Followers

Monday, October 25, 2010

Gangguan Jin atau Makhluk halus

Korang pernah baca tak kisah sorang gadis yang diganggu jin kat Terengganu kalo tak silap akak ler kan.Jadi,yang berjaya mengubati gadis ini dari gangguan jin tersebut adalah Ustaz Sharhan.Kadang-kadang kita sukar untuk percaya tapi ini ada terjadi dalam masyarakat kita tapi itu sudah termaktub dalam Al-Quran.Jadi aku kongsi info yang aku dapat dari web Ustaz Sharhan .

Jin dan syaitan adalah musuh utama bagi manusia. Permusuhan ini telah diistiharkan oleh mereka di dalam Al Quran.

Firman Allah maksudnya::
"Iblis menjawab : Sebab engkau telah menghukum saya dengan tersesat, saya akan menghalang-halangi mereka dari jalan Mu yang lurus. Kemudian saya akan mendatangi mereka dari depan dan dari belakang mereka, dari kanan dan kiri mereka. Engkau tak akan mendapati kebanyakan dari mereka bersyukur (taat)." (Al-A'raaf 16-17)

Di dalam firman Allah yang bermaksud : Kami datangkan bagi setiap nabi itu syaitan dari kalangan jin dan manusia. Jin adalah satu golongan dan manusia adalah satu golongan yang lain. Kedua-dua golongan ini boleh menjadi syaitan (sifat) yang melakukan kejahatan di atas muka dunia ini. (Al-An'am 112)


MAKNA PERKATAAN JIN
Jin adalah satu nama jenis dan dalam bahasa Inggeris di sebut Ginie - perkataan tunggalnya "Jinny" yang bermaksud yang tersembunyi, yang tertutup atau yang gelap pekat.

ASAL KEJADIAN JIN
Firman Allah maksudnya:
Dan diciptakan jin dari nyalaan api.
(Ar-Rahman 15)

"Al-Maarij"
Bermaksud: Api yang sangat kuat dan sangat panas atau "Al-Lahab" iaitu jilatan api yang sudah bercampur antara satu sama lain iaitu merah, hiam, kuning dan biru.

Sesetengah pendapat: Al-Maarij itu ialah api yang bercampur warnanya dan sama maknanya dengan "As-Samuun" iaitu api yang tidak berasap tetapi sangat tinggi suhu panasnya. Angin Samuun yang telah sebati dengan Al-Maarij itulah Allah jadikan Jaan (jin).

"Dan jin itu kami ciptakan sebelum Adam dari api yang sangat panas."
(Al Hajar 27)


"Allah bertanya; Apakah yang menghalang kamu dari sujud (kepada Adam) apabila aku menyuruh kamu. Lalu iblis berkata, aku lebih baik dari Adam, kau menjadikan aku dari api dan kau menjadikannya (Adam) dari tanah.
(Al A'raf 12)

KEWUJUDAN JIN BUKAN DONGENGAN
"Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tenang sempurnanya(; ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa; Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.
(Al Baqarah 2)
Demikian itu wajib kepada setiap muslim berikan dengan perkara ghaib yang tidak boleh sama sekali rasa syak dan tidak mengiktiraf kewujudan perkara ghaib termasuk jin dan syaitan.
Dalil Al Quran
Dan (ingatkanlah peristiwa) semasa Kami menghalakan satu rombongan jin datang kepadamu (wahai Muhammad) untuk mendengar Al-Quran; setelah mereka menghadiri bacaannya, berkatalah (setengahnya kepada yang lain): Diamlah kamu dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya! Kemudian setelah selesai bacaan itu, kembalilah mereka kepada kaumnya (menyiarkan ajaran Al-Quran itu dengan) memberi peringatan dan amaran.
(Al Ah Qaf 29)
Wahai sekalian jin dan manusia! Bukanlah telah datang kepada kamu Rasul-rasul dari kalangan kamu sendiri, yang menyampaikan kepada kamu ayat-ayatKu (perintah-perintahKu) dan yang memberikan amaran kepada kamu tentang pertemuan kamu dengan hari (kiamat) ini? Mereka menjawab: Kami menjadi saksi mengakui akan (kesalahan) diri kami sendiri (mendustakan Rasul-rasul itu) dan (sebabnya ialah) mereka telah diperdayakan oleh (kemewahan) hidup di dunia dan (kerana itulah) mereka menjadi saksi (pada hari akhirat) terhadap diri mereka sendiri: (Bahawa) sesungguhnya mereka adalah orang-oang yang mengingkari (apa yang telah disampaikan oleh Rasul-rasul itu).
(Al An'am 130)

