Followers

Monday, July 26, 2010

Sahabat yang paling berharga

Setiap orang pasti ada saat-saat yang paling berharga dalam hidup,begitu jugak dengan aku.Saat yang paling aku takan boleh lupa sampai bila tentu sekali di zaman persekolahan.Rasa mcm nak jer balik ke zaman tu.Kadang-kadang ketawa sendiri bila diingat gelagat kami semua ketika itu.Banyak kenangan pahit manis yang aku lalui bersama kenkawan apatah lagi suasana hidup di hostel dan berjauhan dari keluarga.Sekolah Menengah Ibrahim,Sungai Petani menjadi titik bermulanya ikatan persahabatan antara kami sehingga hari ini.Yang paling aku suka tentang sahabat-sahabat ku ini keikhlasan mereka dalam erti kata sebenar.Masing-masing sudah punyai keluarga dan hanya beberapa orang yang masih single mingle termasuk lah aku kan.Facebook pula menjadi tempat kami semua dapat berhubung semula setelah lama meninggalkan alam persekolahan.

Selain kawan baik aku,colleague dan blog member,kawan-kawan sekolah ni adalah yang terbaik pernah aku kenali.Orang kata kitaorang ni satu kepala lah,bermuafakat dalam apa jua dan kerana itu tertubuh lah kelab untuk batch kita orang kat FB.Dengan adanya kelab ni maka dapatlah kami nanti berkumpul dalam aktiviti yang dirancang,membantu pada yang memerlukan.

Pada semua sahabat Ex-SMI 87-91 yang tak dapat aku senaraikan satu persatu di sini,anda semua kawan yang paling berharga dalah hidup saya.




Tuesday, July 20, 2010

Gembira,abah makin sihat

19hb aku cuti temankan abah pergi check-up jantung kat Hospital Serdang.Appointment pukul 9 pagi tapi memandangkan sampai lambat maka terpaksalah ikut giliran.Kemudahan di Hospital Serdang sama macam hospital swasta.Pelbagai ragam manusia boleh tengok kat hospital ni.Memandangkan keutamaan diberikan pada warga emas maka abah dapat check up cepat sikit.Lepas check up tengok abah senyum terus cakap abah dah makin sihat,doktor kata ubat abah akan dikurangkan.Berita gembira nih.Alhamdulillah,syukur.Sambil senyum abah doktor dah bagi abah makan durian hehehe mak terus nyampuk itu bukan doktor kata tapi abah sendiri yang kata,berderai ketawa aku dan mak.Bila melangkah keluar dari Klinik Pakar Kardio di tingkat 3 terus pergi ambik ubat abah pulak kat bahagian Farmasi di tingkat 4.Satu yang aku suka tentang hospital Serdang ni,Klinik-klinik pakar teratur contohnya untuk check up Obstetrik & Ginekologi,Pediatrik,Orthopedik,Fisioterapi berada di tingkat bawah jadi tak der susah ibu-ibu mengandung,wanita yang ada masalah sakit puan,kanak-kanak dan yang ada masalah pasal kecederaan tulang ni kena cari lif gi tingkat atas.

Keselesaan diutamakan.Dulu kalau sebut hospital kerajaan pasti ramai yang takut bila memikirkan keadaan hospital tersebut.Dan ada 2 unit kecemasan satu khas utk bersalin dan satu lagi unit kecemasan untuk lain-lain lah.

Cuma satu jer masalah parking tak cukup,ngalahkan shopping mall,parking penuh ,jenuh pusing jugaklah.Appointment abah yang  seterusnya bulan Januari 2011.Hm tak lama lagi dah nak puasa cepat betul amsa berlalu.Aku nih dalam proses ganti puasa korang dah ganti ker,jangan asyik dok ingat tahun ni baju raya nak tempah berapa pasang,kuih raya berapa jenis jer,puasa tak ingat nak ganti hehehhe.

Thursday, July 15, 2010

Pemergian yang mengejutkan...Al-Fatihah

Pepagi masa sampai opis,lepas sarapan aku terus online FB.Ada satu berita yang mengejutkan bila sahabat di zaman persekolahan Mazly Mohammad telah pergi untuk selamanya semalam 14hb July 2010.Sahabat-sahabat sekolah cuma tahu semalam setelah melihat info di wall FB beliau yang banyak mengucapkan takziah.Siapa sangka beberapa hari yang lepas beliau masih lagi online FB dengan rakan-rakan tetiba,kami semua dikejutkan dengan berita ini.Terasa baru saja kami semua dapat berhubung semula melalui FB.Salam Takziah pada keluarga,isteri dan anak-anak beliau.Moga rohnya dicucuri rahmat.Sebagai sahabat hanya doa mengiringi pemergianmu.Al-Fatihah..

