Followers

Thursday, August 25, 2011

Dengan Ingatan tulus ikhlas dariku

Hari ni hari terakhir aku bekerja sebelum Raya.Saja ambil cuti awal sehari dari cuti seminggu yang company bagi.Banyak perkara nak buat.Insyallah kami sekeluarga akan beraya di Kluang,Johor ni kampung sebelah mak.Dah lama jugak kami tak balik Kluang.Tahun lepas beraya di Nilai.Adik aku Izad beraya di Kulim,Kedah.Untuk semua followers serta semua yang sudi membaca blog aku ni,aku mohon maaf sekiranya ada keterlanjuran kata tika berblog ni kan.Pada yang nak balik kampung,berhati-hati ingat orang tersayang yang menunggu kita di kampung.Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan Maaf Zahir Batin

Anugerah Aidil Fitri -Siti Nurhaliza

Disini Hari ini Lebaran Yang Dinanti
Sanubari Bernyanyi Suci Murni
Amalan Dirahmati Pekerti Lahir batin
Sesuci Sebersih Lebaran Ini 

Bersalam Bermaafan
Keampunan Keberkatan
Berdendang Sehalaman
Bersaudara Berpanjangan
Yang Malang Jangan Lupa
Kusyukuri-Mu Rabbani
Anugerah Aidil Fitri Indahnya Hari Ini

Mari Puji Memuji Kepada Tuhan
Titis Kasihnya Melimpah Seluruh Alam
Mari Puji Memuji Tuhan Yang Esa Insyafi Nikmat Diberi Dihari Raya

Disini Hari ini Lebaran Yang Dinanti
Sanubari Bernyanyi Suci Murni
Amalan Dirahmati Pekerti Lahir batin
Sesuci Sebersih Lebaran Ini

Bersalam Bermaafan
Keampunan Keberkatan
Berdendang Sehalaman
Bersaudara Berpanjangan
Yang Malang Jangan Lupa
Kusyukuri-Mu Rabbani
Anugerah Aidil Fitri Indahnya Hari Ini

Mari Puji Memuji Kepada Tuhan
Titis Kasihnya Melimpah Seluruh Alam
Mari Puji Memuji Tuhan Yang Esa
Insafi Nikmat Diberi Dihari Raya


Tuesday, August 23, 2011

Tak terucap rinduku ini

Sudah seminggu lebih kucing kesayangan aku ntah hilang kemana.Danny tak pernah tak balik rumah walaupun keluar jenjalan kawasan berdekatan,paling lama pun 2 atau 3 hari mesti balik.Tapi kali ni Danny tak balik lagi.Aku sedih sangat sebab Danny satu-satunya penghibur aku kat rumah.Aku sanggup berhabis kerana Danny semasa Danny sakit dulu.2 hari lepas aku bermimpikan Danny kerana rinduku pada Danny tak terucap lagik.Setiap hari aku tetap tunggu kalau-kalau Danny balik.Naluri hati ku kuat berkata Danny diambil orang kerana Danny memang comel.Bila tengok shampoo dan tuala mandi Danny hati aku sebak.Makanan Danny yang masih banyak aku sedekahkan pada kucing-kucing yang datang kat belakang rumah.

Sekali-sekala terdengar bunyi kucing suara seakan Danny dan aku masih mencari hingga hari ni dari mana arah suara tu.Mungkin ada yang akan tertawakan aku kerana seekor kucing aku boleh menangis.Danny telah aku anggap sebahagian dari ahli keluarga kami.Danny adalah penghibur hati aku dengan gelagatnya.Ya Allah,jika Danny masih hidup kau kembalikanlah dia kepangkuan aku.Jika Danny telah tiada,sepanjang hidupnya aku telah menjaganya sebaik mungkin cuma kerinduan aku pada Danny makin parah dan tak terucap dengan kata-kata lagi. Miss you so much Danny.Danny aku dapat semasa AidilFitri 2009 dan aku masih menaruh harapan moga Aidilfitri tahun ni Danny akan kembali




My sweetheart

Tuesday, August 16, 2011

Olive Shower Gel Body Shop

Masa gi shopping ari tu aku pun cuba jenguk kat Body Shop sebab aku nak cari body shower gel.Kulit badan aku memang tak boleh pakai sabun mandi biasa kerana nanti jadi macam gatal-gatal.Jadi kalau pakai sabun mandian jenis cecair ni ok lah.Dah memacam aku cuba dari jenama biasa dan kali ni aku nak try ler pulak dari Body Shop.

Bila masuk jer terus SA tu tanya maka aku pun terus cakap saya nak mandian yang boleh melembapkan kulit badan dan haruman yang tidak terlalu kuat.Maka SA tu mencadangkan pada aku gunakan Olive Shower Gel.Bila aku diberi peluang cium bau shower gel tu,hmm haruman lembut buah zaitun.Wah aku suka lah,maka aku terus beli lah.Harganya pun tak derlah mahal sangat cuma RM 19.90 (250ml) dan guna sikit jerk menghasilkan buih yang banyak.Aku memang suka dengan hasilnya.Kulit aku tak derlah kering sangat lagi dan lepas ni ingat nak gi Body Shop lagi.Next produk yang aku nak adalah Olive Textured Body Scrub.

next nak beli yang ni pulak
 So aku nak share lah dengan korang kebaikan buah zaitun tu kan.

