Maklong yang teruja tengok baju Azim.Ni bukan kali pertama aku beli dari Noni.Sebelum ni aku pernah beli Baby Gap pyjamas,leg warmer dan barangan bayi untuk hadiahkan pada kawan.Setakat ni memang puas hati,kualiti baik punya.So sesapa nak beli baju anak ker,anak sedara ker boleh ler klik link Saklabah tu yer.
Bila balik rumah,aku pun tunjuk kat Azim.Azim punya suka senyum sampai ke telinga,asyik sebut baju cantik.Itu citer hari Isnin.Kelmarin hari Selasa bila aku balik keje tengok Azim dah pakai salah satu baju dengan seluar tidurnya.Alamak puas ler aku pujuk suruh tukar,tak nak siap lari keliling meja.Aku pun guna ler bahasa memujuk baju tu nak pakai masa pergi jalan-jalan,nanti Maklong cari seluar jeans untuk Azim baru kita pakai.Tahu apa dia jawab "Tak yah lah,Maklong".Mula tu pelik gak Azim ni.Pastu bila adik ipar sampai rupa-rupanya nak tunjuk kat ibu,Maklong belikan baju.Kembang kempis hidung aku bila Azim cakap Maklong beli baju cantik.Nasib baik belum ada anak buah perempuan sesilap abis sumer aku beli.
Salah satu Baby Gap Pyjamas yg aku beli dari Saklabah |
0 comments:
Post a Comment