Followers

Tuesday, September 28, 2010

Setelah 19 tahun....akhirnya bertemu semula

26hb Sept 2010 akan aku ingat sampai bila-bila.Hari tu aku bertemu semula kenkawan sekolah menengah dan ada juga yang aku kenali dari sekolah rendah.Memang kami dah lama bertemu tu FB tapi hanya kali ni aku berkesempatan jumpa dorang kat Pot Luck Gathering Ex SMI 87-91 di Putra Heights kat rumah salah sorang kawan aku gak.Aku pergi awal sikit dalam pukul 12.30 tengahari camtu sampai kat rumah Maznah dah pukul 1 lebih.Maka bersalaman dan peluk cium laga pipi sebab dah 19 tahun tak berjumpa mcm jejak kasih lak kan.Ini belum yang lenlain lagi.Aku dengan Jase salah sorang kawan yang aku kenali dari sekolah rendah tolong Maznah atau aku panggil Kak Nah,apa yang patut.Kak Nah sediakan laksa dan juga Yong Taufu,sendiri bikin okeh.Memang tabik lah Kak Nah sedap gilos Laksa dan Yong taufu tu sampai hari ni terasa lagi kesedapan nyer.

Suami Kak Nah ni pun memang kawan sekolah aku,apalagi riuh rendah baru jerk 4 orang,kejap lagi makin ramai,harus riuh satu taman.Selepas pukul 3 petang sorang demi sorang kenkawan sekolah aku sampai,dorang terus cakap muka ko tak berubahlah Rohaida,hehehe memang muka tak berubah tapi badan aku aku yang berubah makin melebar.

Dorang yang aku kenali dari sekolah tetap sama bahkan ada yang masa sekolah dulu kami tak berapa rapat sebab berlainan kelas tapi bila memasing dah dewasa ni makin rapat lak.FB yang menemukan semula kami semua hingga tertubuh Kelab Ex-SMI batch kitaorang nih.Zaman dah canggih manggih ni sempat kitaorang meeting guna Skype dgn Izady ,presiden kelab kitaorang yang berada nun jauh di Sungai Petani,Kedah.

Tak dapat aku gambarkan dengan kata-kata kemeriahan bertemu kenkawan lama.Masih tetap seperti dulu gak dorang ni.Tak sabar lak tunggu next gathering dengan dorang.So ni antara gambar gathering ari tu,nak ikutkan mmg banyak gambar tapi semua kat FB aku ler.Maklumlah hari ramai yg bawa kamera,jenuh juga aku posing ari tu ngalahkan artis lak aih.Makanan memang banyak tapi aku tak sempat nak snap semua,dah ramai keliling meja tu termasuk aku sekali ler.


Aku dan Jase sempat lagik nak posing sambil celur kangkung  
luv u alls muahhhhhh
Skype meeting dgn Izady

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...