulan mereka ke customer singgah menjenguk aku di Hospital.Bila terlihat Kak Sal Dan Huda airmata aku mengalir tak dapat dibendung lagi.Ketakutan menjalar dalam hati aku,biarpun kami 4 beradik sudah berkata apa pun terjadi kena redha dan kami perlu kuat demi mak tapi untuk menghadapi bukan mudah. Bila berbual dengan Huda dan Kak Sal,hati aku lega seketika. Saat menunggu pembedahan yang sepatutnya kata nurse hanya sejam tapi abah belum keluar buatkan hati aku bimbang.Tepat jam 4.00 petang,pintu bilik pembedahan terbuka dan nurse bertanya ni keluarga En.Mokhtar,aku menjawab ya,kenapa.Kemudian baru nampak abah ditolak keluar dan syukur,alhamdulillah semuanya selamat. Aku sms Huda beritahu berita ini. Petang dalam pukul 5.00 petang,Mak Ngah dan family sampai dari Johor.Hati aku semakin lega bila abah kata dia tak da rasa sesak nafas lagi.Abah dah mula komplen makan tak sedap,abah tetap abah.
17hb,aku tengok abah jam 12.30 tgh hari.Aku suapkan abah makan seperti biasa hanya 2 atau 3 sudu jer abah makan,tak selera katanya.Nurse beritahu Izad ,abah akan tukar ke wad lain tapi masih dalam pemantauan.Hati aku adik beradik lega,abah akan keluar dari wad CCU. Seperti biasa sedara mara dan kawan abah ada datang melawat dan jam 4.00 petang abah dipindahkan ke CHDW (Cardio High Depency Ward).Aku gembira melihat abah dah semakin sihat dan kesakitan mula hilang dari riak wajahnya.Abah kata doktor beritahu kalau tak ada apa-apa mungkin abah boleh keluar awal.Abah siap cakap kaklong malam ni tak payah tunggu,abah dah sihat.Aku gembira tengok abah ceria kembali.
18hb,12.30 tengahari aku dan Shila sampai,aku bergegas juga sebab biasa waktu ni abah makan dan biasanya aku yang suapkan abah makan.Bila aku masuk jerk abah dah senyum,Kak Long abah dah boleh keluar wad.Kalau aku boleh melompat memang aku melompat dalam wad tu gembira tapi memandangkan wad tu sumer pesakit jantung tak jadi aku lompat kang ada lak yang halau aku keluar hehehe. Aku suruh abah tunggu sementara aku dan Shila gi selesaikan urusan discharge.Selesai segala urusan Shila tunggu kat ruang menunggu,hanya aku dibenarkan masuk.Aku salinkan pakaian abah dan minta nurse cabut peralatan yang masih ada ditubuh abah.Abah berterima kasih pada semua nurse kat CHDW.Ramah belaka nurse kat situ siap berpesan supaya abah jaga pemakanan dan kesihatan. Aku ke CCU Wad dan mengucapkan terima kasih atas layanan baik semasa abah dalam keadaan kritikal.Semua nurse tu gembira dengan perkembangan abah. Paling utama syukur padamu Ya Allah masih memberi peluang untuk abah meneruskan sisa hidupnya.Aku dah melalui saat getir ini,sampai hari ini tak tergambar dalam fikiran betapa aku cuba sedaya mungkin kuatkan semangat demi untuk mak dan abah.Sayu hati aku bila melihat raut wajah bila abah minta lapkan muka dan badannya tapi sedikitpun tak ku tunjukkan kesedihan aku.Begitu juga adik-adik ku yang lain. Hati aku lega semuanya sudah selamat.Terima kasih pada semua yang mendoakan,yang datang berkunjung.
Perjalanan ke SP
Seawal jam 3.00 pagi aku dah bangun menyiapkan nasi lemak untuk dibawa bekal ke kampung,dalam 3.30 pagi mak pula bangun untuk menyiapkan nasi minyak permintaan abah.Aku terkejut jugak tetiba abah minta nak makan nasi minyak.Mcm nak pergi berkelah bekal yang dibawa Sambal ayam,Nasi lemak,nasi minyak,cheese wedges(wat sendiri tau),air kopi perghh mau berkilo lagik lepas ni.
senyum seposen kata abah
Perjalanan ke kampung berjalan lancar cuma hati aku berdebar macam ada sesuatu yang akan terjadi.Sampai Tapah tukar driver,Shila bawa keta sampai Taiping jerk.Abah drive semula lepas hilang mengantuk.Masa masuk jalan lama nak cari Petronas yang ada NGV ,abah kata seronok tengok suasana kampung.
Tiba di Sungai Petani jam 1.00 tengahari,terus check in kat Northern Lodge dan rehat.Petang Shila keluar jumpa kawan,mak & abah pun keluar pergi tengok rumah dan jumpa penyewa.aku sorang duduk terperuk dalam bilik hotel tengok tv dan hati seakan berat nak kemana-mana.Nasib baik Mr.BF call,tak ler boring sangat.
13hb,pepagi dah bangun,abah kata nak pergi kat Medan Mara Taman Ria nak cari makanan kegemaran abah apam lenggang,aku pun tak tahu camner rupa,sekali lagi aku malas nak ikut terus cakap abah dgn mak jerlah yang pergi,aku apalagi siapkan pakaian untuk ke kenduri tengahari.Debar hati masih belum hilang kenapa agaknya.Mata sebelah kiri pulak asyik bergerak orang kata nak nangis ermm betul ker. Aku diam sampai mak tegur knp aku tak mcm selalu.
