Followers

Wednesday, February 10, 2010

Macam-macam hal

Minggu lepas kete aku rosak,kali mmg parah ler jugak,gearbox ada masalah hmm nak wat camner kete lama.Sekarang masih ada kat workshop.Pendek langkah aku dibuatnya tak der kete ni.Gi ambil barang kat supplier pun terpaksa ajak abah.Biasalah kalo gi dengan abah kalo tak kena bebel tak sah walaupun segala kos aku tanggung.Maklumlah nak memastikan pelanggan berpuas hati dengan barang yang aku jual so proses pemilihan aku dan Shila memang cerewet sikit.Lainlah kalo ambik terlalu banyak itu dah tak masa nak pilih lagi. Ada sesuatu yang aku tak sangka singgah di pendengaran aku semalam.Mula tu memang rasa sedih tapi orang lain tak tahu kisah yang sebenar,aku biarkan saja,aku percaya satu hari kebenaran akan terbukti cuma bila ada orang yang bertanya aku menjelaskan perkara yang sebenar.Aku tetap seperti biasa tak pernah menyalahkan sesiapa.Manusia takan pernah sempurna takan pernah tak melakukan kesilapan jadi biarkan saja.Selagi hidup macam-macam hal kita akan tempuhi bila kita menempuhi setiap fasa dalam hidup.

Monday, February 8, 2010

Dua kisah berbeza

Minggu lepas,kami satu opis dikejutkan dengan berita pemergian ibu Tung.Sehari sebelum tu ibu Tung telah dimasukkan ke hospital.Takziah buat Tung atas pemergian ibu yang dikasihi.Aku pun tahu masa rehat bila tak nampak Tung kat pantry.Kisah kedua pula hari Jumaat lepas merupakan hari terakhir Yumi berkhidmat di TDK.Gadis berdarah kacukan Cina dan Jepun ni ternyata agak sedih untuk meninggalkan rakan-rakan tapi katanya dia harus pulang.Yumi tak pernah menunjukkan kesedihannya tapi dengan aku dia suka bercerita dan bila berkesempatan ada juga kami bergurau senda.Katanya dia akan merindui Nasi Lemak sebab Yumi mmg suka makanan yang pedas.Berjauhan dengan keluarga memang sukar dan aku doakan Yumi berjaya mendapat kerja yang dia inginkan di Jepun dan bertemu jodoh sebab katanya dia suka baby..

Tuesday, February 2, 2010

Emerald Collections satu permulaan

Deco Umbrella
Gelang Kristal
Bisnes kecil-kecilan aku dah pun bermula cuma laman web belum sempat dikemaskini,barang pun ada yg belum sempat masuk dalam web dah abis.Alhamdulillah.Emerald merupakan nama yang dipilih oleh adik aku ler ,Shila.Buat permulaan Emerald Collections menjual aksesori wanita,deco umbrella insyallah akan datang ada pelbagai lagi produk.Setiap apa yang kita buat memang ada risiko tapi selagi kita tak berani menghadapi,kita takan kemana.Prinsip aku mudah,pekak kan telinga akan pun orang nak kata yang penting kita tahu apa yang kita buat.Mujur masih ada kenkawan yang selalu bagi moral support terutama dept aku lah.Family juga menyokong usaha aku.Aku ingin merubah segalanya,sesuatu yg pernah aku mulakan dulu tapi cuma separuh jalan,kali ni aku takan menoleh ke belakang lagi. Ada juga yang berminat untuk menjadi pengedar produk kami dan itu diluar jangkaan aku maklumlah bisnes baru mula dan ini membakar semangat aku dan adik aku yang bertungkus lumus merealisasikan Emerald Collections.

