Luv u dad |
Semalam merupakan hari bapa.Memandangkan abah agak sibuk semalam maka belum ada rancangan untuk celebrate di mana-mana tapi semalam aku dengan rajinnya memasak lauk kegemaran abah biarpun ringkas tapi masakan tu mengimbau kenangan masa abah di kampung dulu.Minggu lepas masa Kak Bed kat opis beritahu ada ikan lampam pekasam dari Kuala Sala,Kedah aku siap order 2 bekas.Saja aku tak beritahu abah.Ikan pekasam yang aku order ni buatan asli orang kampung rasanya pergh...terangkat.Ini salah satu hidangan kampung kegemaran abah.Abah suka kalau aku goreng ikan pekasam ni lalu ditabur dgn bawang besar,cili padi yang digoreng dan perahan limau kasturi.
Dan semalam aku sediakan ikan pekasam goreng special ni,masa goreng lagi abah dah tanya dah masak nasi ker belum hmm seronok aku bila abah tak sabar nak rasa.Bersama lauk-pauk lain aku hidangkan makanan tengahari .Abah makan penuh selera dan pujian dari abah,Kak Long masak sedap lah hari ni,dah lama Kak long tak masak kan.Senyum sampai ke telinga lah aku lalu cakap terima kasih abah.Dulu-dulu kat Kedah para pesawah kalau pergi ker bendang selalu bawa ikan pekasam dengan nasi sebagai bekal,maklumlah dulu kan susah jadi ikan-ikan sungai atau ikan sawah ni dibuat pekasam.Kalau rasa nak makan pekasam sesapa yang pergi Pekan Rabu kat Alor Setar tu boleh beli kat situ,bermacam jenis ikan ada kat situ.
Bercerita tentang hari bapa tentu sekali kena cerita tentang abah kan.Abah seorang yang tegas maklumlah bekas tentera.Adakalanya aku ni bertelegah pendapat gak dengan abah tapi pastu berdamai semula.Aku pernah gak merajuk dengan abah sampai tak bercakap tapi abah tetap melayan aku seperti biasa dan seperti tiada apa yang berlaku.Lama-lama keadaan kembali seperti sediakala.Abah cukup tahu perangai aku tapi kadangkala kata-kata abah tu buat aku terasa hati.Sebagai anak,mana mungkin membenci abah sendiri kan cuma merajuk sekejap tu biasalah.Semasa kali pertama abah dimasukkan ke wad akibat stroke dulu aku orang pertama yang tunggu di wad kemudian adik-adik ku.Kali kedua abah dimasukkan ke CCU Ward akibat serangan jantung,aku juga orang pertama yang tunggu biarpun hanya baring di kerusi menunggu di ruang menunggu.
Semarah mana pun aku,aku tak pernah lagi abaikan mak atau abah ketika mereka sakit dan memerlukan.Hanya itu yang mampu aku beri sebagai balasan membesarkan aku.Setakat mana wang ringgit yang aku ada,aku rela mendahulukan keinginan abah dan mak setakat yang aku mampu dari keinginan aku sendiri kerana ketika kecik dulu abah dan mak sering mendahulukan keperluan aku dan adik-adik.Biarpun pernah ada kisah duka dalam hidup kami sekeluarga biarlah kisah itu tersimpan rapi untuk kami sekeluarga dan aku menjadikan apa yang terjadi tu pengajaran pada aku dan adik-adik.
Abah aku yang hensem :) |
Cuma sekarang ni kedegilan abah kadang-kadang mengundang kerisauan dihati aku.Selepas serangan jantung dulu,aku tak galakkan abah terlalu bekerja dan minta rehat di rumah tapi abah enggan.Minggu lepas bila abah beritahu rasa penat dan pernafasan abah seolah semput aku mulai bimbang dan terus mengingatkan abah tentang risiko terkena serangan kali kedua.Adakala abah marah,kata aku bising ngalahkan nurse kat hospital tapi aku cakap untuk kebaikan abah jugak.
Adik-adik aku pun kadang-kadang hilang sabar jugak dengan abah yang ambik remeh tentang kesihatan.Itu tandanya anak-anak sayang abah tak nak tengok abah sakit tapi tulah kan terlebih tegur pun takut kecik hati pulak.Apa-apa pun kami adik-beradik sentiasa menyayangi abah.Untuk abah,terima kasih kerana membesarkan aku dan adik-adik biarpun tak semewah mana tapi kami tetap bersyukur dan atas kesusahan dulu kami bangkit dan kini alhamdulillah segalanya telah berlalu.Moga Allah kurniakan abah,kesihatan yang baik dan jangan degil sangat bila anak-anak beri pendapat tu untuk kebaikan abah juga.Dari sudut hati yang tulus ikhlas,kaklong dan adik-adik sayang abah.Selamat Hari Bapa buat Abah tercinta Mokhtar Bin Ariffin
2 comments:
macho man kak ida! sama macam macho man huda! i like! happy father's day Encik Mokhtar! PEACE!
yesza...
Post a Comment