Followers

Tuesday, June 28, 2011

Kick Off Meeting

Buat pertama kalinya,Kick Off meeting untuk Sales Group melibatkan CS dan juga CP staff kat Nilai ni.MD baru Fukui san yang nak semua buat presentation.Masa memula tu sebelum melangkah masuk ke Conference Room memang rasa seram sejuk tapi lepas tengok Fukui san,my boss Tagaya,Kikuchi rasa gemuruh tu kurang sikit.Bila tiba giliran CP group iaitu Noni,Tung dan aku,alhamdulillah kami bertiga dapat melakukan dengan baik dan rasa lega.Nasib baik aku dapat atasi rasa gemuruh tu kalau tak tak tahulah apa yang terjadi dan ntah apa yang aku cakap nanti.Idea nak cakap apa pun datang secara spontan tanpa latihan seperti CS group.Aku kongsikan gambar-gambar sekitar kick off meeting ni.


Asean Sales MD ,Fukui san tgh buat presentation


Memasing tengah kusyuk


CP Group -Yg tudung biru tu aku ler dgn Tung Dan Noni

Tengah wat presentation dah rupa nak menangis pun ader

Concentrate...jangan tak concentrate..:)

HappY Birthday to my lil Sis

Ni delay post memandangkan aku agak bz beberapa hari ni,21hb June yang baru lepas ni merupakan birthday adik aku yang bongsu Shila.Pepagi aku sms ucap pada adik.Satu-satunya adik perempuan yang aku ada.Teman suka duka dan teman bergaduh manja pun yer juga.Biasalah adik-beradik kalau tak gaduh-gaduh ni tak meriah hahaha tapi jangan gaduh tahap luar biasa dah ler itu kira bahaya.

Hm dah 29 tahun umur Shila.Terasalah ketuaan melanda aku nih.Yang paling best birthday adik aku ni sama dengan Putera William anak Lady Diana tu.Tahun pun sama.Sesaja jer aku gurau dengan Shila ko dah email William ker bila nak buat birthday party.Yang paling meraih adalah suprise birthday party dari colleague dan management di opis adik aku kat KL nun.


Shila kata memula tu colleague dia beritahu ada sesuatu tentang kerja dan perlu jumpa orang besar syarikat.Dengan hati yang berdebar dan bagai jantung nak luruh kata adik aku,dia ke satu bilik seperti yang diarahkan,buka jerk pintu dapat Suprise dan lagu Hepi Besday...hmm rasa mcm tak percaya katanya dan buat adik aku terharu sangat.


Aku belum sempat cari hadiah untuk adik aku ni maybe this week.Happy Birthday sis,walaupun kita selalu gaduh-gaduh manja biasalah adik-beradik kan,Kak Long sayang adik dan doakan yang terbaik buat adik dan....impian yang satu itu insyallah akan kita sama-sama laksanakan sebaik mungkin.


My lovely sis....Shila

Monday, June 20, 2011

Untuk Abah....

Luv u dad

Semalam merupakan hari bapa.Memandangkan abah agak sibuk semalam maka belum ada rancangan untuk celebrate di mana-mana tapi semalam aku dengan rajinnya memasak lauk kegemaran abah biarpun ringkas tapi masakan tu mengimbau kenangan masa abah di kampung dulu.Minggu lepas masa Kak Bed kat opis beritahu ada ikan lampam pekasam dari Kuala Sala,Kedah aku siap order 2 bekas.Saja aku tak beritahu abah.Ikan pekasam yang aku order ni buatan asli orang kampung rasanya pergh...terangkat.Ini salah satu hidangan kampung kegemaran abah.Abah suka kalau aku goreng ikan pekasam ni lalu ditabur dgn bawang besar,cili padi yang digoreng dan perahan limau kasturi.



Dan semalam aku sediakan ikan pekasam goreng special ni,masa goreng lagi abah dah tanya dah masak nasi ker belum hmm seronok aku bila abah tak sabar nak rasa.Bersama lauk-pauk lain aku hidangkan makanan tengahari .Abah makan penuh selera dan pujian dari abah,Kak Long masak sedap lah hari ni,dah lama Kak long tak masak kan.Senyum sampai ke telinga lah aku lalu cakap terima kasih abah.Dulu-dulu kat Kedah para pesawah kalau pergi ker bendang selalu bawa ikan pekasam dengan nasi sebagai bekal,maklumlah dulu kan susah jadi ikan-ikan sungai atau ikan sawah ni dibuat pekasam.Kalau rasa nak makan pekasam sesapa yang pergi Pekan Rabu kat Alor Setar tu boleh beli kat situ,bermacam jenis ikan ada kat situ.

