Followers

Thursday, February 18, 2010

Tukar nama

Semalam semasa berborak dengan adik aku Shila,kitaorang dah sepakat untuk tukar nama bisnes dari Emerald Collection ker Precious Love Collection.Idea datang dari Shila dan aku pun suka gak nama tu. Maka dengan pantasnya aku mengubahsuai web yang sedang dalam proses.Penukaran ini terpaksa kami lakukan kerana telah ada Emerald Collection jadi untuk mengelakkan sebarang kekeliruan maka penukaran nama telah dibuat. Ada juga di kalangan rakan-rakan yang dah mula ngomel bila ler web aku nak dilancarkan.Tunggu.......jerk lah,nak bagi mantops dulu hehehe.

Cuti,Cuaca dan Cinta

Kalo tengok tajuk boleh kira cam 3C ler kan .Minggu lepas cuti tahun baru cina dari 13hb hingga 17hb.14hb merupakan hari ulangtahun perkenalan aku dan si dia yang ke 6.Banyak kenangan suka duka kami tempuhi dan pernah 2 kali terpisah,semua yang berlaku dalam hubungan kami selama 6 tahun kami jadikan pengajaran agar lebih berhati-hati lagipun kita manusia biasa tak pernah lari dari sebarang kesilapan.Alhamdulillah sekarang ni aku dan dia kuranglah sikit angin taufan macam dulu.Dia memang dah tahu perangai aku ni mcm mana dan yang paling penting selepas hubungan kami terputus dulu dia berusaha untuk kembali dan tanpa jemu memujuk.Dia yang aku kenali 6 tahun dulu memang banyak berubah dan kerana kesungguhannya itu,aku terima dia kembali tapi bersyarat hmm cam ada M.O.U lak kan.Biarpun tiada hadiah istimewa pada hari ulangtahun kami tapi sms yang diterima pepagi 14hb 2 cukup mengembirakan aku hehehe jiwang ler pulak.Abis bab Cinta
Azim & Kyra
14hb juga makngah aku dari Johor datang dengan cousin.Dorang bertolak dari Kluang dalam pukul 10.00 pagi.Selesai jer sarapan pagi ,aku dengan mak apalagi terus masak untuk tengahari.Menu hari tu Kari Ayam,Ayam Kicap,Sayur Goreng,Sambal Tumis.Aku masak jer apa yang ada sebab dah tak sempat nak gi pasar lagi.Lebih kurang pukul 2 petang dorang sampai lepas duduk rehat jap terus makan tengahari.Dah ramai-ramai ni makan berselera betul.Aku hari banyak minum air jer sebab tak tahan dengan cuaca yang panas perit,rasa macam nak pitam pun ada,berbahang betul.Petang tu kitaorang sumer rehat jerk sambil berborak dan melayan karenah Azim dan anak cousin Kyra.
Putrajaya
Malam tu kitaorang jenjalan kat Monument Alaf Baru kat Putrajaya yang kebetulan dekat dengan Masjid Sultan Mizan atau masjid kaca.Memang cantik.Kebetulan Monument tu tepi tasik dan ada tempat untuk istirehat memang best ,Azim berlari sana sini sampai terjatuh punyalah dia suka,maklumlah kat rumah atuk mana ada kawasan lapang.Lepas balik dari Putrajaya kitaorang gi ngeteh kat Kota Warisan.Balik rumah dah dekat pukul 1.30 pagi.Cuaca yang terlalu panas buatkan satu family mandi berkali-kali.Masa dalam kete best ler sejuk aircond. 15hb pepagi aku dah bangun siapkan sarapan sebab hari ni kami nak gi rumah sepupu aku Kak Rose,anak makngah kat Bandar Sri Damansara.Lepas sumer siap kitaorang bertolak dari rumah pukul 10.30 pagi dan sampai rumah Kak Rose dalam 11.45 pagi.Kitaorang tak lunch kat rumah Kak Rose sebab tak nak nyusahkan dia,Abg Man adik Kak Rose ajak gi makan kat luar.Masa keluar tu memula pergi Restoran Puteri kat TTDI tapi tak jadi makan kat situ pastu tukar gi One Utama.
Restoran Puteri TTDI
Punyalah susah nak dapat parking,dah tawaf parking lot beberapa kali akhirnya adik aku parking kat atas sekali.Itu satu hal.Memandangkan memasing dapat lot parking yang berbeza maka terpisah,kena lak cari check point dalam shopping centre yang memang besar tu,naik lenguh kaki aku.Bila dah jumpa fikir lak nak gi makan kat mana,pilih punya pilih last sekali sumer decide nak gi Chicken Rice Shop,jalan lagi cari kedai lak.Memang meriah lah masa makan kat situ,memandangkan lot Chicken Rice shop kat situ tak besar sangat,family kitaorang telah menakluki sebahagian tempat tu hehehe.Bila pelayan kat situ antar jug air jer dah dengar suara Azim 'Nak Air' bergema satu kedai,sumer orang pandang pastu ketawa.Azim termalu terus tutup muka hehehe.
One Utama Damansara
Sekali-sekala berkumpul memang meriah,bergurau senda lak dengan sepupu,anak sedara pupu.Memang aku dan sedara sebelah mak rapat.Abis waktu makan dan lepas memasing kekenyangan maka satu lagi destinasi yang dah lama aku tak pergi dan tentu sekali tempat yang aku suka tentulah IKEA .Penat memang penat tapi excited bila dah sampai,aku dapat beli beberapa barang kat situ antaranya lampu tidur buatan tangan dari Sweden (biarpun cuma bertahan sehari sebab Azim pecahkan),cawan untuk Azim dan beberapa barang yang offer. Malam tu dalam pukul 9.30 malam kami sumer dah sampai rumah,wife cousin sempat lagi wat sandwich untuk kitaorang.16hb petang makngah balik ke Kluang dan esoknya 17hb sedara abah dari Kedah pulak singgah sekejap jer kat rumah.Wah minggu ni memang rumah aku ramai tetamu betul. 17hb malam,aku tidur awal sikit sebab nak kerja.Azim tido kat rumah,dalam pukul 10.00 malam dia terjaga pastu mengamuk kenalah pujuk,kebetulan aku tengan online Facebook,terus ajak dia tengok game Cafe World & Farmville baru dia diam.Abis dengan FB,ajak azim tido,nak tengok gambar dalam hp pulak,aku bagi jer lah janji dia diam dan tido.Bagi dia minum susu pastu dia terus tido,huh lega...
Cuti kali ni memang agak penat tapi meriah.Cuaca yang panas tu memeritkan juga.Cinta pula hmm semakin bahagia alhamdulillah.Itulah 3C dalam kisah minggu ini (cam drama minggu ini lak aih).Insyallah gambar akan upload nanti.