Tuesday, July 13, 2010

Perbaiki diri bermula dari hati

Aku akui sebagai manusia biasa tiada siapa pun yang sempurna.Usaha memperbaiki diri sentiasa ada.Aku sering mengingatkan diri aku sendiri carilah ketidaksempurnaan dalam diri sebelum menuding pada orang lain.Dari dulu hingga kini aku diuji dengan pelbagai dugaan yang menuntut aku bersabar.Adakala aku tewas pada rasa marah.Marah itu teman syaitan dan ketika rasa marah aku beristifar.Dari dulu aku ni jenis yang memendam bila terlalu dipendam kadangkala aku menangis untuk melegakan hati.Pesan mak selalu aku ingat,biarpun dengan siapa bahasa perlu kita jaga,fikir dulu sebelum melakukan sesuatu yang mungkin menguris hati orang lain.Bukan semua orang boleh menerima teguran.

Allah maha mengetahui setiap sesuatu yang berlaku,mungkin hari ini kita berbuat sesuatu yang menyakitkan hati orang lain tapi perlu diingat dunia ibarat roda tidak selamanya kita di atas.Akan tiba masa lambat atau cepat kita kan merasai apa yang telah kita perlakukan pada orang.Orang kata sekarang semua perbuatan dibalas tunai,atas dunia lagi dah dapat pembalasan.Doa orang-orang teraniaya dimakbulkan tuhan.

Biarpun ada perkara lepas yang berbekas dihati aku tapi semua tu aku jadikan pengajaran tewasnya kesabaran aku pada sifat marah.Untuk sama-sama kita memperbaiki diri ke arah yang lebih baik,kenali sifat-sifat hati

Roh yang ada di dalam diri kita ini terlalu abstrak (seni). Sifatnya sensitif, selalu berubah- ubah, sekejap baik dan sekejap jahat. Perubahan ini berlaku terlalu cepat sekali sehingga susah untuk kita mengesannya. Ini menyebabkan banyak sifat-sifat yang baik telah terabai dan sifat-sifat yang buruk (jahat) dibiarkan bermaharajalela dalam diri sama ada disengaja atau tidak, disedari atau tidak.



Sifat-sifat roh terbahagi kepada dua iaitu:
  1. Sifat-sifat mahmudah (sifat positif atau sifat-sifat yang baik)
  2. Sifat-sifat mazmudah (sifat negatif atau sifat-sifat keji)

Pertama:
Sifat-sifat mahmudah, antaranya:
  1. Jujur
  2. ikhlas
  3. tawadhuk
  4. amanah
  5. taubat
  6. sangka baik 
  7. pemaaf
  8. pemurah
  9. syukur
  10. zuhud
  11. tolak ansur (timbang rasa)
  12. sabar
  13. redha
  14. berani
  15. lapang dada
  16. lemah lembut
  17. kasih sayang
  18. selalu ingat mati
  19. tawakal
  20. takut Allah

Kedua:

Sifat-sifat mazmumah, di antaranya:
  1. riak
  2. ujub (merasakan dirinya lebih daripada orang lain seperti membanggakan dirinya lebih berilmu, lebih banyak ibadah dan sebagainya.
  3. sum'ah (merupakan perbuatan baik/ibadah yang dilakukan di masa lampau kemudian diceritakan kembali kepada orang lain dengan maksud orang lain mengetahui amal/perbuatannya)
  4. takabur dan sombong
  5. hasad dengki
  6. pemarah
  7. dendam
  8. bakhil
  9. penakut
  10. cinta dunia
  11. gila pangkat
  12. gila puji
  13. jahat sangka
  14. putus asa
  15. tamak
 

Kajian terhadap sifat-sifat mahmudah dan mazmumah ini sangat penting kerana dengan adanya ilmu ini memudahkan seseorang itu mengenal hakikat dirinya.Yakni, kenal sungguh tentang sifat batinnya. Bila sifat baik dan sifat jahat sudah dikenal pasti ada dalam diri seseorang itu maka tindakan yang perlu dilakukan ialah:


1. Sifat-sifat yang terpuji (mahmudah) itu hendaklah kita pertahankan, suburkan, pertajamkan dan kekalkan kerana sifat-sifat ini dikehendaki dan diperintahkan oleh Allah dan Rasul serta digemari oleh manusia seluruhnya, yang mana itulah bunga diri pada seseorang.


