Hari ni entry ala-ala kecik hati sikit.Marah ker aku ni,eh tidak lah cuma kecik hati atau dengan kata lain terasa hati.Kenapa dan dengan siapa biarlah aku jerk yg tahu.Takan nak publish nama orang tu kan.Itu antara aku dengan dia.Aku ni bukan jenis menyibuk hal orang,apa saja orang citer pada aku biarpun dah bertahun dulu atau baru masih aku simpan dalam kepala aku ni.Aku bukan jenis mulut tempayan pergi citer sana-sini.Hanya blog aku ni kadang-kadang jadi tempat meluahkan perasaan sebab aku tak nak ler blood pressure aku naik melambung kan.
Sensitif sangat ker aku ni.Maklumlah sejak umur dah meningkat ni tahap sensitif tu terlebih sikit tapi masih dalam kawalan.aku mecari ruang dan masa yang sesuai untuk membebaskan diri dari segala yang terbelenggu dalam fikiran.Masih dalam proses memperbaiki kesilapan dan diri.Masih mencari dan mengejar apa yang belum tercapai.Kecik hati aku ni pun sekejap ja,biarlah itu hak dia biarpun aku terguris tapi aku sedia memaafkan kerana sayangnya aku pada seorang kawan .
Bukan mudah aku ketawa sedangkan hati aku menangis.Bukan mudah aku membiarkan hati aku sentiasa terguris demi persahabatan.Tiada istilah dendam dalam hati aku kerana mungkin ada juga tutur kata dan perbuatanku yang menguris hati orang lain.
Pada yang memahami,terima kasih banyak,pada yang sering berburuk sangka,tanyakan sendiri pada diri aku apa sebenarnya.Aku takan pernah marah.Maafkan aku sekiranya coretan,tuturkata dan perbuatan ku tanpa disedari menguris hati kalian.
Aku ingin menghabiskan sisa-sisa hidupku yang masih ada dengan penuh kegembiraan.Eh kenapalah dengan aku hari ni.Ayat-ayat sastera dah mula keluar kat blog ni.Ini apa yang aku rasa dan blog ni saja tempat aku meluahkan apa yang terasa dihati biarpun tidak semua.Masih ada yang aku simpan dihati segala cerita suka dan duka.Aku akan tetap simpan ia terkunci rapat hingga akhir hayat aku nanti.
August 16 Update
8 years ago
2 comments:
sabar ya ida,,, biasa laa kita ni manusia biasa...ada hati dan perasaan...
tq kak,
Post a Comment