Kelmarin mak ker Klinik Kesihatan untuk temujanji pemeriksaan tekanan darah tingginya.Memandangkan dah 3 bulan mak batuk dan kami dah bermacam ubat mak makan dari klinik swasta sampailah ubat tabib cina,mak masih batuk dan tak pulih.Hm pelik kan tapi semalam terungkailah sikit kenapa.3 bulan lepas semasa mak ke Klinik kesihatan tu,doktor ada bagi ubat tambahan pil berwarna hijau,memang mak ada cakap ada ubat baru.Nak tahu apa terjadi,lepas mak mengadu pada doktor tentang batuk dah hampir 3 bulan dan tak boleh tidur malam sebab batuk kuat yang datang sesekali tu,doktor tu boleh cakap oh itu kesan pil baru yang warna hijau tu,memang kebanyakan yang makan pil tu batuk.Nasib baik aku tak der kat tempat tu kalo tidak mahu jerk aku cakap Doktor ingat mak saya ni bahan eksperimen ker sesuka hati nak bagi ubat apa dan dah tahu ubat tu kebanyakan yang makan kesannya batuk yang kuat.Kesian mak menderita 3 bulan.Aku ni tak suka nak memperlecehkan klinik kerajaan tapi ini terjadi.Ini membabitkan nyawa.Mak ke klinik kerajaan kerana kemudahan rawatan percuma dari kad pencen abah.
Doktor tu suruh mak berhenti makan ubat yg berwarna hijau tu.Jadi bila orang kata pergi klinik kesihatan orang yang sakit cepat mati,nak nafikan pun tak boleh.Sepatutnya doktor tu yang dah tahu kesan ubat tu,dah tahu ramai yang jadi batuk teruk kenapa masih beri ubat tu pada orang lain.Kalau korang tengoklah macamana teruknya mak aku batuk mesti sakit hati bila dengar doktor tu cakap macam tu.Ingat badan mak aku tu bahan ujikaji ker,tengok ubat sesuai ker tak.
Mak pulak jenis tak banyak cakap,nasib baik kau tak ikut mak pergi klinik semalam,kalau tak siaplah doktor tu.Memang bingitlah telinga doktor tu kena bebel dengan aku.Biarpun tak semua klinik kesihatan kerajaan yang mcm ni tapi pelbagai masalah terjadi dan itu yang buat orang malas nak pergi ke klinik kesihatan atau hospital kerajaan.
Lagi satu kes klinik 1Malaysia,mak pernah cerita masa pergi ke klinik 1Malaysia tahun lepas,ada pasangan suami isteri bawa anak mereka yang demam panas,tahu apa pembantu kesihatan tu beritahu pada pasangan yang sudah risau dengan keadaan anak mereka ni,kat klinik 1Malaysia ni tak rawat budak bawah 12tahun.Kalau mcm tu tak payah buat klinik 1Malaysia.Kesian tak ,dahlah yang datang tu orang susah,ntah ada ke tidak duit nak pergi klinik swasta.Bersusah payah kerajaan bagi segala kemudahan untuk membantu golongan yang berpendapatan rendah ni tapi yang banyak buat hal orang kat klinik tu sendiri maksud aku pekerja-pekerja kat situ.
Aku pun pernah gak bab kena marah dengan doktor hospital kerajaan ni.Dah klinik swasta bagi surat suruh pergi bahagian kecemasan hospital dan doktor klinik dah bagi aku ubat utk turunkan tekanan darah yang tetiba naik tinggi,sampai kat bahagian kecemasan hospital,aku beritahu doktor tu,doktor klinik dah bagi ubat sementara untuk turunkan darah,bila dia periksa tekanan darah aku terus dia cakap tak da pun darah tinggi,lainkali pergi bahagian pesakit luar bukan bahagian kecemasan.Aku geram terus balas kan saya dah beritahu doktor klinik bagi ubat turunkan tekanan darah pastu aku tambah lagi mana ada bahagian pesakit luar buka pukul 8.30 malam ni doktor.Menyesal aku cakap saya jauh dari Nilai datang sini bukan nak dengar doktor membebel,baik doktor bersara jerk jangan rawat orang nanti orang cepat mati.Diam doktor tu.Sejak hari tu aku tak pernah lagi ke hospital kerajaan untuk rawatan.Dengan doktor klinik swasta tu juga aku disahkan mengidap anemia dan tekanan darah aku naik disebabkan radikal bebas dalam badan.Itu citer beberapa tahun dulu.
Tapi aku puji perkhidmatan Hospital Serdang sebab masa abah masuk CCU Ward dulu memang layanan baik sekali,aku pernah teman abah pergi check-up pun,alhamdulillah memang bagus layanan di Hospital Serdang.
August 16 Update
8 years ago
0 comments:
Post a Comment