Jadi adik aku kata kalo kita dah nak balik awal tu apakata singgah di Melaka jenjalan.Ha sesuai sangat ler tu,dah dlm perjalanan kan.Singgah di Melaka bebetul tengahari,cuaca panas terik rasa nak terbakar kulit (cewah cam puteri lilin ler pulak).Adik aku,Zali pergi beli tiket Duckboat,memandangkan waktu untuk naik Duckboat tu lebih kurang pukul 3 ptg maka kitaorang berlegar sekitar Menara Taming Sari sambil tengok Azim dengan gembiranya bawa keta dan motor mainan tu.Dah tak ingat panas dah anak buah aku punya ler seronok.Habis tour dengan bot tu aku,abah,mak dan Azim saja yang naik Menara Berpusing Taming Sari tu.
Lepas tu tiba masa untuk naik Duckboat.Sebenarnya Duckboat ni kenderaan yang digunakan tentera Amerika masa zaman perang dulu.Kenderaan ni boleh bergerak di darat dan boleh digunakan dalam air.Menurut tour guide tu bot ni dah berusia 45 tahun.Gembira betul Azim,memula tu Azim hairan gak tetiba kenderaan tu turun ke laut,ternganga mulut Azim hahaha.
Izad & Family
Masjid Terapung
Menara Taming Sari
Jam dah pukul 5.30 ptg,kitaorang suma dah lapar ni , sumer makan masa sarapan jerk,punya seronok tadi tak ingat makan.Pergi cari Asam Pedas Melaka.Masa makan memasing tak cakap banyak,Azim lak dah mula buat perangai sebab dah letih dan mengantuk.Dari kedai makan tu lebih kurang pukul 6 ptg terus ke Kluang,Johor.Sampai rumah sepupu aku lebih kurang pukul 8.30 malam.Malam tu memasing tidur awal tapi aku dengan isteri sepupu berborak sampai pukul 3 pagi,maklumlah jarang jumpa.Esok kena bangun awal sebab nak berkumpul ke Masjid untuk majlis pernikahan Jai lebih kurang pukul 8.30 pagi.
21hb Nov,seawal jam 6 pagi aku dah bangun bersiap pastu kitaorang pergi sarapan kat restoran abg Yusof (suami arwah sepupu aku Kak Lela).Berkumpul kat rumah arwah Paklong tepat 8.30 pagi dan terus bergerak menuju ke Kem Batu 3,Kluang untuk majlis pernikahan.Alhamdulilah dengan sekali lafaz Jai kini bergelar suami pada Fiza.
Pasangan pengantin dengan sedara mara sebelah lelaki
Jamuan diadakan tengahari di Dewan Kampung Melayu,Kluang Johor.Oleh kerana kami semua pihak pengantin lelaki maka kena ikut berarak hantar pengantin tepat jam 2 petang.Selepas makan dan berposing sakan dengan pengantin,kami sekeluarga balik ke Nilai tepat jam 4 petang dan sampai Nilai pukul 7 malam.Memang letih betul,aku tidur awal sebab Isnin keje.Selamat Pengantin Baru buat sepupu aku Jai,moga kekal hingga ke akhir hayat,aminn...
0 comments:
Post a Comment