Followers

Friday, September 23, 2011

Happy Birthday Azim

17hb Sept yang lepas merupakan birthday satu-satunya anak buah aku Azim Haiqal,maka kitaorang merancang buat majils kecil-kecilan untuk Azim.Yang paling beria-ia nak buat majlis ni adalah adik aku yang bongsu Shila,maka Maksu ler yang banyak sponsor kan yang lenlain tambah mana yang patut sorang sikit.Pak Teh dan Mak Njang serta keluarga turut datang memeriahkan majlis Harijadi Azim,yang lain tu jiran-jiran terdekat serta kawan-kawan .


Azim seronok tak terhingga lah bila tengok ramai bebudak datang,maklumlah dia kat rumah sorang jadi dengan sendirinya Azim menyambut kedatangan para tetamu.Hmm untuk anak buah tersayang Maklong bagi pesawat Boeing (mainan jerk yer).Maksu dan pakcik bagi Motor siap helmet,Atok dan Wan lak bagi tabung Mickey suruh belajar menabung.Maklong sentiasa doakan supaya Azim sentiasa sihat dan membesar jadi anak yang soleh dan baik.Pada yang sudi hadir,terima kasih dari kami sekeluarga.

Azim Birthday Cake

Azim tiup lilin,4 tahun



antara sedara mara yg dtg,mak ,abah serta adik aku


Thursday, September 22, 2011

Terguris hati ,tercuit perasaan

Hari ni entry ala-ala kecik hati sikit.Marah ker aku ni,eh tidak lah cuma kecik hati atau dengan kata lain terasa hati.Kenapa dan dengan siapa biarlah aku jerk yg tahu.Takan nak publish nama orang tu kan.Itu antara aku dengan dia.Aku ni bukan jenis menyibuk hal orang,apa saja orang citer pada aku biarpun dah bertahun dulu atau baru masih aku simpan dalam kepala aku ni.Aku bukan jenis mulut tempayan pergi citer sana-sini.Hanya blog aku ni kadang-kadang jadi tempat meluahkan perasaan sebab aku tak nak ler blood pressure aku naik melambung kan.

Sensitif sangat ker aku ni.Maklumlah sejak umur dah meningkat ni tahap sensitif tu terlebih sikit tapi masih dalam kawalan.aku mecari ruang dan masa yang sesuai untuk membebaskan diri dari segala yang terbelenggu dalam fikiran.Masih dalam proses memperbaiki kesilapan dan diri.Masih mencari dan mengejar apa yang belum tercapai.Kecik hati aku ni pun sekejap ja,biarlah itu hak dia biarpun aku terguris tapi aku sedia memaafkan kerana sayangnya aku pada seorang kawan .

Bukan mudah aku ketawa sedangkan hati aku menangis.Bukan mudah aku membiarkan hati aku sentiasa terguris demi persahabatan.Tiada istilah dendam dalam hati aku kerana mungkin ada juga tutur kata dan perbuatanku yang menguris hati orang lain.

Pada yang memahami,terima kasih banyak,pada yang sering berburuk sangka,tanyakan sendiri pada diri aku apa sebenarnya.Aku takan pernah marah.Maafkan aku sekiranya coretan,tuturkata dan perbuatan ku tanpa disedari menguris hati kalian.

Aku ingin menghabiskan sisa-sisa hidupku yang masih ada dengan penuh kegembiraan.Eh kenapalah dengan aku hari ni.Ayat-ayat sastera dah mula keluar kat blog ni.Ini apa yang aku rasa dan blog ni saja tempat aku meluahkan apa yang terasa dihati biarpun tidak semua.Masih ada  yang aku simpan dihati segala cerita suka dan duka.Aku akan tetap simpan ia terkunci rapat hingga akhir hayat aku nanti.

Thursday, September 15, 2011

Huda....farewell

sweet memories with her
 
Hari ni mood aku baik cuma agak terasa kesedihan melanda kerana .....bukan putus cinta ok tapi hari ni hari terakhir colleague aku Huda berkhidmat di sini.Huda yang aku kenali memang seorang yang sememangnya comel,matang biarpun masih muda dan baik hati.Sedih gak tak der lagi kawan nak bergurau senda dan share citer-citer kan.Uwaaa for sure will miss her biarpun rumah dekat jerk.Maka lepas ni our second kitchen (Salam Bistro) kena jadi port pertemuan.Hm kalau dah bertemu jodoh jangan dilupa akak mu ini.Sepantas kilat akak sampai depan rumah hahaha.Apa-apa pun akak sentiasa doakan yang terbaik buat Huda.

Berposing di tangga keramat yg menjadi saksi dah 6 org resign.