Monday, January 18, 2010

Tahniah Noni & Wang

Jumaat lepas,kawan opis Noni selamat melahirkan baby sulung tepat jam 11.00 pagi.Dah tentu sekali baby girl.Aku turut gembira kerana akhirnya usaha Noni untuk mendapat cahayamata berhasil.Aku percaya dengan lahirnya permata hati yang bernama Nur Haniz ni terubat segala penantian Noni selama ni.Indah sungguh nama yang jadi pilihan Noni dan suami.Bukan hanya aku bahkan satu opis dan kenkawan yang lain turut merasa gembira.Bukan itu saja lagi sorang kawan opis,Wang juga turut meraikan kedatangan orang baru di akhir tahun 2009.Wang pulak dapat baby boy.Kegembiraan berganda di Sales Office.Cute betul anak dorang hmm bila lah agaknya aku ni akan ada anak sendiri,hmm tetiba lak sebak.Jodoh aku ntah bila.Sekarang ni kasih aku tertumpah pada anak saudara Azim Haiqal yang aku tolong jaga dari baru lahir sampailah sekarang.Apapun aku kini bergelar Auntie Eida pada si comel Nur Haniz,emm kira cam dapat anak buah ler jugak sebab Noni aku dah anggap macam adik sendiri.Pepagi tadi dah email Kak Yus,tanya bila nak gi Muar hehehe,tak sabar nih..

Permata Hati Noni

Baby Mr.Wang

Friday, January 15, 2010

Kisahnya.....

5hb Jan aku telah memulakan bisnes aku ni secara kecil-kecilan dan sambutan tu alhamdullilah.Hmm dah ada yang berminat nak jadi pengedar produk yang aku jual.Sebut pengedar ni,alkisahnyer ada sorang ni berminat nak jadi pengedar,so kenalah beli dgn aku secara borong minimum order untuk payung tu 12 unit.Orgnya mmg kat TDK juga tapi bukan dari opis aku lah.Dia mintalah bawa balik sample tu,aku pun beri.Hari ni,pepagi dia email minta kurang lagi harga borong tu siap mention kawan dia beli kat Jalan TAR murah dan dia boleh dapat harga borong yang murah dari yang aku offer tu.Memanglah peniaga kat Jln TAR sekali ambik beratus ribu unit,aku ni peniaga kecik,itu satu yg pelik tu kalau dah kata boleh dpt murah knp tanya dari mana aku ambik dan siap minta contact no.tu,satu pastu siap promote lak kat aku kot minat nak jadi dealer satu produk susu kambing.Produk tu org depan rumah pun ada jual siap letak banner lagi hehehe.Bakal-bakal pengedar produk aku dari Penang dan Sungai Petani dah tak sabar-sabar lagi tuh.Wah best ni harap lepas ni kitaorang ada pengedar dalam satu Malaysia,insyallah.

Tuesday, January 5, 2010

Selamat Datang 2010

Hari ni 5hb January 2010.Sekejap jer kan dah 5 hari dalan tahun 2010.Alhamdulillah aku dah mulakan bisnes yang aku rancangkan,buat permulaan ni bawa kat opis dulu brooch tu sebelum masukkan dalam online blog.Dah ada beberapa orang yang berminat nak jadi pengedar,hmm satu perkembangan yang baik. Setiap apa pun yang kita lakukan pasti ada risiko cuma kita berani atau tidak tempuhi risiko tu jer.Aku pernah berniaga sebelum ni dan dah merasa ler sikit asam garam dunia perniagaan.Kawan abah,Pak Cik Mat Noor yang sekarang bergelar jutawan aku jadikan contoh.Pak cik Mat Noor bukan berasal dari keluarga berada dan hidup susah juga semasa dalam tentera dengan anak ramai tapi dia bijak menggunakan peluang dan hasilnya sekarang,beliau bergelar jutawan.Yang pasti beliau bukan buat bisnes MLM ler. Lagi satu aku ambik contoh adik-adik lelaki aku ler.Mungkin tahap pelajaran tak sampai ada Ijazah seperti orang lain tapi kesungguhan mereka selama ni menampakkan hasil.Biarpun ada yang memandang rendah pada kerjaya mereka sebagai pemandu teksi tapi apa yang mereka perolehi sekarang melebihi orang yang ada Ijazah.Aku tetap berbangga dengan hasil usaha adik-adik aku. Aku tak kisah apa orang nak kata yang penting aku tahu apa yang aku buat.Keluarga bagi sokongan yang tak berbelah bagi,begitu juga kawan-kawan dan tentu sekali orang tersayang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...