2. Sifat-sifat yang terkeji (mazmumah) pula hendaklah ditumpaskan, dikikis, dibuang, dihapus dan dicabut. Ini perlu dilakukan melalui proses mujahadatun nafsi (melawan hawa nafsu). Yakni melalui latihan terus-menerus terhadap nafsu (riadatun nafsi). Wajib dicabut buang sifat-sifat keji ini kerana sifat-sifat ini sangat dibenci oleh Allah dan rasul serta dibenci oleh manusia seluruhnya. Untuk mendapat akhlak yang baik (terpuji) macamlah proses mendapatkan buah yang baik dan manis. Ia didapati setelah ditanam daripada benih-benih yang baik dan manis. Begitulah juga untuk melahirkan perbuatan dan tindakan yang baik serta akhlak yang baik itu adalah dengan menanam benih-benih yang baik di dalam roh (hati). Yakni benih-benih sifat-sifat mahmudah seperti kasih sayang, rasa simpati, rasa malu, sukakan ilmu pengetahuan, pemurah, pemaaf, sabar dan lain-lain lagi.


Buah yang masam adalah hasil ditanam benih yang masam.Begitulah perbuatan atau tindakan yang buruk atau akhlak yang buruk (keji) adalah berpunca daripada ditanam benih-benih yang keji (mazmumah) di dalam roh (hati). Adapun benih-benih mahmudah dan benih-benih mazmumah yang wujud dalam roh (hati) hanya dapat dikesan oleh mata hati yang dibantu oleh ilmu mengenainya. Bukan dengan mata kepala yang sifatnya tidak dapat menjangkau dan merasainya.Yakni roh melihat roh. Hanya roh yang dapat mengenali atau mengesan roh.Ini bererti, mengesan sifat-sifat roh ini mestilah melalui kepekaan pandangan mata hati serta dibantu oleh ilmu. Perjalanan roh ini laju dan sentiasa berubah-ubah, sensitif dan berbolak-balik dari detik ke detik. Kalau kita tidak peka dalam mengesannya setiap saat, kita akan rugi. Tidak peka dalam mengesan sifat-sifat yang baik bererti kita telah mengabaikan sifat-sifat roh yang baik atau perasaan-perasaan yang baik. Maka sifat baik tadi jadi tidak subur. Macam menanam pokok tanpa disiram air, tanpa diberi baja, tanpa dijaga, walaupun pokok itu boleh tumbuh tetapi daunnya kuning, kering, akhirnya mungkin mati. Tidak peka dalam mengesan sifat-sifat mazmumah (jahat) bererti kita biarkan mazmumah itu berada dalam diri. Dari hari ke hari mazmumah itu kian subur bersama suburnya jasad lahir. Akhirnya ia menguasai diri dan kehidupan kita. Ketidakpekaan tadi menyebabkan mazmumah itu tetap bersarang di dalam hati (roh), tidak ditumpaskan, dikikisbuangkan dan dicabut. Akhirnya hati yang jahat itu mendorong untuk melakukan perbuatan atau tindakan-tindakan jahat atau akhlak-akhlak jahat. Yang kerananya akan merosakkan pergaulan dan menerjunkan kita ke Neraka.

Friday, July 9, 2010

Kisah aku di hari cuti

Semalam aku cuti,temankan abah pergi check up kat Hospital Serdang.Appointment pukul 9 pagi tapi aku,mak dan abah terlambat sikit sebab abah mengantuk akibat tengok bola Spain vs Jerman.Puas aku nih nasihat abah jangan berjaga sangat maklumlah kesihatan nak kena jaga.Abah kan pernah kena serangan jantung jadi kena cukup rehat dan tak boleh terlalu penat tapi apa nak buat abah kata ala 4 tahun sekali jerk.Camtulah kadang-kadang sebagai anak aku juga serba salah,org tua bila kita tegur untuk kebaikan kang kata kita ni membebel padahal untuk kebaikan jugak.Hospital Serdang antara hospital yang menyediakan kemudahan seperti hospital swasta,cukup selesa dengan kakitangan yang mesra.Hospital Serdang juga merupakan hospital yang menyediakan pakar kardio terbaik selain IJN dan terdapat wad khas untuk pesakit jantung.