Friday, February 12, 2010

Tahun Baru Cina

Hari ni kenkawan opis yang akan menyambut Tahun Baru Cina kebanyakan balik awal.Ada yang balik setengah hari,ada yang balik pukul 3.00 Sunyi opis dibuatnya,aku mula ler rasa malas,padahal kerja melambak nih.Rehat jap update blog sambil makan buah limau.Hari-hari dapat buah limau.Ada gak aku bawa balik rumah sebab mak mmg suka limau mandarin ni.Azim pun suka juga.Keletah anak buah aku yang sorang ni tengah mulut banyak nak bercakap buat aku hilang tension bila melayan telatah dia. Kalo ikutkan kalendar cina,tahun ni tahun Harimau.Aku dilahirkan dalam tahun Harimau.Apa yang baik atau tak aku tak tahulah sebab itu kepercayaan kaum Cina. Kalau ikutkan salasilah keluarga memang kami berdarah kacukan Cina,Mamak dan Melayu.Mungkin kami juga akan menyambut tahun baru Cina jika mengetahui di mana keluarga mak berada.Atuk aku yang berketurunan cina mungkin sudah tiada tapi adik beradik mak masih ada cuma tak pernah kami tahu dimana.Kalau sebelah abah tok nek Hawa (ibu kepada atuk aku) juga berketurunan Cina,sudah lama meninggal dunia sejak aku kecik lagi. Kalau tak musim tahun baru ni merasalah kitaorang dapat Ang Pow dari sedara mara hehehee

