Jangan dilupa bahawa doa orang-orang yang teraniaya itu makbul.Pembalasan yg Allah berikan di dunia ini untuk menyedarkan kita supaya sedar akan perbuatan kita yang lepas.
Aku juga tak terlepas dari tempias orang yang irihati,cemburu ini.Aku tahu setiap apa yang diperkatakan tapi aku diam,aku jauhkan rasa marah dari hati,aku singkirkan rasa dendam kerana ianya takan membawa apa-apa kebaikan.Dalam hati,biarlah satu hari nanti moga insan itu akan sedar.
Masih banyak kelemahan aku sebagai hambanya untuk aku mengakui aku masih dalam proses mempelajari untuk memperbaiki diri.Masih terus mencari dan mencari.Aku ingin sekali menjadi hambanya yang kaya dengan amalanku dan sentiasa bersedia bila ajal datang menjemputku.Tika ini terasa kecilnya aku disisinya.
Jika ada kesempatan dan kemampuan ingin sekali aku menjejak kan kaki ku ini ke tanah suci Mekah.Tempat terindah bagiku sebagai hambanya.
Bertuahlah mereka yang telah sampai ke sana.Setakat ini hanya pergorbanan kecil yang aku lakukan tak terbanding pengorbanan Nabi Ibrahim.Barangkali ada yang terlupa kisah Nabi Ibrahim ini,aku catatkan untuk keinsafan kita bersama.
Bagaimana ketaatan dan ketaqwaan nabi Ibrahim a.s kepada perintah dan suruhan Allah ta’ala. Bagaimana pada suatu hari nabi Ibrahim a.s telah diperintahkan oleh Allah ta’ala untuk membawa isteri keduanya, Hajar beserta anaknya yang baru dilahirkan, Ismail a.s untuk ditinggalkan di suatu tanah gersang kering kontang yang dinamakan Makkah.
Sebaik saja menerima perintah Allah tersebut, nabi Ibrahim a.s tanpa  banyak soal terus membawa isteri dan anaknya itu dalam suatu perjalanan  yang amat jauh (bayangkan perjalanan darat dengan tunggangan unta dari  Palestin ke Makkah, berapa jauh tu) dan tanpa memberitahu ke  mana destinasi yang dituju mereka dan apakah tujuan kemusafiran itu  kepada anak isterinya.
Setibanya sahaja di Makkah yang ketika itu adalah satu tempat yang  gersang, kering kontang, tiada hidupan, tiada air, tiada tumbuhan, tiada  orang lalu-lalang sekalipun, bak kata orang, tempat jin bertendanglah,  maka diarahkanlah isterinya Hajar dan anaknya Ismail a.s turun dari  tunggangan unta tersebut. Tanpa bercakap sepatah apa pun, hatta untuk  mengucap selamat tinggal sekali pun, nabi Ibrahim a.s berlalu  meninggalkan anak isterinya di situ. Maka tercengang-cenganglah  isterinya dan teruslah Hajar merayu kepada nabi Ibrahim a.s agar tidak  meninggalkannya di situ. Hajar juga terus bertanya kepada suaminya  mengapa dan mengapa ditinggalkan mereka di situ. Akan tetapi nabi  Ibrahim a.s tidak sedikitpun berpaling dari perjalanan baliknya dan  tidak sedikitpun menjawab rayuan Hajar itu.
Sehingga akhirnya apabila Hajar bertanya adakah itu semua adalah  suruhan dan perintah Allah? Maka barulah nabi Ibrahim a.s berhenti  sebentar (tanpa berpusing melihat isteri dan anaknya) dan menjawab: “Ya,  ini adalah perintah Allah”, lantas disambung perjalanannya kembali dan  mendengar jawapan itu, maka redhalah Hajar dengan apa yang dihadapinya  itu (hebat sungguh seorang isteri kepada seorang nabi yang juga tinggi  ketaqwaannya). Selepas beberapa jauh perjalanan, barulah nabi Ibrahim  melihat ke belakang, akan tetapi kelibat isteri dan anaknya sudah tidak  kelihatan. Lantas baginda berdoa dan bertawakkal memohon Allah  memelihara isteri dan anak yang ditinggalkannya itu. Itulah nabi Ibrahim  a.s yang tidak mahu melayan rayuan isterinya yang tercinta kerana  baginda sedar sebagai manusia, baginda juga boleh cair dengan pujuk rayu  isterinya walaupun ketika melaksanakan perintah Allah ta’ala.
Itulah kisah bagaimana hebatnya nabi Ibrahim a.s menerima dan  melaksanakan perintah Allah ta’ala Tuhan Pencipta Semesta Alam sehingga  mendapat gelaran “Khalilullah” yang bermakna “yang dekat dengan Allah”.  Macam mana lah kita ni pulak dalam menerima dan melaksanakan sesuatu  tuntutan dan perintah Allah? Pasti ada ketika-ketikanya kita cuba  mengkompromi atau menjustifikasikan tindakan kita untuk tidak segera  atau bahkan tidak mahu langsung menjunjung perintah Allah. Bagaimana  tuntutan solat fardhu lima waktu, tuntutan mengeluarkan zakat, berpuasa,  menutup aurat bagi lelaki apatah lagi menutup aurat bagi perempuan yang  lebih besar had-hadnya, tuntutan muamalah dan pergaulan lelaki dan  wanita? 
Bahkan yang lebih besar lagi tuntutan melaksanakan isi kandungan  AL-Quran sepenuhnya? Semoga kisah ketaatan dan ketaqwaan nabi Ibrahim  a.s ini boleh membuka sedikit ruang keinsafan dalam diri kita sempena Aidil Adha ini.
Dan ibadah korban yang kita laksanakan saban tahun juga harus dilihat  dari perspektif taqwa dan ketaatan kepada Allah.
 Benar firman Allah  ta’ala dalam surah Al-Hajj ayat 37: “Dan bukanlah daging mahupun darah  (haiwan qurban) itu yang sampai kepada Allah, akan tetapi yang sampai  adalah ketaqwaan kamu kepada Allah”
Sama -sama kita insafi, berapa kalikah rasanya kita berkorban untuk  Allah Taala? paling kurang pun berapa kalikah kita korbankan turutan  nafsu untuk diri kita sendiri? dan adakah pengorbanan kita ikhlas kerana  Allah Taala?
0 comments:
Post a Comment