Hari ni mula bekerja semula setelah mc pada 11/7 dan sambung dengan cuti pada 12/7 kerana keadaan kesihatan yang nampaknya agak merosot kebelakangan ini.
Hari Jumaat masa balik dari kerja tu rasa mcm ok lagi tak da apa-apa tanda cuma ada rasa lenguh belakang.Hari Sabtu sakit ni leher makin terasa tapi aku cuma sapu Yoko-yoko untuk bahu tu jer pastu telan panadol extend ingatkan lenguh biasa.Hari Ahad malam kesakitan yang amat sangat sampai meleleh gak ler airmata,tak boleh pusing leher mcm robot bila aku cuba berpusing rasa mcm urat tertarik dan nak putus.Aku ajak abah pergi klinik panel yang dekat jer.Jam dah pukul 10.50 malam dan tak da orang kat klinik.Apalagi berbekas lengan aku kena pam check blood pressure dan tanpa disangka BP aku naik tetiba hingga 190/130,dan kata doktor tahap merbahaya dan boleh kena stroke.Dan aku diberi ubat untuk menurunkan darah tinggi dan ubat sakit urat dan sendi.Atas jasa baik pembantu klinik tu,aku dapat MC satu hari bila doktor terlupa berikan aku mc.Malam tu aku boleh tidur lena,kuat juga ubat sakit urat tu.
Keesokan pagi aku bangun seperti biasa nak pergi kerja tapi macam pening dan sakit kat leher belum pulih sepenuhnya.Lepas mandi aku terus check blood pressure semula,dah turun ke 156/100.Tengahari aku check lagi tekanan darah dan lega sikit dan back to normal 130/90.
Kalau dengan doktor peribadi aku dulu,harus mc seminggu pastu hari-hari kena mengadap Dr.Ravi check blood pressure.Kerisauan tetap ada sebab dah lama aku tak buat full medical check up.Supplement pun sejak kesihatan aku dah pulih sikit dulu akibat Anemia dan masalah hati,dah lama aku tak ambik,memang cari nahas kan.Memang kebelakangan aku terasa penat sangat mungkin kurang rehat kot.Adakala tu pukul 9.00 malam dah terlelap.
Nampaknya aku perlukan masa untuk berehat dari segala kesibukan.Insyallah dalam perancangan untuk bercuti bila tiba masa yang sesuai.
August 16 Update
8 years ago
0 comments:
Post a Comment