Dari sebelum raya sampai abis cuti lama jugak aku tak update blog aku ni.Raya tahun ni meriah tapi ada satu perkara yang tak pernah aku lupa tapi aku terlupa tahun ni iaitu ambik gambar di pagi raya.Dah petang baru aku teringat,masa tu malas nak posing lagi sebab muka aku dah berminyak ,make up pun dah luntur.Aku terlupa kerana kesibukan membantu mak kat dapur,biasanya awal pagi baru mak akan masak Kuah Lodeh yang memang jadi favourite family malahan tetamu yang pernah rasa semuanya memuji keenakan Kuah Lodeh mak.
Tahun ni kitaorang beraya kat Nilai.Malam raya huh sakan aku,mak dan adik aku Shila mengemas rumah siap memanjat pasang lampu hiasan,jiran aku sumer dah balik kampung tinggal jiran yang bukan muslim jer yang ado.Kononnya nak pergi Jalan TAR tapi sumer dah terbaring kepenatan maka Jalan TAR cuma dalam mimpi jer.
Lepas sembahyang raya maka sessi bermaafan dengan kedua orang tua ku yang penuh emosi cewah sib baik tak nangis guling-guling kat lantai.Selepas itu maka giliran adik-adik aku lak bermaafan dengan aku.Sebak memang aku sebak bila adik-adik mencium tanganku ini kerana teringat segala suka duka bersama adik-adik kesayangan aku nih.
Tahun ni Izad beraya di rumah mertuanya di Kulim.Rindunyer kat anak buah aku yang sorang tu. Biarpun kami tak balik kampung tapi meriah juga dengan kenkawan adik yang datang.Aku puas hati semua juadah yang disediakan habis,hilang rasa penat memasak.
Minggu lepas,mak sedara aku di Kajang call suh gi umah gi.Sampai jer kat Kajang perghh pelbagai juadah ada yang paling best tu Laksa Kedah ler.Mak sedara aku siap buat ketupat palas huh apalagi tak hingat ler diet bagai.Tak per makan jerk dulu pasni diet balik hehehe.
Mak Jang minta aku nanti tolong dia sesikit sebab sepupu aku akan melangsungkan perkahwinan 28hb Nov sebelah perempuan dan 7hb Dec di Kajang lak.Insyallah aku akan tolong mana yang termampu dengan kudrat aku ni.Mana tahu satu hari jadi wedding planner ker kan.Maka bermula Oktober ni aku sibuk sangat dengan pelbagai hal.
August 16 Update
8 years ago
0 comments:
Post a Comment