Lama jugaklah menunggu abah selesai check-up maklumlah kitaorang memang dah lambat kan.Yang penting ruang menunggu memang selesa sambil boleh tengok tv.Lepas keluar dari bilik khas check jantung,aku terus bertanya pada abah,apa kata doktor.Abah kata pengaliran darah dalam jantung nampak terlalu laju dan pergerakan jantung abah jadi cepat dan ini boleh merosakkan stent(alat yang telah dimasukkan dalam salur darah jantung).Doktor pesan suruh jaga makanan dan cukup rehat,hah tak betul lagi aku bebel selama nih.Abah diam.Masa makan kat Cafe barulah ambik western food mcm salad,ayam panggang.Aku dengan mak senyum jerk.Saja jerk aku pelawa abah nak rasa tak makanan aku nih,terus abah geleng kepala,mak ketawa.Kata mak,bila anak-anak cakap tak nak dengar,bila doktor kata stent boleh rosak dan kemungkinan boleh kena serangan jantung semula barulah jaga makan.

Selesai lunch kat cafe tu,saja jer aku ajak abah gi Jusco tapi abah tak nak,abah kata nak balik rehat ,apalagi ketawa lah aku dengan mak.Mana idaknya kalo tak cukup rehat pun kalau kawan abah pakcik Mat Noor call atau balik dari memana mesti abah terus keluar.

19hb ni aku cuti lagi pun temankan abah check up jantung jugak.Walaupun aku ni kadang-kadang membebel tapi aku tetap sayang pada abah cuma kadangkala kedegilan abah buat aku hilang sabar gak.Ada saja jawapan abah kalau kita nasihat.Sebagai nurse yang tak bertauliah,aku sentiasa mengingatkan abah.Biarlah apapun abah nak kata ku ni bising kan,membebel ka,apa yang aku buat untuk kebaikan abah.

Balik dari hospital,aku rehat kat rumah sambil baca majalah yang aku beli.Ntah masa bila terlelap aku kerana kepenatan.Petang selepas Asar,aku dengan mak ke medan selera Nilai 3 untuk makan Sup Berdengung.Dah berapa lama ku nak pergi tapi asyik tertangguh sebab banyak urusan lain.Aku suka makan Bihun Sup Daging.Kalo kat Nilai 3 memang popular tapi tak leh makan selalu,kang ada lak yang darah tinggi naik sebab selalu makan daging kan.

Lepas aku terus ke stesen komuter amik adik aku Shila.Masa ku gi Nilai 3,aku rasa harga kain pasang kat situ lagi mahal berbanding dengan Nilai Square.Aku ada beli kain untuk buat baju raya kat Nilai Square,saja jerk aku tanya berapa harga kain yang sama corak dan kualiti harga kat Nilai 3 lebih RM 10 okeh.Hm so pada sesiapa yang nak cari kain pasang tips dari aku yang kat Nilai ni baik gi Nilai Square lebih banyak pilihan dan harga yang murah.Naik rambang mata nak memilih.Kat mana Nilai Square ni senang jerk kalo kuar tol Nilai pergi sebelah kanan menghala ke Bandar Baru Nilai dan dari tepi jalan dah boleh nampak kain-kain yang pelbagai corak bergantungan kat kedai di sebelah kanan anda (cewah cam iklan tv lak),korang siapkan duit jerk dan setengah kedai yang  terima kad kredit.

Wednesday, July 7, 2010

15 Nasihat untuk Wanita

Hari ni aku nak kongsi info yang aku dapat dari sorang kawan.Kadang-kadang kita orang perempuan ni terlalu banyak perkara nak dibuat hingga lupa soal kesihatan diri sendiri ,mudah-mudahan info ni sedikit sebanyak dapat membantu kita tentang risiko-risiko yang bakal kita hadapi.


1. Terlalu lama berdiri - merosakkan tulang. Urat-urat sekitar kaki menjadi kembang. Liang vagina sentiasa basah.



2. Terlalu lama duduk - Merosakkan lipatan daging. Akan mudah dihinggapi penyakit tua. Tubuh badan menjadi kendur


3. Terlalu lama berjalan - Merosakkan urat. Dalam pada itu haid akan menjadi tidak teratur dan tidak menetu masanya


4. Terlalu lama melihat - Merosakkan darah. Darah haid menjadi lebih kotor dari kebiasaan


5. Terlalu banyak tidur - Merosakkan tenaga. Menjadi pemalas.  Selalu berangan-angan. Urat-urat disekitar rahim menjadi tidak kuat. Mudah dijangkiti kemandulan.