TIDAK DILIHAT BUKAN BUKTI TIDAK WUJUD
Sifat kejadian makhluk ini tidak dapat dilihat dengan mata kasar dan bukan bermakna ianya tidak ada, mari kita meihat satu contoh seperti aliran elektik tidak kelihaan pada wayar namun apabila disentuh ia akan memberikan reaksi, begitu juga dengan angin, udara, bau-bauan dan sebagainya.

Nak tahu kisah selanjutnya dan bagaimana Ustaz Sharhan mengubati gadis ini jangan lupa tonton Ilmu Alam Ghaib Rabu ini 27hb Oct pukul 10.00 malam. Wah aku dah promo abis-abisan nih.

 

Tuesday, October 19, 2010

Majlis Perkahwinan di Arau Perlis

15hb Oct aku dah start cuti sebab nak balik kampung di Sungai Petani,Kedah.Memandangkan ada hal yang perlu abah selesaikan maka bertolak dari Nilai jam 5.30 ptg.Mungkin teruja nak balik kampung abah tak ngantuk langsung bawa keta,cuma berhenti kat R& R Tapah jer untuk rehat dan makan.Sampai SP lebih kurang 11.30 malam.Sib baik bilik dah ada,apalagi lepas mandi jer terus tido sebab esok kami nak ker Arau,Perlis.



16hb Oct,semua dah bangun awal untuk bersiap,abah siap pesan ha Kak Long jangan nak lambat sangat bangun,nanti nak make-up jer punyalah lama ngalahkan pengantin hehehe.Sambil seloroh aku jawab sib baik abah faham.Lepas siap dalam 8.30 pagi pergi sarapan dulu kat Medan Selera Taman Sejati dan terus ke Arau,Perlis.
Sampai kat Arau lebih kurang pukul 11.30 pagi,gumbira tak terkira dapat bertemu sanak-saudara terutama sepupu sepapat yang dah lama tak jumpa.Yang paling terkezut aku dah ada cucu saudara hmm dah dapat pangkat Tok Long rupanya aku ni.Tok Long pun Tok Long lah janji aku atuk sedara yang vogue hehehe.
Pelamin Raja Sehari

Hantaran dari pengantin perempuan

Hantaran dari pengantin lelaki

Meja makan beradap

Kek pengantin

Aku,mak,MakCik Kalsom dan Mak lang Shun

Yang berdiri tu Mak Jang,Che Wan (mak perantin)     


aku lak posing depan Pelamin tak berani nak pi duduk sebab perantin pun bersanding lagi

Anis menunggu ketibaan perantin lelaki

Posing bersama perantin yang juga anak sedara pupu

Perantin baru jer duduk,aku terus snap gambo dorang
Bilik Pengantin

Majlis ni majlis perkahwinan anak sepupu aku yang bernama Cempawan atau nama panggilannya Che Wan.Anak sulung Che Wan ni kembar tapi yang kakak dan pun berkahwin tahun lepas dan kini giliran adik kembarnya ler pulak.
Sayangnya suami sepupu Dr.Kamal Ariff tak sempat menyaksikan perkahwinan anak-anaknya kerana telah pulang ker Rahmatullah akibat kanser.Pasangan kembar ni juga bergelar doktor sepertimana arwah ayah mereka.

