Followers

Tuesday, November 23, 2010

Majlis Perkahwinan di Kluang,Johor

20hb baru-baru ni lebih kurang pukul 11 pagi,aku dengan family kecuali adik aku Shila bertolak menuju ke Kluang,Johor kerana 21hb Nov adalah hari perkahwinan sepupu aku Jai.Jai merupakan anak arwah Pak Long aku disebelah mak.Masa raya Haji,Mak Ngah (kakak mak) dah tepon minta kitaorang sumer balik ari Sabtu sebab Jai nikah pagi Ahad tu.

Jadi adik aku kata kalo kita dah nak balik awal tu apakata singgah di Melaka jenjalan.Ha sesuai sangat ler tu,dah dlm perjalanan kan.Singgah di Melaka bebetul tengahari,cuaca panas terik rasa nak terbakar kulit (cewah cam puteri lilin ler pulak).Adik aku,Zali pergi beli tiket Duckboat,memandangkan waktu untuk naik Duckboat tu lebih kurang pukul 3 ptg maka kitaorang berlegar sekitar Menara Taming Sari sambil tengok Azim dengan gembiranya bawa keta dan motor mainan tu.Dah tak ingat panas dah anak buah aku punya ler seronok.Habis tour dengan bot tu aku,abah,mak dan Azim saja yang naik Menara Berpusing Taming Sari tu.







Lepas tu tiba masa untuk naik Duckboat.Sebenarnya Duckboat ni kenderaan yang digunakan tentera Amerika masa zaman perang dulu.Kenderaan ni boleh bergerak di darat dan boleh digunakan dalam air.Menurut tour guide tu bot ni dah berusia 45 tahun.Gembira betul Azim,memula tu Azim hairan gak tetiba kenderaan tu turun ke laut,ternganga mulut Azim hahaha.



 
Izad & Family

 
 
Masjid Terapung

 Menara Taming Sari


Jam dah pukul 5.30 ptg,kitaorang suma dah lapar  ni , sumer makan masa sarapan jerk,punya seronok tadi tak ingat makan.Pergi cari Asam Pedas Melaka.Masa makan memasing tak cakap banyak,Azim lak dah mula buat perangai sebab dah letih dan mengantuk.Dari kedai makan tu lebih kurang pukul 6 ptg terus ke Kluang,Johor.Sampai rumah sepupu aku lebih kurang pukul 8.30 malam.Malam tu memasing tidur awal tapi aku dengan isteri sepupu berborak sampai pukul 3 pagi,maklumlah jarang jumpa.Esok kena bangun awal sebab nak berkumpul ke Masjid untuk majlis pernikahan Jai lebih kurang pukul 8.30 pagi.


21hb Nov,seawal jam 6 pagi aku dah bangun bersiap pastu kitaorang pergi sarapan kat restoran abg Yusof (suami arwah sepupu aku Kak Lela).Berkumpul kat rumah arwah Paklong tepat 8.30 pagi dan terus bergerak menuju ke Kem Batu 3,Kluang untuk majlis pernikahan.Alhamdulilah dengan sekali lafaz Jai kini bergelar suami pada Fiza.






Pasangan pengantin dengan sedara mara sebelah lelaki
 
Jamuan diadakan tengahari di Dewan Kampung Melayu,Kluang Johor.Oleh kerana kami semua pihak pengantin lelaki maka kena ikut berarak hantar pengantin tepat jam 2 petang.Selepas makan dan berposing sakan dengan pengantin,kami sekeluarga balik ke Nilai tepat jam 4 petang dan sampai Nilai pukul 7 malam.Memang letih betul,aku tidur awal sebab Isnin keje.Selamat Pengantin Baru buat sepupu aku Jai,moga kekal hingga ke akhir hayat,aminn...



Monday, November 15, 2010

Pergorbanan Nabi Ibrahim

Sebagai manusia biasa pasti kita akan melakukan kesilapan,tidak ada yg sempurna dalam menangani kehidupan.Seperti orang lain aku juga cuba menjauhkan hati aku ini dari sebarang prasangka buruk tapi bila kenyataan ada di depan mata mampukan aku menafikan sesuatu yang ternyata menguris hati.Pernah dengar hukum karma,ya hidup ibarat roda mungkin suatu ketika bila kita ditimpa sesuatu masalah tak kiralah orang lain,kawan atau sedara mara kan menuding jari memperkatakan tentang apa yang terjadi.Allah maha kuasa setiap yang terjadi di dunia juga kita sudah nampak pembalasannya.

Jangan dilupa bahawa doa orang-orang yang teraniaya itu makbul.Pembalasan yg Allah berikan di dunia ini untuk menyedarkan kita supaya sedar akan perbuatan kita yang lepas.

Aku juga tak terlepas dari tempias orang yang irihati,cemburu ini.Aku tahu setiap apa yang diperkatakan tapi aku diam,aku jauhkan rasa marah dari hati,aku singkirkan rasa dendam kerana ianya takan membawa apa-apa kebaikan.Dalam hati,biarlah satu hari nanti moga insan itu akan sedar.

Masih banyak kelemahan aku sebagai hambanya untuk aku mengakui aku masih dalam proses mempelajari untuk memperbaiki diri.Masih terus mencari dan mencari.Aku ingin sekali menjadi hambanya yang kaya dengan amalanku dan sentiasa bersedia bila ajal datang menjemputku.Tika ini terasa kecilnya aku disisinya.


