Followers

Monday, December 28, 2009

Perancangan 2010

Tinggal beberapa hari lagi 2009 akan meninggalkan kita.Bila tahun baru akan ada azam baru camtu juga dengan aku.Azam yang belum tertunai akan aku cuba sedaya mungkin untuk mencapainya dalam tahun 2010.Terlalu banyak dugaan yang aku tempuhi sepanjang tahun 2009. Alhamdulillah,aku kini kembali sihat,bersemangat dan insyallah pada tahun 2010,apa yang aku rancangkan sebelum ini akan bermula.Semuanya perlu perancangan yang rapi sebelum ianya bermula.Tentu sekali bisnes online yang dah lama org lain pelopori.Aku biasa berniaga tapi sebelum ni hanya dengan cara biasa,masa tu belum pandai berblog.Salah seorang rakan opis Noni pun sudah memulakan online bisnes,pernah gak aku beli salah satu produk tapi terus melalui Noni ,bagus gak produk detox patch tu.Maklumlah aku jarang bersenam,jarang berpeluh maka segala toksid dalam badan sekali tampal detox patch tu hitam pekat toksid yang keluar,patutlah berat jer rasa badan sebelum ni. Sekarang ni aku dan adik aku dalam proses memilih pembekal jadi insyallah mungkin dalam bulan January,Emerald Collections akan dilancarkan. Selain bisnes ada juga sesuatu yang masih dalam perancangan,insyallah jika semuanya berjalan lancar akan aku khabarkan pada semua .Semoga apa yang aku rancangkan akan jadi kenyataan.

Friday, December 25, 2009

Baby Sitter

Azim Haiqal
Hari ni cuti Krismas ,huh tak boleh imagine hari cuti kena dok kat rumah dan hari ni kena jadi baby sitter to Azim Haiqal.Shila pepagi dah cabut dengan kete aku ler,gi rumah kawan dia kat Puchong. Memandangkan aku jadi baby sitter ari ni maka Azim sampai jer,aku terus pujuk dia suh mandi,ntah naperlah sekarang ni dia macam takut air sikit kalo tak berjam-jam dalam bilik air pun tak per. Masa mandikan Azim terpaksa aku jadi cam cikgu tadika sikit kena nyanyi masa dia gosok gigi,masa gosok badan dia dengan baby bath shower tuh kalo tak wat camtu baru kena jirus air jer dia akan cakap 'tak mau dah'.Abis bab mandi tiba bab paling tension kalo dengan anak buah aku yang sorang ni,bab pakai baju dan diaper.Sekali lagi kena guna taktik supaya senang uruskan dia.
Lepas mandi teruskan suapkan Azim makan dulu,ari ni berselera sikit Azim makan,selepas baik dari demam,badan Azim susut sikit.Lepas makan jerk terus beri dia minum vitamin C tu,tetiba Azim tarik tangan aku,ingatkan apa hal rupanya ajak keluar dia nak naik basikal dia.Huh maka lagi sekali kena jadi kaunselor pujuk dia tak leh main kat luar lagi,tengahari panas.Nasib baik Azim ok tak mengamuk.Lega sikit.
Azim ajak naik atas ke bilik mak,dalam hati aku lega sikit mungkin dia nak tidur kot.Masa bagi dia minum susu tu ingat kat dia nak tido rupanya tak mata dia segar bugar,ntah masa bila aku lak yang terlelap tapi tiba-tiba kedebuk adoooi sakitnya dahi aku.Azim ketuk dengan lori mainan dier .Amik kau sapa suruh tido hehehe.Nasib baik tak lebam.
Pejam celik pejam celik dah 2 tahun lebih umur Azim,rasa cepatnya masa berlalu.Sekarang ni pun Azim tengah belajar bercakap dan meniru perbuatan orang hmm maka segala tutur kata kena jaga sebab dia mudah mengikut.Ada masa tu tak tahu apa yang dia sebut maklumlah cakap pun pelat lagi,bila aku tak faham jerk apalagi dia mengamuk ler.Dah pandai merajuk sekarang ni,kata abah masa pergi Mc D ari tu dia nak mainan yang display tu mana ada jual lagi,abah belikan mainan lain apalagi naik kete jer dia merajuk terus meniarap kat tempat letak kaki dalam kete.Tulah penangan Azim Haiqal,the one & only grandson & nephew.

