Followers

Tuesday, January 5, 2010

Selamat Datang 2010

Hari ni 5hb January 2010.Sekejap jer kan dah 5 hari dalan tahun 2010.Alhamdulillah aku dah mulakan bisnes yang aku rancangkan,buat permulaan ni bawa kat opis dulu brooch tu sebelum masukkan dalam online blog.Dah ada beberapa orang yang berminat nak jadi pengedar,hmm satu perkembangan yang baik. Setiap apa pun yang kita lakukan pasti ada risiko cuma kita berani atau tidak tempuhi risiko tu jer.Aku pernah berniaga sebelum ni dan dah merasa ler sikit asam garam dunia perniagaan.Kawan abah,Pak Cik Mat Noor yang sekarang bergelar jutawan aku jadikan contoh.Pak cik Mat Noor bukan berasal dari keluarga berada dan hidup susah juga semasa dalam tentera dengan anak ramai tapi dia bijak menggunakan peluang dan hasilnya sekarang,beliau bergelar jutawan.Yang pasti beliau bukan buat bisnes MLM ler. Lagi satu aku ambik contoh adik-adik lelaki aku ler.Mungkin tahap pelajaran tak sampai ada Ijazah seperti orang lain tapi kesungguhan mereka selama ni menampakkan hasil.Biarpun ada yang memandang rendah pada kerjaya mereka sebagai pemandu teksi tapi apa yang mereka perolehi sekarang melebihi orang yang ada Ijazah.Aku tetap berbangga dengan hasil usaha adik-adik aku. Aku tak kisah apa orang nak kata yang penting aku tahu apa yang aku buat.Keluarga bagi sokongan yang tak berbelah bagi,begitu juga kawan-kawan dan tentu sekali orang tersayang.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...