Bertemakan purple pink,majlis berlangsung dalam suasana meriah.Aku beredar dari rumah kenduri pukul 2.00 petang sebab nak pergi Bukit Kayu Hitam.
Dah tak da tempat barangan murah mcm dulu,cuaca panas terik,sampai 3 gelas air kelapa aku minum tu pun masih rasa dahaga.Dah tu nak lepas dari Imigresen tu sesak ler pulak,dari Bukit Kayu Hitam terus ke Pekan Rabu,Alor Star untuk beli ikan pekasam yang mmg jadi kegemaran family aku.

Sampai kat Pekan Rabu tak da parking terpaksa abah tunggu dalam kereta,aku dengan mak jer gi beli apa yang patut.Masa tengah memilih ikan pekasam tu aku pun call Noni tanya lagi sekali ikan jeruk yang Noni pesan tu,bukan apa takut salah beli.Lepas call Noni,aku terus call Kak Sal,tak berjawab hmm sibuk agaknya tak per aku beli jer lebih belacan tumbuk ni.
Dari pekan Rabu terus balik ke Sungai Petani,ajak abah singgah stesen teksi nak makan Laksa Shuib yang terkenal tu,pas tu abah cakap Shuib tu kawan sekolah abah.Puas dapat makan Laksa sedap,sib baik masa tu laksa dah abis kalu tidak mau minta tambah hehehe.

17hb Oct,aku bangun pastu abah cakap kejap lagi nak balik kampung rumah Pak Tam dan kemudian ke rumah Pak Cik Shid.Sessi konvoi dengan Pak Teh & keluarga ler ni.Pak Teh pun kebetulan check in di hotel yang sama dengan keluarga aku.
Kucing Pak Tam nama dia Boboy


Bersama cousin,Pak Teh,Pak Tam dan mak & abah di rumah Pak Tam

Sesekali jumpa,memang meriah
Di rumah Pakcik Shid
Bila dah berjumpa macam-macam citer keluar dari kata nak singgah sekejap jadi lama,siap bergambar bak kata Mak,dah mcm artis nyer photoshoot hehehe.
Balik dari kampung di Singkir terus ker Taman Melor,Sg.Layar ke rumah pakcik Shid.Ni bapa sedara yang paling sporting dan kelakar.Apalagi riuh rendah rumah pakcik Shid.Ni pun kononnya nak singgah sekejap terus jadi sampai ke petang.Yang paling best pakcik pergi beli kuih Tepung Bungkus kegemaran aku ,sedap wei kalo kat Nilai memang susah nak jumpa yang sedap.Bertolak balik lebih kurang pukul 4.00 petang dan sampai di Nilai jam 11.00 malam.Rasa macam tak cukup jer cuti sekejap sangat,tak sempat nak rasa Mee Udang,Bihun Sup Utara yang popular tu.Lenkali ler pulak bila balik SP lagi.

Tuesday, October 5, 2010

Gambar profile FB

Kalo korang perasan lah kan setiap minggu gambar profile FB aku nih selalu bertukar macam-macam gambar tapi yang pasti bukan gambar muka aku kan.Kenapa aku tak letak gambar muka sendiri jeng...jeng....sebenarnya aku dengan kenkawan aku yang digelar GMFB (Geng Merapu FB) merangkap kawan-kawan masa sekolah ada tema untuk setiap minggu.Jadi minggu ni temanya oldies atau classic hero dan heroin.Bukan apa saja jer nak memeriahkan suasana agar tak suram hahaha.Profile aku minggu ni,gambar heroin filem hollywood dolu-dolu Judy Garland,cun kan...

Camtulah aku dengan kenkawan GMFB ni sentiasa meriah dengan pelbagai citer dan kemerapuan kitaorang.Apa apa pun dorang memang best of the best lah....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...