Thursday, December 24, 2009

Sungai Petani

12hb Dec,aku balik kampung dengan abah dan mak.Pak Cik Hashim kawan abah masa dalam Tentera dulu wat kenduri kahwin anak dia.Mula tu aku ingat malas nak balik sebab demam,batuk dan selsema belum baik betul tapi memandangkan mak ajak jugak maka aku pun ikut balik.Perjalanan balik ke Kedah memang best,kitaorang balik dengan kete Zalie.Itupun Zalie puas pesan macam-macam suruh jaga kete dia.
Bertolak dari rumah pukul 6.30 pagi pastu sampai Sungai Petani pukul 12.30 tengahari,terus gi lunch dulu kat kedai makan berhampiran hotel penginapan kitaorang Northern Lodge.Masa dalam perjalanan pun singgah makan kat R&R Tapah,punyalah seksa nak cari tempat duduk,punyalah ramai manusia.
Wah masuk jer kedai makan tu,rambang mata betul tengok lauk pauk yang ada,sampai tak tahu mana nak pilih.Antara lauk yang jadi pilihan kitaorang hari tu Gulai Ikan Keli,Kerabu Nangka dan Asam Pedas Ikan Patin dan ada sayur kampung.Sebelum makan masa nak bayar aku tanya berapa harga sekali akak tu cakap RM 12.50,hah biar betul takan murah sangat aku tanya sekali lagi semua lauk ni akak dah kira ker,air dah kira ker.Akak Kedai makan tu cakap dah,aku terus cakap murahnya cam tak caya jer.
Lepas makan aku,mak dan abah merayau jap dalam Parkson yang bebetul depan hotel sebab bilik kitaorang belum siap.
Aku kalo bab shopping ni memang favourite hehehe.Belikan baju dan seluar khakis untuk Azim.Abah beli tali pinggang.Mak macam biasa mesti tengok handbag tapi mak kata tak der yang mak berkenan so duit mak selamat.
Lepas berehat kat hotel,aku ajak abah gi makan kat Medan Selera Jam Besar Sungai Petani.Masa dalam perjalanan ke situ dah bincang dah dengan mak dan abah nak makan apa.Menu pilihan aku dan mak tentu sekali Bihun Sup Utara,abah lak makan Capati yang memang terkenal kat situ serta menu tambahan Yong Tau Fu.
Masa makan tu aku dah tak peduli orang sekeliling sebab menikmati Bihun Sup Daging yang sememangnya sedap dan tak leh dapat di Nilai.Lepas makan gi shopping centre yang dekat medan selera tu dan aku beli T-Shirt Bum Equipment yang offer 50% kalo ikut hati mahu aku borong jer tapi kena bersabar kang balik Nilai,tak der sen lak hehehe.
Esoknya lepas check out terus ke kenduri kahwin,aku dan mak lepas makan sempat berposing dengan pengantin perempuan (anak pak cik Hashim).
Abah berpeluang jumpa kenkawan masa dalam tentera.Abah gembira sangat maklumlah dah lama tak pernah jumpa dah macam reunion lak.Ada antara kenkawan abah aku dah tak cam muka dorang.Lepas dari tu terus balik ke Nilai dan sampai Nilai dalam pukul 10.30 malam.

Wednesday, December 23, 2009

Cuti-cuti Malaysia - Melaka

Hari Raya Aidil Adha yang lepas,aku dan family beraya kat Nilai jerk.Memandangkan tak tau nak gi mana maka tetiba jer datang idea gi jenjalan ke Melaka.Apalagi lepas Zohor jerk maka berangkatlah aku,Zalie,mak dan abah.Shila dan ikut sebab gi beraya rumah kawan dia kat Puchong.Tempat pertama yang aku singgah Taman Mini Asean,punyalah excited baru jerk nak posing bateri kamera abis adooi rugi betul,nasib baiklah di zaman teknologi handphone ada kamera.Zalie siap amik gambar dengan Kuda yang ada kat taman tu.Yang kelakar memula tu jauh jer Zalie dari Kuda tu,dia kata takut kuda tu gigit hehehehe,bila tengok kuda dah ok jer Zalie makin rapat sikit (dah konfiden tak kena gigit).



Taman Mini Asean Melaka


Dari Mini Asean kitaorang gi ke Eye On Malaysia,kali ni Zali tak join sebab dia dah naik masa kat KL dulu.Mak dengan abah relax jer masa mende tu berpusing aku lak yang kecut perut,gayat hehehe.Lepas dari tu pergi ke Pahlawan mall kalo tak silap aku,apalagi cari bateri kamera lah sebelum nak naik River Cruise malam tu,orang punyalah ramai tapi memang best.Berangan ler kejap kononnyer  naik cruise kat Venice Italy.





Semasa di River Cruise Melaka

Ada lagi yang tak sempat naik iaitu Menara Taming Sari (mesti naik gak satu hari nanti),dalam perjalanan balik dah plan nak bawa anak buah kesayangan aku yang sorang tu Azim Haiqal gi Melaka jenjalan.Malam tu jugak balik ke Nilai,hmm walaupun sekejap memang terisi percutian kali ni.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...