Bercerita tentang hari bapa tentu sekali kena cerita tentang abah kan.Abah seorang yang tegas maklumlah bekas tentera.Adakalanya aku ni bertelegah pendapat gak dengan abah tapi pastu berdamai semula.Aku pernah gak merajuk dengan abah sampai tak bercakap tapi abah tetap melayan aku seperti biasa dan seperti tiada apa yang berlaku.Lama-lama keadaan kembali seperti sediakala.Abah cukup tahu perangai aku tapi kadangkala kata-kata abah tu buat aku terasa hati.Sebagai anak,mana mungkin membenci abah sendiri kan cuma merajuk sekejap tu biasalah.Semasa kali pertama abah dimasukkan ke wad akibat stroke dulu aku orang pertama yang tunggu di wad kemudian adik-adik ku.Kali kedua abah dimasukkan ke CCU Ward akibat serangan jantung,aku juga orang pertama yang tunggu biarpun hanya baring di kerusi menunggu di ruang menunggu.

Semarah mana pun aku,aku tak pernah lagi abaikan mak atau abah ketika mereka sakit dan memerlukan.Hanya itu yang mampu aku beri sebagai balasan membesarkan aku.Setakat mana wang ringgit yang aku ada,aku rela mendahulukan keinginan abah dan mak setakat yang aku mampu dari keinginan aku sendiri kerana ketika kecik dulu abah dan mak sering mendahulukan keperluan aku dan adik-adik.Biarpun pernah ada kisah duka dalam hidup kami sekeluarga biarlah kisah itu tersimpan rapi untuk kami sekeluarga dan aku menjadikan apa yang terjadi tu pengajaran pada aku dan adik-adik.

Abah aku yang hensem :)

Cuma sekarang ni kedegilan abah kadang-kadang mengundang kerisauan dihati aku.Selepas serangan jantung dulu,aku tak galakkan abah terlalu bekerja dan minta rehat di rumah tapi abah enggan.Minggu lepas bila abah beritahu rasa penat dan pernafasan abah seolah semput aku mulai bimbang dan terus mengingatkan abah tentang risiko terkena serangan kali kedua.Adakala abah marah,kata aku bising ngalahkan nurse kat hospital tapi aku cakap untuk kebaikan abah jugak.


Adik-adik aku pun kadang-kadang hilang sabar jugak dengan abah yang ambik remeh tentang kesihatan.Itu tandanya anak-anak sayang abah tak nak tengok abah sakit tapi tulah kan terlebih tegur pun takut kecik hati pulak.Apa-apa pun kami adik-beradik sentiasa menyayangi abah.Untuk abah,terima kasih kerana membesarkan aku dan adik-adik biarpun tak semewah mana tapi kami tetap bersyukur dan atas kesusahan dulu kami bangkit dan kini alhamdulillah segalanya telah berlalu.Moga Allah kurniakan abah,kesihatan yang baik dan jangan degil sangat bila anak-anak beri pendapat tu untuk kebaikan abah juga.Dari sudut hati yang tulus ikhlas,kaklong dan adik-adik sayang abah.Selamat Hari Bapa buat Abah tercinta Mokhtar Bin Ariffin



Tuesday, June 14, 2011

Dugaan buat Kak Azizah

Hari ni semasa HR buat pengumuman tentang nasib yang menimpa salah sorang line leader di bahagian production kilang iaitu Kak Azizah Rameli yang rumahnya terbakar malam semalam dan beliau hanya tinggal sehelai sepinggang.Tiada apa yang dapat diselamatkan.Aku tak kenal sangat Kak Azizah ni sebab jarang ke bahagian production.Kutipan derma telah dilancarkan untuk membantu beliau selain sesapa yang ingin mendermakan pakaian atau lain-lain barang kepada beliau.

Menurut salah sorang rakan yang mengenali Kak Azizah,beliau merupakan  ibu tunggal pada 5 orang anak.Mempunyai 2 orang anak lelaki dan 3 orang perempuan.Yang lelaki berumur 16 dan 6 tahun dan yang perempuan pula berumur 13,11 dan 9 tahun.Makluman ini disampaikan melalui email kerana ramai yang ingin menyumbangkan pakaian dan boleh juga menyumbang pelbagai keperluan lain.


