Followers

Tuesday, September 28, 2010

Setelah 19 tahun....akhirnya bertemu semula

26hb Sept 2010 akan aku ingat sampai bila-bila.Hari tu aku bertemu semula kenkawan sekolah menengah dan ada juga yang aku kenali dari sekolah rendah.Memang kami dah lama bertemu tu FB tapi hanya kali ni aku berkesempatan jumpa dorang kat Pot Luck Gathering Ex SMI 87-91 di Putra Heights kat rumah salah sorang kawan aku gak.Aku pergi awal sikit dalam pukul 12.30 tengahari camtu sampai kat rumah Maznah dah pukul 1 lebih.Maka bersalaman dan peluk cium laga pipi sebab dah 19 tahun tak berjumpa mcm jejak kasih lak kan.Ini belum yang lenlain lagi.Aku dengan Jase salah sorang kawan yang aku kenali dari sekolah rendah tolong Maznah atau aku panggil Kak Nah,apa yang patut.Kak Nah sediakan laksa dan juga Yong Taufu,sendiri bikin okeh.Memang tabik lah Kak Nah sedap gilos Laksa dan Yong taufu tu sampai hari ni terasa lagi kesedapan nyer.

Suami Kak Nah ni pun memang kawan sekolah aku,apalagi riuh rendah baru jerk 4 orang,kejap lagi makin ramai,harus riuh satu taman.Selepas pukul 3 petang sorang demi sorang kenkawan sekolah aku sampai,dorang terus cakap muka ko tak berubahlah Rohaida,hehehe memang muka tak berubah tapi badan aku aku yang berubah makin melebar.

Dorang yang aku kenali dari sekolah tetap sama bahkan ada yang masa sekolah dulu kami tak berapa rapat sebab berlainan kelas tapi bila memasing dah dewasa ni makin rapat lak.FB yang menemukan semula kami semua hingga tertubuh Kelab Ex-SMI batch kitaorang nih.Zaman dah canggih manggih ni sempat kitaorang meeting guna Skype dgn Izady ,presiden kelab kitaorang yang berada nun jauh di Sungai Petani,Kedah.

Tak dapat aku gambarkan dengan kata-kata kemeriahan bertemu kenkawan lama.Masih tetap seperti dulu gak dorang ni.Tak sabar lak tunggu next gathering dengan dorang.So ni antara gambar gathering ari tu,nak ikutkan mmg banyak gambar tapi semua kat FB aku ler.Maklumlah hari ramai yg bawa kamera,jenuh juga aku posing ari tu ngalahkan artis lak aih.Makanan memang banyak tapi aku tak sempat nak snap semua,dah ramai keliling meja tu termasuk aku sekali ler.


Aku dan Jase sempat lagik nak posing sambil celur kangkung  
luv u alls muahhhhhh
Skype meeting dgn Izady

Thursday, September 23, 2010

Macam mana boleh lupa....

Dari sebelum raya sampai abis cuti lama jugak aku tak update blog aku ni.Raya tahun ni meriah tapi ada satu perkara yang tak pernah aku lupa tapi aku terlupa tahun ni iaitu ambik gambar di pagi raya.Dah petang baru aku teringat,masa tu malas nak posing lagi sebab muka aku dah berminyak ,make up pun dah luntur.Aku terlupa kerana kesibukan membantu mak kat dapur,biasanya awal pagi baru mak akan masak Kuah Lodeh yang memang jadi favourite family malahan tetamu yang pernah rasa semuanya memuji keenakan Kuah Lodeh mak.

Tahun ni kitaorang beraya kat Nilai.Malam raya huh sakan aku,mak dan adik aku Shila mengemas rumah siap memanjat pasang lampu hiasan,jiran aku sumer dah balik kampung tinggal jiran yang bukan muslim jer yang ado.Kononnya nak pergi Jalan TAR tapi sumer dah terbaring kepenatan maka Jalan TAR cuma dalam mimpi jer.

Lepas sembahyang raya maka sessi bermaafan dengan kedua orang tua ku yang penuh emosi cewah sib baik tak nangis guling-guling kat lantai.Selepas itu maka giliran adik-adik aku lak bermaafan dengan aku.Sebak memang aku sebak bila adik-adik mencium tanganku ini kerana teringat segala suka duka bersama adik-adik kesayangan aku nih.

Tahun ni Izad beraya di rumah mertuanya di Kulim.Rindunyer kat anak buah aku yang sorang tu. Biarpun kami tak balik kampung tapi meriah juga dengan kenkawan adik yang datang.Aku puas hati semua juadah yang disediakan habis,hilang rasa penat memasak.


Minggu lepas,mak sedara aku di Kajang call suh gi umah gi.Sampai jer kat Kajang perghh pelbagai juadah ada yang paling best tu Laksa Kedah ler.Mak sedara aku siap buat ketupat palas huh apalagi tak hingat ler diet bagai.Tak per makan jerk dulu pasni diet balik hehehe.
Mak Jang minta aku nanti tolong dia sesikit  sebab sepupu aku akan melangsungkan perkahwinan 28hb Nov sebelah perempuan dan 7hb Dec di Kajang lak.Insyallah aku akan tolong mana yang termampu dengan kudrat aku ni.Mana tahu satu hari jadi wedding planner ker kan.Maka bermula Oktober ni aku sibuk sangat dengan pelbagai hal.








 

Monday, September 6, 2010

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Hari ni hari terakhir aku bekerja sebelum cuti raya.Company bagi cuti mula dari 9 hb hingga 13hb tapi aku ambik cuti tahunan untuk 7hb,8hb dan 14 hb.Aku bercuti awal untuk menolong mak berkemas dan membuat persiapan terakhir.Maklumlah aku ni kan driver mak jadi banyak mende nak kena buat,ke sana sini bermula dari esok pagi.Kalau mak sorang memang tak terlarat mak nak buat mana sibuk dengan anak buah aku tu lagi.Tak sabar pulak rasanya nak menjamah juadah pagi raya terutama Kuah Lodeh mak yang sememangnya tiada tandingan.

Nampaknya tahun ni aku akan beraya di Nilai dan menanti kedatangan para tetamu serta rakan serta orang tersayang.

Salam Aidil Fitri dari aku buat semua followers blog aku nih,buat semua sahabat aku dan juga buat sesiapa yang singgah blog aku ni.Andai kata ada kesilapan tu,aku mohon ampun dan maaf.Pada yang akan memandu pulang ke kampung,berhati-hati ketika memandu,ingatlah orang tersayang.Rancanglah perjalanan anda (dah mcm iklan lak aih) sebaik mungkin,biar lambat asal selamat.Pada yang balik naik bas tu pastikan tiket anda bukan dibeli dari ulat,takut ada yang beraya kat terminal bas tu ler jawabnya.Pada anak-anak yang berjauhan dari ibu bapa pulanglah ke kampung meraikan bersama mereka.Kepulangan anak-anak yang sentiasa dinanti untuk meriahkan Aidil Fitri.





 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...