Hari ni aku menyambut Birthday yang ke 37.Mungkin sesetengah orang merahsiakan umur tapi aku tak pernah merahsiakan umur.Setiap kali birthday akan ada harapan aku untuk hari-hari mendatang.Biarpun masih ada harapan yang belum tercapai insyallah aku percaya semua ketentuan datang dari Allah adalah untuk menguji sejauh mana kesabaran hambanya dan aku juga bersyukur dalam usia ini aku dikurniakan kenkawan yang sentiasa menceriakan hari-hari aku.Pepagi sampai kat opis dah dapat wish dari colleague,keluarga dan yang mendahului carta wish tentu sekali orang tersayang.Aku mohon dikurniakan kesihatan yang baik,kebahagiaan dan keberkatan dalan hidup.Aku ingin menjadikan apa yang aku impikan satu kenyataan.
Pada colleague kat opis yang wish tu,terima kasih tak terhingga kerana mengingati birthday aku ni dan sentiasa ceriakah hari-hari aku.
Pada adik aku Shila,biarpun hanya sms tapi itu cukup bermakna kerana mengingati birthday Kaklong,terima kasih.
Dan pada insan tersayang,hadiah yang paling berharga adalah ingatan dan ucapan tu yang paling berharga dari hadiah.Bersama kita berdoa moga dipermudahkan segalanya.
August 16 Update
8 years ago