Followers

Thursday, December 24, 2009

Sungai Petani

12hb Dec,aku balik kampung dengan abah dan mak.Pak Cik Hashim kawan abah masa dalam Tentera dulu wat kenduri kahwin anak dia.Mula tu aku ingat malas nak balik sebab demam,batuk dan selsema belum baik betul tapi memandangkan mak ajak jugak maka aku pun ikut balik.Perjalanan balik ke Kedah memang best,kitaorang balik dengan kete Zalie.Itupun Zalie puas pesan macam-macam suruh jaga kete dia.
Bertolak dari rumah pukul 6.30 pagi pastu sampai Sungai Petani pukul 12.30 tengahari,terus gi lunch dulu kat kedai makan berhampiran hotel penginapan kitaorang Northern Lodge.Masa dalam perjalanan pun singgah makan kat R&R Tapah,punyalah seksa nak cari tempat duduk,punyalah ramai manusia.
Wah masuk jer kedai makan tu,rambang mata betul tengok lauk pauk yang ada,sampai tak tahu mana nak pilih.Antara lauk yang jadi pilihan kitaorang hari tu Gulai Ikan Keli,Kerabu Nangka dan Asam Pedas Ikan Patin dan ada sayur kampung.Sebelum makan masa nak bayar aku tanya berapa harga sekali akak tu cakap RM 12.50,hah biar betul takan murah sangat aku tanya sekali lagi semua lauk ni akak dah kira ker,air dah kira ker.Akak Kedai makan tu cakap dah,aku terus cakap murahnya cam tak caya jer.
Lepas makan aku,mak dan abah merayau jap dalam Parkson yang bebetul depan hotel sebab bilik kitaorang belum siap.
Aku kalo bab shopping ni memang favourite hehehe.Belikan baju dan seluar khakis untuk Azim.Abah beli tali pinggang.Mak macam biasa mesti tengok handbag tapi mak kata tak der yang mak berkenan so duit mak selamat.
Lepas berehat kat hotel,aku ajak abah gi makan kat Medan Selera Jam Besar Sungai Petani.Masa dalam perjalanan ke situ dah bincang dah dengan mak dan abah nak makan apa.Menu pilihan aku dan mak tentu sekali Bihun Sup Utara,abah lak makan Capati yang memang terkenal kat situ serta menu tambahan Yong Tau Fu.
Masa makan tu aku dah tak peduli orang sekeliling sebab menikmati Bihun Sup Daging yang sememangnya sedap dan tak leh dapat di Nilai.Lepas makan gi shopping centre yang dekat medan selera tu dan aku beli T-Shirt Bum Equipment yang offer 50% kalo ikut hati mahu aku borong jer tapi kena bersabar kang balik Nilai,tak der sen lak hehehe.
Esoknya lepas check out terus ke kenduri kahwin,aku dan mak lepas makan sempat berposing dengan pengantin perempuan (anak pak cik Hashim).
Abah berpeluang jumpa kenkawan masa dalam tentera.Abah gembira sangat maklumlah dah lama tak pernah jumpa dah macam reunion lak.Ada antara kenkawan abah aku dah tak cam muka dorang.Lepas dari tu terus balik ke Nilai dan sampai Nilai dalam pukul 10.30 malam.

Wednesday, December 23, 2009

Cuti-cuti Malaysia - Melaka

Hari Raya Aidil Adha yang lepas,aku dan family beraya kat Nilai jerk.Memandangkan tak tau nak gi mana maka tetiba jer datang idea gi jenjalan ke Melaka.Apalagi lepas Zohor jerk maka berangkatlah aku,Zalie,mak dan abah.Shila dan ikut sebab gi beraya rumah kawan dia kat Puchong.Tempat pertama yang aku singgah Taman Mini Asean,punyalah excited baru jerk nak posing bateri kamera abis adooi rugi betul,nasib baiklah di zaman teknologi handphone ada kamera.Zalie siap amik gambar dengan Kuda yang ada kat taman tu.Yang kelakar memula tu jauh jer Zalie dari Kuda tu,dia kata takut kuda tu gigit hehehehe,bila tengok kuda dah ok jer Zalie makin rapat sikit (dah konfiden tak kena gigit).