Wednesday, February 10, 2010

Macam-macam hal

Minggu lepas kete aku rosak,kali mmg parah ler jugak,gearbox ada masalah hmm nak wat camner kete lama.Sekarang masih ada kat workshop.Pendek langkah aku dibuatnya tak der kete ni.Gi ambil barang kat supplier pun terpaksa ajak abah.Biasalah kalo gi dengan abah kalo tak kena bebel tak sah walaupun segala kos aku tanggung.Maklumlah nak memastikan pelanggan berpuas hati dengan barang yang aku jual so proses pemilihan aku dan Shila memang cerewet sikit.Lainlah kalo ambik terlalu banyak itu dah tak masa nak pilih lagi. Ada sesuatu yang aku tak sangka singgah di pendengaran aku semalam.Mula tu memang rasa sedih tapi orang lain tak tahu kisah yang sebenar,aku biarkan saja,aku percaya satu hari kebenaran akan terbukti cuma bila ada orang yang bertanya aku menjelaskan perkara yang sebenar.Aku tetap seperti biasa tak pernah menyalahkan sesiapa.Manusia takan pernah sempurna takan pernah tak melakukan kesilapan jadi biarkan saja.Selagi hidup macam-macam hal kita akan tempuhi bila kita menempuhi setiap fasa dalam hidup.

Monday, February 8, 2010

Dua kisah berbeza

Minggu lepas,kami satu opis dikejutkan dengan berita pemergian ibu Tung.Sehari sebelum tu ibu Tung telah dimasukkan ke hospital.Takziah buat Tung atas pemergian ibu yang dikasihi.Aku pun tahu masa rehat bila tak nampak Tung kat pantry.Kisah kedua pula hari Jumaat lepas merupakan hari terakhir Yumi berkhidmat di TDK.Gadis berdarah kacukan Cina dan Jepun ni ternyata agak sedih untuk meninggalkan rakan-rakan tapi katanya dia harus pulang.Yumi tak pernah menunjukkan kesedihannya tapi dengan aku dia suka bercerita dan bila berkesempatan ada juga kami bergurau senda.Katanya dia akan merindui Nasi Lemak sebab Yumi mmg suka makanan yang pedas.Berjauhan dengan keluarga memang sukar dan aku doakan Yumi berjaya mendapat kerja yang dia inginkan di Jepun dan bertemu jodoh sebab katanya dia suka baby..

Tuesday, February 2, 2010

Emerald Collections satu permulaan

Deco Umbrella
Gelang Kristal
Bisnes kecil-kecilan aku dah pun bermula cuma laman web belum sempat dikemaskini,barang pun ada yg belum sempat masuk dalam web dah abis.Alhamdulillah.Emerald merupakan nama yang dipilih oleh adik aku ler ,Shila.Buat permulaan Emerald Collections menjual aksesori wanita,deco umbrella insyallah akan datang ada pelbagai lagi produk.Setiap apa yang kita buat memang ada risiko tapi selagi kita tak berani menghadapi,kita takan kemana.Prinsip aku mudah,pekak kan telinga akan pun orang nak kata yang penting kita tahu apa yang kita buat.Mujur masih ada kenkawan yang selalu bagi moral support terutama dept aku lah.Family juga menyokong usaha aku.Aku ingin merubah segalanya,sesuatu yg pernah aku mulakan dulu tapi cuma separuh jalan,kali ni aku takan menoleh ke belakang lagi. Ada juga yang berminat untuk menjadi pengedar produk kami dan itu diluar jangkaan aku maklumlah bisnes baru mula dan ini membakar semangat aku dan adik aku yang bertungkus lumus merealisasikan Emerald Collections.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...