Followers

Thursday, July 23, 2015

Cerita Raya 2015

Alhamdulillah,akhirnya tamat Ramadhan kita beraya la kan.Tahun ni kami semua raya kat Nilai jer.Plan asal nak balik kampung halaman tercinta nun di utara baq hang tapi tak jadi.Takpa lah kot mana pun inshallah nanti nak balik bila sepupu nak nikah bulan 9 ni kalau ikut perancangannya.

Tahun ni kami meriahkan suasana raya rumah mak.Siap pi beli pelita,lampu lip lap,mentol baru,siap deko ruma mak...pergh terasa bahang nak raya tu.Kalau dah ada pelita kena ada bunga api kan.Maka adik aku Izad beli bunga api untuk anak dia tapi sekali dengan mak menakan pak menakan pun tumpang sekaki.Kecik-kecik dulu tak puaih main bunga api gamaknya.Kalau balik kampung di Sinkiaq depa pakat dok lawan mercun bola.Di Nilai hang main mercun bola ka,dok sat saja mai peronda taman angkut beraya kat lokap,jangan dok buat pasai la kan.

Tahun ni aku kurang bergambaq raya pasai baju raya tak dan nak pi alter,terbesaq la pulak mcm pakai baju orang (ceh kenkonon kurus la sangat).Bak kata mak bulan posa memanglah baju semua longgar besaq,mai lepaih raya tak yah alter dah perasan.Adoi mak ni tak kasi can nak feeling kuruih ni.

Citer banyak tak mau,mai nak kongsi gambaq masa bulan posa,aktiviti lepas terawih kat rumah mak.

Malam tujuh likur,ikut hati mau boh pelita keliling sampai belakang rumah

Azim & Zarith anak Izad tengah seronok main bunga api

Ni coverline kenkonon nak bagi anak tengok hat sebenaq pak dia yang teringin

Adik aku Izad dan adik ipaq Jas orang penting dalam deko lampu lip lap dan rumah

Raya raya raya

Kan dah kata mana boleh anak ja main bunga api,pak pun nak join sama

ni aku dengan anak2 buah kesayangan aku

Hasil deko raya rumah mak,bukan payah beli hat mahai2,wallpaper Mr.DIY ja pun.




Friday, July 10, 2015

Assalamualaikum,Lama sungguh ku tinggalkan blog ku ini.Dulu kenkononnya nak kembali berblog namun tiada kesempatan.Banyak citer yg tertinggal.Inshallah lepas ni kembali menawan dunia blog aku (mood perasan popular konon).

Dek kerana lama sangat tinggal ntah ingat ke tak lagi segala fungsi.Kalau memori kat kepala ni boleh undo inshallah boleh lah kan.

Penuh sawang blog aku ni nampak sgt lama tu,kebetulan muncul dah dekat dekat nak raya ni kira bukan takat kemas rumah jer,kemas blog sekali.

Oklah sampai sini dulu..nanti sambung lagi.

Bagi sikit clue,ha aku mmg tak suka mandi laut tapi akhirnya dgn bff aku yang semuanya kaki jalan ni,terjebak ke pulau-pulau pulak.

Tetiba lak suka mandi laut kat pulau sebab airnya jernih kan....

Bagi satu gambar dulu yang lain kemudian lah kan citer yg dah nak basi aku panaskan kembali..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...