Selepas dapat info ini aku terus call mak kat rumah dan kami akan membantu dari segi pakaian dan barang-barang lain setakat yang mampu.


Biarpun aku tidak mengenali kak Azizah tapi aku turut bersimpati dengan apa yang menimpa beliau.Kami tetap bekerja dibawah company yang sama.Ini gambar rumah beliau yang musnah dalam kebakaran.Moga Kak Azizah tabah menghadapi dugaan.



Tiada apa yang tinggal






Friday, June 10, 2011

Bukan nak pertikaikan tapi ini yang terjadi

Kelmarin mak ker Klinik Kesihatan untuk temujanji pemeriksaan tekanan darah tingginya.Memandangkan dah 3 bulan mak batuk dan kami dah bermacam ubat mak makan dari klinik swasta sampailah ubat tabib cina,mak masih batuk dan tak pulih.Hm pelik kan tapi semalam terungkailah sikit kenapa.3 bulan lepas semasa mak ke Klinik kesihatan tu,doktor ada bagi ubat tambahan pil berwarna hijau,memang mak ada cakap ada ubat baru.Nak tahu apa terjadi,lepas mak mengadu pada doktor tentang batuk dah hampir 3 bulan dan tak boleh tidur malam sebab batuk kuat yang datang sesekali tu,doktor tu boleh cakap oh itu kesan pil baru yang warna hijau tu,memang kebanyakan yang makan pil tu batuk.Nasib baik aku tak der kat tempat tu kalo tidak mahu jerk aku cakap Doktor ingat mak saya ni bahan eksperimen ker sesuka hati nak bagi ubat apa dan dah tahu ubat tu kebanyakan yang makan kesannya batuk yang kuat.Kesian mak menderita 3 bulan.Aku ni tak suka nak memperlecehkan klinik kerajaan tapi ini terjadi.Ini membabitkan nyawa.Mak ke klinik kerajaan kerana kemudahan rawatan percuma dari kad pencen abah.


Doktor tu suruh mak berhenti makan ubat yg berwarna hijau tu.Jadi bila orang kata pergi klinik kesihatan orang yang sakit cepat mati,nak nafikan pun tak boleh.Sepatutnya doktor tu yang dah tahu kesan ubat tu,dah tahu ramai yang jadi batuk teruk kenapa masih beri ubat tu pada orang lain.Kalau korang tengoklah macamana teruknya mak aku batuk mesti sakit hati bila dengar doktor tu cakap macam tu.Ingat badan mak aku tu bahan ujikaji ker,tengok ubat sesuai ker tak.


Mak pulak jenis tak banyak cakap,nasib baik kau tak ikut mak pergi klinik semalam,kalau tak siaplah doktor tu.Memang bingitlah telinga doktor tu kena bebel dengan aku.Biarpun tak semua klinik kesihatan kerajaan yang mcm ni tapi pelbagai masalah terjadi dan itu yang buat orang malas nak pergi ke klinik kesihatan atau hospital kerajaan.


Lagi satu kes klinik 1Malaysia,mak pernah cerita masa pergi ke klinik 1Malaysia tahun lepas,ada pasangan suami isteri bawa anak mereka yang demam panas,tahu apa pembantu kesihatan tu beritahu pada pasangan yang sudah risau dengan keadaan anak mereka ni,kat klinik 1Malaysia ni tak rawat budak bawah 12tahun.Kalau mcm tu tak payah buat klinik 1Malaysia.Kesian tak ,dahlah yang datang tu orang susah,ntah ada ke tidak duit nak pergi klinik swasta.Bersusah payah kerajaan bagi segala kemudahan untuk membantu golongan yang berpendapatan rendah ni tapi yang banyak buat hal orang kat klinik tu sendiri maksud aku pekerja-pekerja kat situ.


Aku pun pernah gak bab kena marah dengan doktor  hospital kerajaan ni.Dah klinik swasta bagi surat suruh pergi bahagian kecemasan hospital dan doktor klinik dah bagi aku ubat utk turunkan tekanan darah yang tetiba naik tinggi,sampai kat bahagian kecemasan hospital,aku beritahu doktor tu,doktor klinik dah bagi ubat sementara untuk turunkan darah,bila dia periksa tekanan darah aku terus dia cakap tak da pun darah tinggi,lainkali pergi bahagian pesakit luar bukan bahagian kecemasan.Aku geram terus balas kan saya dah beritahu doktor klinik bagi ubat turunkan tekanan darah pastu aku tambah lagi mana ada bahagian pesakit luar buka pukul 8.30 malam ni doktor.Menyesal aku cakap saya jauh dari Nilai datang sini bukan nak dengar doktor membebel,baik doktor bersara jerk jangan rawat orang nanti orang cepat mati.Diam doktor tu.Sejak hari tu aku tak pernah lagi ke hospital kerajaan untuk rawatan.Dengan doktor klinik swasta tu juga aku disahkan mengidap anemia dan tekanan darah aku naik disebabkan radikal bebas dalam badan.Itu citer beberapa tahun dulu.