Dunia moden pada hari ini, melalui kajian- kajian sains semasa mengiktiraf khasiat buah zaitun. Minyak zaitun mempunyai nilai yang tinggi dalam bidang perubatan. Seandainya minyak zaitun diambil sebagai bahan makanan, ia bertindak sebagai penambah zat makanan, mencuci dan membaik pulih perut dan menjadi penawar racun. Ia akan membantu pesakit gastrik dan juga yang mengalami kegagalan fungsi buah pinggang. Jika minyak zaitun diambil sebagai sapuan luaran, ia bertindak sebagai pelicin dan pelembut kepada kulit yang mengalami ekzema dan psoriasis seterusnya dapat meremajakan kulit. Menurut Tarmizi dan Ibn Majah, Nabi Muhamad SAW bersabda, " Makanlah minyak zaitun, dan sapulah kulitmu dengannya kerana ia datang dari pohon yang diberkati".

Dari sudut pandangan sains pemakanan, minyak zaitun mengandungi asid lemak tidak tepu yang dikelaskan sebagai "monounansaturated" yang mampu merendahkan kolesterol berbahaya di dalam darah. Satu kajian yang telah dijalankan oleh pakar- pakar kesihatan di Institut Sains Kesihatan, Universiti Oxford melihat perkaitan antara kanser dan pemakanan seseorang. Didapati bahawa negara yang mengamalkan pengambilan daging yang kerap dan rendah dalam pengambilan sayur- sayuran mempunyai risiko dan kes penyakit kanser yang tinggi tetapi pengambilan minyak zaitun akan mengurangkan kadar kes tersebut. Dalam Annals of Oncology (10 Januari 2005) menyatakan pakar- pakar sains mendapati diet Meditranean yang kaya dengan minyak zaitun akan mengurangkan risiko seseorang mendapat kanser payudara kerana kandungan ‘oleic acid' yang terdapat didalamnya. Menurut Imam Ibn Qayyim Al Jauziyyah, mutu minyak zaitun adalah bergantung kepada pokok yang mengeluarkannya. Sebagai contoh, jenis yang terbaik adalah minyak zaitun yang dikeluarkan daripada buah yang masak, manakala minyak daripada buah zaitun yang belum masak adalah bersifat sejuk dan kering. Buah zaitun yang telah masak ranum, lebih cenderung menjadi panas dan mengurai. Oleh itu, jika ia diproses menggunakan air akan menjadikannya kurang panas, bertindak dengan lembut dan lebih berkhasiat. Walaubagaimanapun, semua jenis minyak zaitun akan melembutkan kulit serta melambatkan proses penuaan. Di samping itu, minyak zaitun dapat melawan racun di dalam badan dengan bertindak sebagai ‘laxative' dan menyingkirkan cacing di dalam badan.

Melihat kepada keadaan dan tahap kesihatan masyarakat kita sekarang, penyakit jantung yang dikenali sebagai pembunuh secara senyap semakin meningkat. Namun begitu, pengambilan minyak zaitun mungkin dapat mencegahnya kerana ia kaya dengan bahan ‘phenol'. Bahan ini mempunyai bahan antioksidan yang tinggi di samping mampu mencegah proses radang dan pembekuan darah. Oleh itu, pengambilan minyak zaitun amat bermanfaat untuk mencegah seseorang daripada menghidapi penyakit jantung. Di samping itu, mutakhir ini, manfaat minyak zaitun untuk kecantikan seringkali dihebahkan di dada akhbar mahupun media elektronik. Ini kerana, banyak syarikat kosmetik yang menggunakan minyak zaitun sebagai bahan asas ramuan dalam pembuatan barangan kecantikan. Oleh itu, sememangnya kelebihan minyak zaitun tidak dapat dinafikan lagi.

Kelebihan minyak zaitun boleh dilihat dalam situasi yang paling dekat dengan kehidupan kita di mana penggunaannya sebagai minyak masak. Walaupun banyak pendapat mengatakan bahawa makanan yang dimasak atau digoreng menggunakan minyak zaitun tidaklah sesedap makanan yang digoreng dengan menggunakan minyak kelapa sawit, namun ia ada kelebihan tersendiri dari sudut kesihatan. Minyak masak selain yang berasaskan buah zaitun apabila digunakan berulang kali menyebabkan jumlah kolesterol teroksida dan menjadi tepu serta tidak elok untuk kesihatan. Kesannya dapat dilihat apabila minyak tersebut memerangkap sisa makanan dan berubah warna dan bau. Namun berbeza dengan minyak zaitun kerana ia boleh digunakan berulangkali, tidak akan mengalami proses pengoksidaan dan menjadi tepu serta tidak akan berubah dari segi warna dan bau. Setelah makan makanan yang digoreng menggunakan minyak zaitun, perut akan terasa ringan dan puas sehingga seseorang akan berhenti makan sebelum kenyang. Ini adalah kerana kesan daripada penguraian tenaga di hati oleh minyak zaitun yang mempunyai banyak kandungan zat yang bermanfaat.

Oleh itu, tidak dapat disangkal lagi akan keistimewaan buah zaitun yang daripadanya boleh menghasilkan pelbagai jenis barangan dengan teknologi yang ada pada masa kini untuk kegunaan ramai. Sehubungan dengan itu, daripada Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW pernah bersabda " Ambillah minyak zaitun dan sapulah ke kulitmu. Ia membantu mengubat tujuh puluh (beberapa) penyakit dan juga Juzam (kusta). Dengan ini, tidak hairanlah, ramai yang mengetahui akan kelebihan buah zaitun, memanfaatkannya sebagai bahan untuk kegunaan asas seperti minyak masak, minyak rambut, barangan kecantikan, sabun dan juga dijadikan sebagai makanan tambahan. Justeru, khasiat yang terdapat pada buah zaitun merupakan anugerah Allah ke atas hamba- hambaNya yang amat bernilai untuk dimanfaatkan kerana bukan sahaja buah zaitun disebut di dalam Al Quran, malah pakar- pakar sains dunia juga mengiktiraf akan keistimewaannya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...