Followers

Tuesday, July 13, 2010

Perbaiki diri bermula dari hati

Aku akui sebagai manusia biasa tiada siapa pun yang sempurna.Usaha memperbaiki diri sentiasa ada.Aku sering mengingatkan diri aku sendiri carilah ketidaksempurnaan dalam diri sebelum menuding pada orang lain.Dari dulu hingga kini aku diuji dengan pelbagai dugaan yang menuntut aku bersabar.Adakala aku tewas pada rasa marah.Marah itu teman syaitan dan ketika rasa marah aku beristifar.Dari dulu aku ni jenis yang memendam bila terlalu dipendam kadangkala aku menangis untuk melegakan hati.Pesan mak selalu aku ingat,biarpun dengan siapa bahasa perlu kita jaga,fikir dulu sebelum melakukan sesuatu yang mungkin menguris hati orang lain.Bukan semua orang boleh menerima teguran.

Allah maha mengetahui setiap sesuatu yang berlaku,mungkin hari ini kita berbuat sesuatu yang menyakitkan hati orang lain tapi perlu diingat dunia ibarat roda tidak selamanya kita di atas.Akan tiba masa lambat atau cepat kita kan merasai apa yang telah kita perlakukan pada orang.Orang kata sekarang semua perbuatan dibalas tunai,atas dunia lagi dah dapat pembalasan.Doa orang-orang teraniaya dimakbulkan tuhan.

Biarpun ada perkara lepas yang berbekas dihati aku tapi semua tu aku jadikan pengajaran tewasnya kesabaran aku pada sifat marah.Untuk sama-sama kita memperbaiki diri ke arah yang lebih baik,kenali sifat-sifat hati

Roh yang ada di dalam diri kita ini terlalu abstrak (seni). Sifatnya sensitif, selalu berubah- ubah, sekejap baik dan sekejap jahat. Perubahan ini berlaku terlalu cepat sekali sehingga susah untuk kita mengesannya. Ini menyebabkan banyak sifat-sifat yang baik telah terabai dan sifat-sifat yang buruk (jahat) dibiarkan bermaharajalela dalam diri sama ada disengaja atau tidak, disedari atau tidak.



Sifat-sifat roh terbahagi kepada dua iaitu:
  1. Sifat-sifat mahmudah (sifat positif atau sifat-sifat yang baik)
  2. Sifat-sifat mazmudah (sifat negatif atau sifat-sifat keji)

Pertama:
Sifat-sifat mahmudah, antaranya:
  1. Jujur
  2. ikhlas
  3. tawadhuk
  4. amanah
  5. taubat
  6. sangka baik 
  7. pemaaf
  8. pemurah
  9. syukur
  10. zuhud
  11. tolak ansur (timbang rasa)
  12. sabar
  13. redha
  14. berani
  15. lapang dada
  16. lemah lembut
  17. kasih sayang
  18. selalu ingat mati
  19. tawakal
  20. takut Allah

Kedua:

Sifat-sifat mazmumah, di antaranya:
  1. riak
  2. ujub (merasakan dirinya lebih daripada orang lain seperti membanggakan dirinya lebih berilmu, lebih banyak ibadah dan sebagainya.
  3. sum'ah (merupakan perbuatan baik/ibadah yang dilakukan di masa lampau kemudian diceritakan kembali kepada orang lain dengan maksud orang lain mengetahui amal/perbuatannya)
  4. takabur dan sombong
  5. hasad dengki
  6. pemarah
  7. dendam
  8. bakhil
  9. penakut
  10. cinta dunia
  11. gila pangkat
  12. gila puji
  13. jahat sangka
  14. putus asa
  15. tamak
 

Kajian terhadap sifat-sifat mahmudah dan mazmumah ini sangat penting kerana dengan adanya ilmu ini memudahkan seseorang itu mengenal hakikat dirinya.Yakni, kenal sungguh tentang sifat batinnya. Bila sifat baik dan sifat jahat sudah dikenal pasti ada dalam diri seseorang itu maka tindakan yang perlu dilakukan ialah:


1. Sifat-sifat yang terpuji (mahmudah) itu hendaklah kita pertahankan, suburkan, pertajamkan dan kekalkan kerana sifat-sifat ini dikehendaki dan diperintahkan oleh Allah dan Rasul serta digemari oleh manusia seluruhnya, yang mana itulah bunga diri pada seseorang.


2. Sifat-sifat yang terkeji (mazmumah) pula hendaklah ditumpaskan, dikikis, dibuang, dihapus dan dicabut. Ini perlu dilakukan melalui proses mujahadatun nafsi (melawan hawa nafsu). Yakni melalui latihan terus-menerus terhadap nafsu (riadatun nafsi). Wajib dicabut buang sifat-sifat keji ini kerana sifat-sifat ini sangat dibenci oleh Allah dan rasul serta dibenci oleh manusia seluruhnya. Untuk mendapat akhlak yang baik (terpuji) macamlah proses mendapatkan buah yang baik dan manis. Ia didapati setelah ditanam daripada benih-benih yang baik dan manis. Begitulah juga untuk melahirkan perbuatan dan tindakan yang baik serta akhlak yang baik itu adalah dengan menanam benih-benih yang baik di dalam roh (hati). Yakni benih-benih sifat-sifat mahmudah seperti kasih sayang, rasa simpati, rasa malu, sukakan ilmu pengetahuan, pemurah, pemaaf, sabar dan lain-lain lagi.


Buah yang masam adalah hasil ditanam benih yang masam.Begitulah perbuatan atau tindakan yang buruk atau akhlak yang buruk (keji) adalah berpunca daripada ditanam benih-benih yang keji (mazmumah) di dalam roh (hati). Adapun benih-benih mahmudah dan benih-benih mazmumah yang wujud dalam roh (hati) hanya dapat dikesan oleh mata hati yang dibantu oleh ilmu mengenainya. Bukan dengan mata kepala yang sifatnya tidak dapat menjangkau dan merasainya.Yakni roh melihat roh. Hanya roh yang dapat mengenali atau mengesan roh.Ini bererti, mengesan sifat-sifat roh ini mestilah melalui kepekaan pandangan mata hati serta dibantu oleh ilmu. Perjalanan roh ini laju dan sentiasa berubah-ubah, sensitif dan berbolak-balik dari detik ke detik. Kalau kita tidak peka dalam mengesannya setiap saat, kita akan rugi. Tidak peka dalam mengesan sifat-sifat yang baik bererti kita telah mengabaikan sifat-sifat roh yang baik atau perasaan-perasaan yang baik. Maka sifat baik tadi jadi tidak subur. Macam menanam pokok tanpa disiram air, tanpa diberi baja, tanpa dijaga, walaupun pokok itu boleh tumbuh tetapi daunnya kuning, kering, akhirnya mungkin mati. Tidak peka dalam mengesan sifat-sifat mazmumah (jahat) bererti kita biarkan mazmumah itu berada dalam diri. Dari hari ke hari mazmumah itu kian subur bersama suburnya jasad lahir. Akhirnya ia menguasai diri dan kehidupan kita. Ketidakpekaan tadi menyebabkan mazmumah itu tetap bersarang di dalam hati (roh), tidak ditumpaskan, dikikisbuangkan dan dicabut. Akhirnya hati yang jahat itu mendorong untuk melakukan perbuatan atau tindakan-tindakan jahat atau akhlak-akhlak jahat. Yang kerananya akan merosakkan pergaulan dan menerjunkan kita ke Neraka.

1 comments:

TOLANIC said...

Thanks for the reminder =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...