Tapi aku puji perkhidmatan Hospital Serdang sebab masa abah masuk CCU Ward dulu memang layanan baik sekali,aku pernah teman abah pergi check-up pun,alhamdulillah memang bagus layanan di Hospital Serdang.

Monday, June 6, 2011

5 bintang untuk Kungfu Panda

Memandangkan sessi tengok movie tertangguh dari 28hb ke 4hb June maka hari ni aku nak bercerita sessi tengok wayang dengan anak buah aku Azim Haiqal.Paling teruja nak tengok Kungfu Panda selain dari aku tentu sekali anak buah aku Azim.Hari-hari tanya bila nak tengok kungfu Panda dan ini pengalaman pertama Azim tengok wayang.Aku,adik aku Shila serta adik ipar Zana sampai ker Alamanda tepat jam 8 malam.Lepas ambik tiket yang memang kitorang dar reserve awal-awal tu terus ker food court Alamanda untuk membasahkan tekak.

Azim dah tak mood nak minum asyik tanya lambat lagi ker Maklong,pastu berulang kali tanya tiket dah beli kan Maklong.Anak buah aku ni baru 3 tahun lebih jerk.Masa berjalan-jalan aku masuk butik Carlo Rino,Sembonia,Nose dan beberapa butik handbag dan kasut kat situ.Saja aku tanya Azim,cantik tak kasut ni Azim,maklong nak beli ni dengan pantas Azim jawab tak cantiklah tak yah belilah.Hehehe aku tahu mood dia dah ke movie jerk tu.

Kemudian kitaorang pergil toilet sekejap sebelum beredar ke panggung,adik ipar lak ke surau sekejap.Azim dah gelisah bila tengok orang lain dah mula masuk tapi kitaorang masih tercegat kat situ tunggu ibunya.Mana ibu ni lambatlah keluh Azim,padahal ada lagi masa.

Adik aku Shila pergi beli makanan untuk bawa masuk.Ada nugget favourite Azim,Pop Corn (ini wajib ada),Hotdog dan air supaya tak tercekik ler kan.Sedang GSC menayangkan iklan-iklan movie akan datang,Azim dah tanya kenapa tak mula lagi hehehe sabarlah kata adik aku Shila.Bila lampu digelapkan aksi Azim yang buat kitaorang ketawa bulat matanya dan tangan kanan yang memegang nugget tu terdiam seketika sebab Azim ni memang takut kalau gelap,beberapa saat kemudian Azim dah ok dan terus kunyah semula nugget dia.

Aku hepi bila tengok anak buah aku enjoy sangat movie ni siap ketawa sakan macamlah faham sangat tapi ada part yang dia akan tanya adik aku kenapa macam tu kenapa macam ni.Bukan hanya Azim bahkan aku juga enjoy dan 5 bintang untuk movie yang menghiburkan.






Sebagai Pahlawan Naga, Po menjadi sebutan ramai dan ramai kanak-kanak di Lembah Aman menjadikannya sebagai idola.
Pengembaraan Po bersama rakan-rakannya bermula apabila Lembah Aman diserang oleh konco-konco Lord Shen bagi mendapatkan tembaga bagi menghasilkan senjata yang boleh memusnahkan kungfu dan China. Bagi menghentikan niat jahat Lord Shen, Po dan rakan-rakannya menjejaki musuh negara ini.

 Plot cerita tambah menarik bila mengimbas tentang asal-usul Po. Satu demi satu bayangan terlintas di fikiran Po. Semakin dekat Po dengan Lord Shen, semakin jelas bayangan masa silamnya. Rupa-rupanya, Lord Shen bertanggungjawab atas kematian orang tuanya.

Gelagat Po memang mencuit hati dan bak kata Azim,nak tengok lagi.Ok sayang Maklong nanti kita tunggu movie lain pulak yer.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...