19hb aku cuti temankan abah pergi check-up jantung kat Hospital Serdang.Appointment pukul 9 pagi tapi memandangkan sampai lambat maka terpaksalah ikut giliran.Kemudahan di Hospital Serdang sama macam hospital swasta.Pelbagai ragam manusia boleh tengok kat hospital ni.Memandangkan keutamaan diberikan pada warga emas maka abah dapat check up cepat sikit.Lepas check up tengok abah senyum terus cakap abah dah makin sihat,doktor kata ubat abah akan dikurangkan.Berita gembira nih.Alhamdulillah,syukur.Sambil senyum abah doktor dah bagi abah makan durian hehehe mak terus nyampuk itu bukan doktor kata tapi abah sendiri yang kata,berderai ketawa aku dan mak.Bila melangkah keluar dari Klinik Pakar Kardio di tingkat 3 terus pergi ambik ubat abah pulak kat bahagian Farmasi di tingkat 4.Satu yang aku suka tentang hospital Serdang ni,Klinik-klinik pakar teratur contohnya untuk check up Obstetrik & Ginekologi,Pediatrik,Orthopedik,Fisioterapi berada di tingkat bawah jadi tak der susah ibu-ibu mengandung,wanita yang ada masalah sakit puan,kanak-kanak dan yang ada masalah pasal kecederaan tulang ni kena cari lif gi tingkat atas.
Keselesaan diutamakan.Dulu kalau sebut hospital kerajaan pasti ramai yang takut bila memikirkan keadaan hospital tersebut.Dan ada 2 unit kecemasan satu khas utk bersalin dan satu lagi unit kecemasan untuk lain-lain lah.
Cuma satu jer masalah parking tak cukup,ngalahkan shopping mall,parking penuh ,jenuh pusing jugaklah.Appointment abah yang seterusnya bulan Januari 2011.Hm tak lama lagi dah nak puasa cepat betul amsa berlalu.Aku nih dalam proses ganti puasa korang dah ganti ker,jangan asyik dok ingat tahun ni baju raya nak tempah berapa pasang,kuih raya berapa jenis jer,puasa tak ingat nak ganti hehehhe.
August 16 Update
8 years ago
3 comments:
lepas ni bagi lah dia makan durian tu sikit, kempunan nanti:)
teringat kat abah saya :)
hmm tulah kena cari bagi rasa sikit dah lama abah Ida teringin
good 2 hear tt!!! :)
Post a Comment