Mines Wellness Hotel |
Hotel Lobby |
Bila memandang ke tasik yang luas tu,aku lepaskan segala yang terbuku dalam hati.Terima kasih tak terhingga pada adik aku yang sudi sponsor percutian ni.Petang kitaorang pergi ke tepi tasik untuk bagi ikan makan.Seronok giler,besar-besar dan banyak betul ikan kat tepian tasik tu.Agaknya yang tengah tasik tu mesti besar ikannya.Mula tu plan nak mandi kat pool Mines yang mengadap tasik tu tapi memandangkan anak buah aku Azim tak jadi ikut sebab ke Melaka,aku tak jadi ler kang aku terjun jerk mahu melimpah air pool tu hahaha,Zalie pun cakap tak pa lenkali kita bawa Azim pulak.Ha ada lenkali ni yang best ni hehehe sponsor ler selalu yer.
Swimming Pool |
Bila malam makin menjelma kitaorang ke Abdul & Charlie's Restaurant untuk makan malam.Aku ni biasa kalah sikit makan buffet tapi hari tu siang-siang aku kurangkan makan semasa lunch,kalo tak rugi.Dari Salad,pasta,makanan Melayu,Western sumer aku bedal.Ish-ish teruk benor aku kan,pedulikan apa orang nak kata,nasib baik masa kitaorang gi dinner tu dah tak ramai orang.Sambil menikmati suasana malam di tepi tasik dan swimming pool Mines tu,terasa nyaman dan dapat lak menikmati hidangan buffet yang sedap.Bukan selalu dapat menikmati makanan dan suasana begini.Kalo nak selalu kena tunggu akak jadi orang kaya lah kan,insyallah.
Abdul & Charlie's Restaurant |
Erm yummy.... |
Salad & Pasta |
Dessert |
Ops candid,aku dah tak perasan kamera,lapar nyer pasal. |
Dah kekenyangan balik ke bilik terus online untuk upload gambar dalam FB.Internet line free apalagi sampai ke tengah malam ler jawabnya dah terang-terang tertera high speed internet access,memang laju giler akak suka gitu.Kalo pakai broadband pun tak cenggini.
Esok pagi breakfast di restoran yang sama,habis breakfast terus balik bilik kemas barang dan online kejap.Lepas check-out terus kitaorang balik rumah.Tak tergambar percutian yang betul-betul buat aku relax.Insyallah nanti kitaorang akan datang lagi untuk bawa anak buah aku Azim Haiqal.Lenkali datang aku nak cuba Wellness SPA lak.Penghargaan tak terhingga untuk adik aku Zalie yang sponsor percutian kali ni.
0 comments:
Post a Comment