Jika ada kesempatan dan kemampuan ingin sekali aku menjejak kan kaki ku ini ke tanah suci Mekah.Tempat terindah bagiku sebagai hambanya.


Bertuahlah mereka yang telah sampai ke sana.Setakat ini hanya pergorbanan kecil yang aku lakukan tak terbanding pengorbanan Nabi Ibrahim.Barangkali ada yang terlupa kisah Nabi Ibrahim ini,aku catatkan untuk keinsafan kita bersama.

Bagaimana ketaatan dan ketaqwaan nabi Ibrahim a.s kepada perintah dan suruhan Allah ta’ala. Bagaimana pada suatu hari nabi Ibrahim a.s telah diperintahkan oleh Allah ta’ala untuk membawa isteri keduanya, Hajar beserta anaknya yang baru dilahirkan, Ismail a.s untuk ditinggalkan di suatu tanah gersang kering kontang yang dinamakan Makkah.
Sebaik saja menerima perintah Allah tersebut, nabi Ibrahim a.s tanpa banyak soal terus membawa isteri dan anaknya itu dalam suatu perjalanan yang amat jauh (bayangkan perjalanan darat dengan tunggangan unta dari Palestin ke Makkah, berapa jauh tu) dan tanpa memberitahu ke mana destinasi yang dituju mereka dan apakah tujuan kemusafiran itu kepada anak isterinya.

Setibanya sahaja di Makkah yang ketika itu adalah satu tempat yang gersang, kering kontang, tiada hidupan, tiada air, tiada tumbuhan, tiada orang lalu-lalang sekalipun, bak kata orang, tempat jin bertendanglah, maka diarahkanlah isterinya Hajar dan anaknya Ismail a.s turun dari tunggangan unta tersebut. Tanpa bercakap sepatah apa pun, hatta untuk mengucap selamat tinggal sekali pun, nabi Ibrahim a.s berlalu meninggalkan anak isterinya di situ. Maka tercengang-cenganglah isterinya dan teruslah Hajar merayu kepada nabi Ibrahim a.s agar tidak meninggalkannya di situ. Hajar juga terus bertanya kepada suaminya mengapa dan mengapa ditinggalkan mereka di situ. Akan tetapi nabi Ibrahim a.s tidak sedikitpun berpaling dari perjalanan baliknya dan tidak sedikitpun menjawab rayuan Hajar itu.
Sehingga akhirnya apabila Hajar bertanya adakah itu semua adalah suruhan dan perintah Allah? Maka barulah nabi Ibrahim a.s berhenti sebentar (tanpa berpusing melihat isteri dan anaknya) dan menjawab: “Ya, ini adalah perintah Allah”, lantas disambung perjalanannya kembali dan mendengar jawapan itu, maka redhalah Hajar dengan apa yang dihadapinya itu (hebat sungguh seorang isteri kepada seorang nabi yang juga tinggi ketaqwaannya). Selepas beberapa jauh perjalanan, barulah nabi Ibrahim melihat ke belakang, akan tetapi kelibat isteri dan anaknya sudah tidak kelihatan. Lantas baginda berdoa dan bertawakkal memohon Allah memelihara isteri dan anak yang ditinggalkannya itu. Itulah nabi Ibrahim a.s yang tidak mahu melayan rayuan isterinya yang tercinta kerana baginda sedar sebagai manusia, baginda juga boleh cair dengan pujuk rayu isterinya walaupun ketika melaksanakan perintah Allah ta’ala.

Itulah kisah bagaimana hebatnya nabi Ibrahim a.s menerima dan melaksanakan perintah Allah ta’ala Tuhan Pencipta Semesta Alam sehingga mendapat gelaran “Khalilullah” yang bermakna “yang dekat dengan Allah”. Macam mana lah kita ni pulak dalam menerima dan melaksanakan sesuatu tuntutan dan perintah Allah? Pasti ada ketika-ketikanya kita cuba mengkompromi atau menjustifikasikan tindakan kita untuk tidak segera atau bahkan tidak mahu langsung menjunjung perintah Allah. Bagaimana tuntutan solat fardhu lima waktu, tuntutan mengeluarkan zakat, berpuasa, menutup aurat bagi lelaki apatah lagi menutup aurat bagi perempuan yang lebih besar had-hadnya, tuntutan muamalah dan pergaulan lelaki dan wanita? 

Bahkan yang lebih besar lagi tuntutan melaksanakan isi kandungan AL-Quran sepenuhnya? Semoga kisah ketaatan dan ketaqwaan nabi Ibrahim a.s ini boleh membuka sedikit ruang keinsafan dalam diri kita sempena Aidil Adha ini.

Dan ibadah korban yang kita laksanakan saban tahun juga harus dilihat dari perspektif taqwa dan ketaatan kepada Allah.

Benar firman Allah ta’ala dalam surah Al-Hajj ayat 37: “Dan bukanlah daging mahupun darah (haiwan qurban) itu yang sampai kepada Allah, akan tetapi yang sampai adalah ketaqwaan kamu kepada Allah”

Sama -sama kita insafi, berapa kalikah rasanya kita berkorban untuk Allah Taala? paling kurang pun berapa kalikah kita korbankan turutan nafsu untuk diri kita sendiri? dan adakah pengorbanan kita ikhlas kerana Allah Taala?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...