Taman Mini Asean Melaka


Dari Mini Asean kitaorang gi ke Eye On Malaysia,kali ni Zali tak join sebab dia dah naik masa kat KL dulu.Mak dengan abah relax jer masa mende tu berpusing aku lak yang kecut perut,gayat hehehe.Lepas dari tu pergi ke Pahlawan mall kalo tak silap aku,apalagi cari bateri kamera lah sebelum nak naik River Cruise malam tu,orang punyalah ramai tapi memang best.Berangan ler kejap kononnyer  naik cruise kat Venice Italy.





Semasa di River Cruise Melaka

Ada lagi yang tak sempat naik iaitu Menara Taming Sari (mesti naik gak satu hari nanti),dalam perjalanan balik dah plan nak bawa anak buah kesayangan aku yang sorang tu Azim Haiqal gi Melaka jenjalan.Malam tu jugak balik ke Nilai,hmm walaupun sekejap memang terisi percutian kali ni.

Tuesday, November 10, 2009

AidilFitri 2009

Tahun ni kami semua beraya ni di Nilai dan pulang ke Sungai Petani pada hari raya ke 6 sebab ada majlis kenduri kakak ipar Izad di Kulim pada raya ke 7.Memang seronok raya tahun ni cuma boring x der berjalan kemana-mana sebab sumer org balik kampung.
Kira meriah gak bila malam raya pertama kenkawan Zalie datang rumah,mak sedara yang dok kat Kajang yang juga tak balik kampung datang.Penuh ruang tamu tapi aku puas hati lah,juadah yg disediakan habis,hilang rasa penat memasak.
Yang paling kelakar tengok gelagat sepupu aku yang sampai jerk kat rumah terus makan sebab dah lapar sangat,kata mak sedara tadi gi rumah org dorang malu tak nak makan tu yg sumer lapar hehehe.

Wednesday, September 16, 2009

Ramadhan 2009

Ramadhan tahun ni bebetul meninggalkan kesan sebabnyer aku kena chicken pox,adooi seksa gak rasa,nasiblah penyakit kena sekali seumur hidup kalo tak huh tak sanggup lagi aku tanggung.Sumernya bermula dari anak buah aku lah Azim,pastu jangkit kat adik aku Boy(ayah Azim) kemudian kena pada Zalie ,last sekali aku yang terima.Paling tak best naik kat muka alamak abislah kecomelan aku selama ni hehehe perasan jap.Aku dapat mc selama 3 minggu,hmm kesian Noni kena wat keja aku kat opis.Permulaan demam aku tak boleh makan apa pun ,minum air pun muntah dan yang yang aku tak sangka dalam masa seminggu berat aku turun sampai 6 kg.Ish biar betul.Nampaknya banyak hari lah aku kena ganti puasa,.

Tuesday, May 12, 2009

Selamat Pengantin Baru





9hb May aku & family kecuali adik ipar gi majlis perkahwinan Shah kawan baik adik aku Zalie di Hotel Armada,PJ.Majlis yg sederhana & meriah.Mudah-mudahan berkekalan hingga akhir hayat.

Monday, April 27, 2009

Annual Dinner 2009

18hb April annual dinner kat Pan Pac KLIA.Pengacara Malam tu Bob Lokman dan artis jemputan lak Ifa Raziah.Terhibur jugak lah dengan performance Ifa yg sememangnya kecoh tu.Lucky draw tahun ni,aku tak bernasib baik tapi at least pernah dapat ler jugak last year dari tak da langsung kan.Tahun ni merah menyala baju aku hehehe.
12 tahun aku kat TDK,pelbagai dugaan yg aku tempuhi.Pahit manis dgn TDK huh terasa hiba lak bila ingat sumer tu.Aku percaya Allah sentiasa menguji untuk melihat sejauh mana kesabaran dan kekuatan hambanya.Biarpun aku pernah tewas sekali insyallah selepas ini apa yg berlaku sebelum ini aku jadikan pengajaran & pengalaman mengajar aku segalanya tentang kerjaya,janji,sahabat serta tentang hidup.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...