Especially for Huda

Thursday, September 8, 2011

Aidilfitri 2011

Hari ni baru berkesempatan nak bercerita tentang hari raya.Tahun ni kami sekeluarga beray di Kluang,Johor.Ni kampung sebelah mak.Yang tak balik cuma adik aku Izad yg beraya di Kedah sebelah mertuanya.Adik bongsu aku pun cuma dapat balik pada pagi raya kerana 29hb tu kena kerja.Seawal jam 3 pagi 29hb tu aku dah bangun dan kejut semua orang sebab nak sahur kat luar dan terus bertolak ke kampung.Tunggu semua orang siap dah jadi dekat pukul 4.45 pagi. Aku,mak,abah dan adik aku Zalie bersahur kat Salam Bistro yang sememangnya dekat dengan rumah dan yang penting 24 jam.

Selesai bersahur kitaorang teruskan perjalanan ke Petronas dengan dgn rumah aku tu pastu terus jerk ke Kluang,Johor.Aku yang sememangnya mengantuk ya amat tertidur dan terjaga ketika sampai Air Keroh pastu tertidur semula.Bila terjaga terkejut nya aku dah sampai tol Ayer Hitam,Johor.Cepatnya,adik aku kata kereta tak banyak kat highway,perjalanan lancar sebab tu cepat.


Raya kali ni buat kali pertama kami beraya di rumah baru Mak Ngah yang tapi di tapak tanah yang lama.Rumah lama dulu dah diruntuhkan kerana cousin aku tambak tapak tanah tu bagi tinggi sikit untuk mengelakkan tenggelam kerana banjir.Bila dah masuk jalan Kampung Melayu ,Kluang tu hati tak sabar dah terasa seronok dapat beraya semula dia kampung halaman.Biarpun arwah atok mak dah lama meninggalkan kami tapi kenangan dengan atok mak tetap segar.
Bermaafan di pagi raya
Mak dan abah di pagi raya

Cousin aku  Man,Khaira dan isterinya Nani



Tersergam indah rumah baru Mak Ngah yang aku terlupa nak ambik gambar dari luar.Lepas sampai rehat jap pastu tolong Mak Ngah sesikit untuk juadah berbuka puasa dan untuk masak juadah raya.Yang paling special Pak Ngah dah siap belikan ikan Mayong untuk masak Asam Pedas.Aku berpeluang belajar cara nak buat kuah rojak buah dengan Mak Ngah.Masa berbuka tak terucap kata menikmati keenakan masakan Asam Pedas Ikan Mayong dan Rojak Buah yang sedap.Alhamdullilah syukur dengan nikmat Allah beri maka berakhirlah Ramadhan tahun ni.
Isteri serta anak arwah cousin

Mak,Mak Ngah,Pak Ngah dan Abah

Adik aku Zali,abah,mak dan aku ler

Keluarga abg Yusof

Abah,Mak,Makcik dan Pakcik

Family aku dengan Mak Ngah dan Pak Ngah



Malam tu masa tengah tolong Mak Ngah kat dapur berdentum-dentam bunyi mercun siap ada bunga api macam nak sambut tahun baru.Meriah sungguh.Sayup-sayup kedengaran suara takbir.Aku,Nani (isteri cousin),mak serta mak ngah sibuk kat dapur menyiapkan juadah raya.


Pagi Raya,selesai sembahyang raya kami semua ada sessi bermaafan sebelum sessi makan-makan.Ada gak airmata yg mengalir mengingatkan kesilapan lalu terutama pada kedua ibu-bapa.Habis sessi makan-makan maka kami semua bertolak ke Kota Tinggi kampung isteri sepupu aku.Dalam perjalanan hujan selebat-lebatnya dah akhirnya selamat sampai ke destinasi.



Lepas Kota Tinggi balik Kluang terus ke rumah Pak Cik Mat dan rumah Abg Yusof(suami arwah sepupu).Memang seronok beraya kat kampung berbanding kat bandar.


Raya Kedua ,pepagi aku dah bangun bersiap untuk ke kubur atok abah,atok mak,2 sepupu aku yakni anak Mak Ngah aku serta kubur arwah kakak mak.Hati aku sayu bila berada di kubur arwah sepupu aku Kak Lela yang sememangnya rapat dengan aku dan juga aku sebak bila berada dikubur arwah atokmak.Rindu dengan Atokmak hanya doa aku mampu berikan untuk arwah.


Petang raya kedua kitaorang semua ke Parit Sagil rumah adik angkat Mak Ngah yang kini lumpur akibat stroke.Bila aku sampai sebak hati aku bila Busu Esah pegang tangan aku dan letak di pipinya lalu berkata Busu rindu kat korang semua ingatkan dah tak dapat jumpa.


Balik dari Parit Sagil, terus singgah Ayer Hitam yang popular dengan pasu bunga serta macam-macam lagilah.Rambang mata tengok semua barang tu.Aku belikan anak buah aku Azim Haiqal patung Upin Ipin.Mak Ngah apalagi shopping bunga ler.


Raya Ketiga kitaorang balik ke Nilai dan berehat setelah penat ke sana ke mari beraya.Maka sessi kedai dobi bermulalah kat rumah.Penuh ampaian kain kat rumah.Apa-apa pun raya kali ni memang seronok.Insyallah jika dipanjangkan umur Raya tahun hadapan kat mana pulak tak tahu lagi.Apa pun dalam seronok beraya ingat-ingatlah kesihatan kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...