6. Terlalu riang/gembira - Merosakkan usus. Mudah dijangkiti keputihan pada liang vagina.


7. Terlalu kerap marah - Merosakkan hati. Cepat kelihatan tua.


8. Terlalu banyak berfikir - Merosakkan limpa. Kulit muka cepat berkedut. haid tidak menentu dan dalam waktu tidur kerap mengalami sentakan kaki atau tangan. Kesihatan rahim sekitarnya mudah terjejas.


9. Terlalu banyak bersedih - Merosakkan jantung.


10. Terlalu merana - Merosakkan paru-paru.


11. Terlalu takut - Merosakkan ginjal. Apabila fungsi ginjal terjejas, boleh mengakibatkan gejala kencing manis dan lemah jantung.


12. Terlalu kerap terkejut - Merosakkan pundi hempedu. Gejala pening kepala kerap dialami. Haid menjadi tidak menentu dan pendarahan yang terkadang terlebih.


13. Terlalu banyak makan - Merosakkan pencernaan. Mudah mengalami keletihan, malas dan selalu mengantuk. Liang vagina kurang bersih(semakin banyak ‘ragam’ lauk/makanan yang dimakan, semakin terjejas kesihatan dan kebersihan liang vagina).


14. Terlalu minum minuman berais - Merosakkan otot dan lambung. Badan dan payudara menjadi lembik. Berat badan meningkat. Mudah diserang penyakit dan kelihatan awet muda.


15. Terlalu banyak masa lapang - Merosakkan fikiran.Kelapangan masa yang terlalu banyak menimbulkan berbagai khayalan dan menimbulkan berbagai penyakit jiwa, kecuali masa lapang diisi dengan aktiviti hidup yang positif.

Monday, July 5, 2010

Cuti dan Santai

Dah beberapa hari tak update blog.Hari Khamis lepas aku cuti setengah hari dan Jumaat pun aku ambik cuti.Kenapa aku cuti.Banyak mende nak settle,relaks kan otak pun yer jugak.Lagipun dah lama aku tak ambik cuti kan.Bulan July ni kira aku sibuk gak dengan hal family dan hal aku sendiri lah kan.

Masa aku balik hari Khamis ari tu,anak buah aku Azim tersengih jerk kat pintu rumah tengok aku balik.Memanglah suka sebab kejap lagi Azim nak buli maklong kan.Lepas mandi dan terus bersiap nak pergi klinik sebab adik aku Shila tak berapa sihat.Dia stress dan penat,hingga tulang belakang rasa sakit.Kesian kat adik aku yang sorang ni dah ler berulang dari Nilai ke Bangsar hari-hari naik komuter dan bertukar bas pastu kadang-kadang balik lewat kerja melambak kat opis.Dia pun tengah cari kerja lain tapi belum ada rezeki lagi,tak tahan nak berulang katanya.Masa kat klinik tengah tunggu adik aku,Mr.BF call beritahu dia dapat tender dengan Perkeso Alor Star untuk buat kaki palsu.Semua tu lepas dorang tengok Mr.BF bagi sumbangan kaki palsu pada sorang OKU yang memerlukan di Kuala Kedah terpampang di akhbar.Mr BF kata ini rezeki yang tak diduga sama sekali,alhamdulillah.

Selepas gi klinik tu,kitaorang terus gi PD untuk bersantai dan merehatkan fikiran.Sampai Pd dah pukul 4 petang,apalagi bentang tikar,berkelah ler.Tempat yang kitaorang gi tu redup dengan angin sepoi-sepoi bahasa dan yang paling best memang tak ramai orang sangat jadi suasana untuk merehatkan fikiran tu sesuai lah kan.Yang paling seronok tentulah anak buah aku,Azim Haiqal,mulut dia tak berhenti-henti cakap siap ketawa boleh tengok kapal yang tengah berlayar kat laut.

Dah lama aku tak luangkan masa berehat dan bersantai mcm ni,lepas makan tengahari kat situ siap makan aiskrim lagi.Hampir pukul 6 petang kitaorang beredar sebab tengok cuaca dah makin mendung.Sampai kat rumah,aku dengan Shila sempat lagi pergi Nilai 3 dan Nilai Square tengok-tengok kain.Maybe next time nak gi area KL dan Shah Alam,kalo kat Alamanda cuma ada Binwanis.

Hari Jumaat,dari pagi hingga ke malam jadual aku penuh ,penat tu tok sah cakap lah kan.Aku ni jarang cuti bila tetiba cuti hmm ramai yang tertanya.Tak perlulah aku cerita satu persatu kan,yang pasti aku cuti ada urusan yang perlu aku buat.Yang lain-lain tu biarlah rahsia (statement CT nih ) hahaha.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...