Followers

Monday, January 18, 2010

Tahniah Noni & Wang

Jumaat lepas,kawan opis Noni selamat melahirkan baby sulung tepat jam 11.00 pagi.Dah tentu sekali baby girl.Aku turut gembira kerana akhirnya usaha Noni untuk mendapat cahayamata berhasil.Aku percaya dengan lahirnya permata hati yang bernama Nur Haniz ni terubat segala penantian Noni selama ni.Indah sungguh nama yang jadi pilihan Noni dan suami.Bukan hanya aku bahkan satu opis dan kenkawan yang lain turut merasa gembira.Bukan itu saja lagi sorang kawan opis,Wang juga turut meraikan kedatangan orang baru di akhir tahun 2009.Wang pulak dapat baby boy.Kegembiraan berganda di Sales Office.Cute betul anak dorang hmm bila lah agaknya aku ni akan ada anak sendiri,hmm tetiba lak sebak.Jodoh aku ntah bila.Sekarang ni kasih aku tertumpah pada anak saudara Azim Haiqal yang aku tolong jaga dari baru lahir sampailah sekarang.Apapun aku kini bergelar Auntie Eida pada si comel Nur Haniz,emm kira cam dapat anak buah ler jugak sebab Noni aku dah anggap macam adik sendiri.Pepagi tadi dah email Kak Yus,tanya bila nak gi Muar hehehe,tak sabar nih..

Permata Hati Noni

Baby Mr.Wang

Friday, January 15, 2010

Kisahnya.....

5hb Jan aku telah memulakan bisnes aku ni secara kecil-kecilan dan sambutan tu alhamdullilah.Hmm dah ada yang berminat nak jadi pengedar produk yang aku jual.Sebut pengedar ni,alkisahnyer ada sorang ni berminat nak jadi pengedar,so kenalah beli dgn aku secara borong minimum order untuk payung tu 12 unit.Orgnya mmg kat TDK juga tapi bukan dari opis aku lah.Dia mintalah bawa balik sample tu,aku pun beri.Hari ni,pepagi dia email minta kurang lagi harga borong tu siap mention kawan dia beli kat Jalan TAR murah dan dia boleh dapat harga borong yang murah dari yang aku offer tu.Memanglah peniaga kat Jln TAR sekali ambik beratus ribu unit,aku ni peniaga kecik,itu satu yg pelik tu kalau dah kata boleh dpt murah knp tanya dari mana aku ambik dan siap minta contact no.tu,satu pastu siap promote lak kat aku kot minat nak jadi dealer satu produk susu kambing.Produk tu org depan rumah pun ada jual siap letak banner lagi hehehe.Bakal-bakal pengedar produk aku dari Penang dan Sungai Petani dah tak sabar-sabar lagi tuh.Wah best ni harap lepas ni kitaorang ada pengedar dalam satu Malaysia,insyallah.

Tuesday, January 5, 2010

Selamat Datang 2010

Hari ni 5hb January 2010.Sekejap jer kan dah 5 hari dalan tahun 2010.Alhamdulillah aku dah mulakan bisnes yang aku rancangkan,buat permulaan ni bawa kat opis dulu brooch tu sebelum masukkan dalam online blog.Dah ada beberapa orang yang berminat nak jadi pengedar,hmm satu perkembangan yang baik. Setiap apa pun yang kita lakukan pasti ada risiko cuma kita berani atau tidak tempuhi risiko tu jer.Aku pernah berniaga sebelum ni dan dah merasa ler sikit asam garam dunia perniagaan.Kawan abah,Pak Cik Mat Noor yang sekarang bergelar jutawan aku jadikan contoh.Pak cik Mat Noor bukan berasal dari keluarga berada dan hidup susah juga semasa dalam tentera dengan anak ramai tapi dia bijak menggunakan peluang dan hasilnya sekarang,beliau bergelar jutawan.Yang pasti beliau bukan buat bisnes MLM ler. Lagi satu aku ambik contoh adik-adik lelaki aku ler.Mungkin tahap pelajaran tak sampai ada Ijazah seperti orang lain tapi kesungguhan mereka selama ni menampakkan hasil.Biarpun ada yang memandang rendah pada kerjaya mereka sebagai pemandu teksi tapi apa yang mereka perolehi sekarang melebihi orang yang ada Ijazah.Aku tetap berbangga dengan hasil usaha adik-adik aku. Aku tak kisah apa orang nak kata yang penting aku tahu apa yang aku buat.Keluarga bagi sokongan yang tak berbelah bagi,begitu juga kawan-kawan dan tentu sekali orang tersayang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...