Sempat lagik wat jelingan manja sementara tunggu mak teh aku beli hadiah kat Tecso Bakar Arang,Sungai Petani sebelum gi umah kenduri
Di rumah kenduri,bertembung dengan Mak Teh,Kak Chah,dan ramai lagi sedara mara,lepas tu kitaorang bergegas ke Pekan Rabu,Alor Star sempat beli ikan pekasam dan belacan kedah.
Balik SP memang lepak abis penat sangat sebab cuaca panas tengahari tu.Abah mengadu sakit dada dan rasa susah nak bernafas,minta sapukan minyak angin.Abah kata mungkin angin,aku ajak abah gi klinik,abah tak nak.Malam tu kitaorg dah berkemas sebab esok awal pagi dah nak bertolak balik.
Thursday, March 11, 2010
Sumber Inspirasi
Gembira rasa di hati sebab esok aku start cuti hehehehe.Fikiran dah melayang ke Sungai Petani.Citer pasal kampung nanti lepas abis cuti aku update dengan gambar sekali.Hari ni aku nak bercerita tentang salah satu blog yang pertama kali aku baca terus jatuh hati dan jadi followers.Tentu sekali blog Mimy.Walaupun tak pernah berjumpa dengan Mimy tapi bila baca blog dia rasa mcm dah kenal lama.aku tak tahu lah orang lain tapi pada aku,Mimy ni sorang yang cute,kelakar,friendly dan mcm-mcm lagilah.Aku boleh ketawa atau senyum sensorang kalo baca blog Mimy.Dulu aku rasa rendah diri gak dengan size badan aku nih tapi bila pertama kali baca blog Mimy,aku kagum dengan penampilan Mimy dan tu yang buat konfiden level diri aku up sikit.Dah makin bersemangat aku sekarang nih.Thanks to Mimy sebab tanpa Mimy sedari Mimy kini jadi sumber inspirasi pada Eida.
Monday, March 8, 2010
Semangat Aleen
Minggu lepas Kak Yus ada ajak gi melawat Anie & baby di Melaka.Hasrat hati memang ingin pergi tapi apakan daya 5hb 3 tu hari bekerja dan kerja mmg tengah bz giler.Aku call Anie beritahu tidak dapat melawat Haniz seperti biasa Anie mmg sorang yang memahami,x perlah nanti Haniz dah balik Seremban boleh ler auntie Eida jenguk yer.Hari Sabtu,aku ikut mak dan adik gi HKL melawat anak sedara adik ipar yang baru lepas operation ketumbuhan dalam tulang belakang.Aleen muda lagi baru 23 tahun.Birthday Aleen tahun ni 6/3/2010 disambut di HKL tapi Aleen kata dia bersyukur kakinya dah boleh gerak semula tapi perlu menjalani fisioterapi selepas ini.Bayangkan sebelum ni Aleen boleh berjalan tetiba lumpuh terbaring disebabkan ketumbuhan ni.Aleen seperti selalu aku tengok seorang yang ceria dan dia bebetul kuat semangat.Mudah-mudahan Aleen cepat sembuh dan berjalan seperti dulu.Kata Aleen,bila dah boleh jalan nanti dia ingin menyambung semula pengajiannya.
Aku berikan kata-kata semangat pada Aleen dan senyuman terukir di wajah dan ucapan terima kasih tak putus dari bibirnya.Sebak juga hati aku bila ada group sukarelawan yang memang melawat pesakit di HKL dan membantu golongan yang memerlukan menyanyikan lagu Selamat Hari Jadi buat Aleen.
Sebelum ni Aleen dirawat di Hospital Alor Star tapi memandangkan tak da pakar di sana maka Aleen dipindahkan ke HKL.Alhamdulillah,selepas pembedahan selama 10 jam,para doktor pakar dan jururawat yang bertugas gembira dengan perkembangan Aleen yang memberangsangkan sehari selepas pembedahan.Doaku moga Aleen cepat sembuh.
Tuesday, March 2, 2010
Plan cuti
Dah beberapa hari tak update blog nih,kalo boss approve maka 12hb 3 ni aku mula cuti sampailah 15hb 3.Kemana lagi kalo tak balik kampung,di Sungai Petani.Belum balik lagi dah terbayang Laksa,Bihun Sup Utara,Mee Udang Penang camner lah badan nak kecik hehehe.Anak Cousin aku kahwin jadi kena ler balik,dulu anak dia yang sulung kahwin kami sekeluarga tak dapat balik.
Sebut pasal kenduri kahwin ni satu sebab aku malas nak gi tak larat jawab soalan cepu emas sedara mara " bila nak kahwin",kalo sorang dua yang tanya tak per jugak ni yang mana jumpa sumer tanya.Dah cam artis kena soal dgn press.Aku pun apalagi bagi statement CT Nurhaliza dulu ler "No komen " hehehe.Kadang-kadang tu senyum kelat jerk .Bukan boleh jawab tak da sapa yg nak sat lagik ada lah yang tetiba nak jodohkan aku dgn org tu ,org ni ohhhh tidak...camner pun biar aku cari sendiri.
Lagi satu mulalah dalam kepala ni nak pakai baju apa,nak bawa handbag mana hehehe ngalahkan datin lak.Kalo gi shopping mata tu asyik nak pandang kasut,handbag,aksesori.
Yang paling best hotel penginapan aku kat SP tu bebetul dekat dengan shopping mall Parkson Grand,abislah duit den kali nih.