skip to main |
skip to sidebar
Baru-baru ni adik aku pergi shopping produk Stage yang tengah hangat offer tu kan,balik rumah dok tunjuk lak kat aku lipstick,eyeshadow,foundation,lipgloss..punyalah sakan dia shopping.Tahap keterujaan aku telah melanda maka aku telah memesan beberapa lipstick dan lipgloss.Bak kata mak,amboi sakan.Aku memang suka mekap cuma sejak akhir-akhir jarang mekap.Stage ni produk ala-ala M.A.C lah jugak kan.Beli dari butik Stage tau untuk memastikan beli yang original.Yang best kaler lipstick dan lipgloss memang cantik,yang tak cantik itu adalah bila SA kat butik tu beritahu tak der stok...uwaaaa nangis cenggini.
Tak kira adalagi beberapa lipstick,lipgloss yang aku belum dapat dan idamkan.Sekarang ni trend warna merah terang ada berani ker nak cuba dah lama aku tak pakai kaler merah ni.Kalau mekap ala2 klasik tu hmm kaler merah adalah sesuai kan macam orang zaman dulukala.Bukan setakat lipstik aku dah ada Stage Photo Pro Foundation code Take 3,dan dah tentulah aku kena ada produk yang lenlain jugak.Siap pesan dengan adik lenkali nak pergi Stage ajak kaklong sekali mana tahan asyik suruh adik aku jerk tolong beli.Maka adik aku cakap sebelum pergi baik calling-calling dulu Stage,buatnya pergi terus tak der stok bukannya dekat jauh kan.Maka sepantas kilat aku mendail dengan penuh harapan tapi jawapannya lipgloss dan lipstick kaler yang aku nak out of stock.Maka tak jadi gi Mid Valley kan.
Gambar aku belum sempat nak snap lagik nanti aku snap gambar produk Stage aku yer.Lipstick yang aku ada setakat ni adalah Lipstick Midsummer Mauve,Lush Lotus,Apricot Angel,Audrey.Lipgloss pulak Pandora,Photo Pro foundation Take 3,yg banyak koleksi Stage adalah adik aku Shila.Ada lagi beberapa warna yang aku nak tapi masih out of stock so kena tunggu & harap tu ada promosi lagik lah kan.
Hari ni mula bekerja semula setelah mc pada 11/7 dan sambung dengan cuti pada 12/7 kerana keadaan kesihatan yang nampaknya agak merosot kebelakangan ini.
Hari Jumaat masa balik dari kerja tu rasa mcm ok lagi tak da apa-apa tanda cuma ada rasa lenguh belakang.Hari Sabtu sakit ni leher makin terasa tapi aku cuma sapu Yoko-yoko untuk bahu tu jer pastu telan panadol extend ingatkan lenguh biasa.Hari Ahad malam kesakitan yang amat sangat sampai meleleh gak ler airmata,tak boleh pusing leher mcm robot bila aku cuba berpusing rasa mcm urat tertarik dan nak putus.Aku ajak abah pergi klinik panel yang dekat jer.Jam dah pukul 10.50 malam dan tak da orang kat klinik.Apalagi berbekas lengan aku kena pam check blood pressure dan tanpa disangka BP aku naik tetiba hingga 190/130,dan kata doktor tahap merbahaya dan boleh kena stroke.Dan aku diberi ubat untuk menurunkan darah tinggi dan ubat sakit urat dan sendi.Atas jasa baik pembantu klinik tu,aku dapat MC satu hari bila doktor terlupa berikan aku mc.Malam tu aku boleh tidur lena,kuat juga ubat sakit urat tu.
Keesokan pagi aku bangun seperti biasa nak pergi kerja tapi macam pening dan sakit kat leher belum pulih sepenuhnya.Lepas mandi aku terus check blood pressure semula,dah turun ke 156/100.Tengahari aku check lagi tekanan darah dan lega sikit dan back to normal 130/90.
Kalau dengan doktor peribadi aku dulu,harus mc seminggu pastu hari-hari kena mengadap Dr.Ravi check blood pressure.Kerisauan tetap ada sebab dah lama aku tak buat full medical check up.Supplement pun sejak kesihatan aku dah pulih sikit dulu akibat Anemia dan masalah hati,dah lama aku tak ambik,memang cari nahas kan.Memang kebelakangan aku terasa penat sangat mungkin kurang rehat kot.Adakala tu pukul 9.00 malam dah terlelap.
Nampaknya aku perlukan masa untuk berehat dari segala kesibukan.Insyallah dalam perancangan untuk bercuti bila tiba masa yang sesuai.
Adoi....sakit kepala.Bermula dari bulan May ari tu aku kena ambil alih tugas2 mengenai ISO dan salah satunya adalah OHSAS ISO 18001:2007.Aku tak pernah tahu pun mende tu yg aku tahu ianya tentang keselamatan jerk.Bab-bab dokumen yang perlu ada ,tak perlu ada mmg aku tak tahu.Kalau dah ada pergi training tu lainlah kan.16hb June ari tu ada internal audit,maka membebel ler mulut internal auditor tu kat aku,itu tak ini takda,dah hasilnya kena NCR dan kena jawab semua tu.Oh tidak,aku paling lemah bab-bab nak menjawab ni terutama kalau menda yg aku tak tahu.Kalau aku tahu jangan cakaplah kan.Maka Kak Zaibedah dari QA dept,Zaidi,Yunus tempat aku merujuk apa yang perlu aku perbaiki.Aku busy tahap gaban dah ni.Sesapa yang buat aku bengang mula lah nak kena tempias hangin taufan kan hahaha.Jangan cari pasal ler masa-masa gini kan.
Penin memang penin lah,itu kena buat ini kena buat,banyak tu...sampai dari semalam aku tak tengok mende lain dah asyik kisahkan ISO ni.Tapi bila fikir balik,ini merupakan pengalaman baru dan ilmu jugak ni.Tak pa akalu orang lain boleh aku pun boleh,caiyokk.Sedikit demi sedikit aku pelajari semua tu.Biarpun aku memang kelihatan ke sana ke mari untuk melengkapkan segala dokumen yang perlu sebelum audit 18th July ni.Meja aku dah penuh dengan file dan segala macam kertas.Sejak incharge ISO ni kejap-kejap meeting,sih banyak benor meeting ngalahkan org pangkat besar sampai naik letih.
Dari 5S,Enviroment,Quality,OHSAS dan Konshinkai sumer tu kena gi meeting tapi ada masa tu aku terpaksa skip gak kena utamakan kerja-kerja aku jugak kan.Buatnya pending apa-apa lagi teruk aku kena.Memang aku Zero knowledge sekarang tapi insyallah dalam proses mempelajari dan memperbaiki bukan hanya untuk diri sendiri tapi untuk department aku jugak kan.